


Isnin, 8 Mac, kena jaga anak buah Zaff sebab my mum nak gi check up kat hospital. tgh jaga Zarra tu, start balik badan panas, sakit kepala yg amat & rasa mengantuk sangat.. Zarra pulak buat perangai masa tu tak nak tido, sabar je la! dah la kite ni tak sihat kan? mama lak balik lambat dari hospital, hari tu pulak doktor lambat.. isyh!mama balik je, tengah tido (Zarra pun dah tido), dia pegang badan Zaff, dia cakap, "isyh panas ni kak", Zaff terus bangun pegi klinik.
kat klinik pun ada problem, pegi first klinik, sikit punye lama dia nak panggil nama kite, dekat sejam la jugak! padahal ada 2 org je patients! yg kite ni dah separuh mati menunggu dengan rasa seram sejuknye & sakit-sakit badannye.. tula org melayu, kite ni nak tolong org melayu, nak bagi rezeki kat kaum kite, tapi diorg tak appreciate pesakit & pelanggan. apa da! dah tu, doctor tu pun macam rude je dgn patient sebelum Zaff. patient tu dtg dgn baby dia yg baru lahir, maybe nak cucuk kot. dah la lambat dari appointment, maybe appointment pukul 1.30pm, tapi doctor pompuan tu pukul 2pm baru terhegeh-hegeh masuk klinik, pegi makan kot sebelum tu. dah masuk klinik, after 10 minit dia tak panggil lagi patient tu. bila patient tu tanya lambat lagi ke, doctor tu boleh bukak pintu, sound kat patient tu, "u nak masuk sekarang, u masukla tengok ape ada dlm bilik ni".. rupa-rupanya ada contractor dlm bilik tu tgh buat ape ntah.. tapi at least, u sebagai doctor yg berpelajaran tinggi, cakapla elok-elok dgn patient kan? harap pakai tudung labuh je! nurse-nurse dia pun sama, tak mesra pelanggan & tengok org mcm tak penah tgk org.. lepas patient tu dah jumpa doctor, dia pun dah balik, giliran Zaff la pulak kan? tapi lepas 20 minit, dia tak panggil-panggil jugak.. last-last, Zaff blah mcm tu je, pegi klinik sebelah. tak sampai 10 minit semua settle! doctor cakap Zaff demam, body temperature 38.9 & tonsil kiri kanan bengkak. dia bagi mc tapi Zaff keje gak malam tu, sekarang tgh survey susah nak cuti.. lepas gi klinik, balik rumah, makan ubat, tido, petang bangun ke ofis dah reda sikit demam.
Selasa, 9 Mac, bangun pagi badan panas lagi, malam tadi nak tido pun panas gile badan. call Opie, dia balik dari ofis dia, bawak Zaff pegi klinik tu balik, kali ni nak buat blood test. body temperature still sama mcm semalam.. doctor pun heran & dia ckp takut Zaff kena denggi je. around 2pm, doctor call bgtau yg platelet Zaff rendah, kemungkinan besar betul kena denggi & dia bagi reference letter & suruh ke hospital terus buat blood test lagi sekali.
muka lepas ke klinik kali ke-2. masa ni mmg badan panas tapi kite menggigil & badan rasa sakit-sakit
result keluar, platelet turun lagi ke 91 & confirm Zaff kena denggi. masa jumpa doctor, diorg masukkan air gak tapi tak banyak & kata doctor tak payah masuk wad lagi sebab bintik-bintik merah tak keluar lagi & tak berdarah kat mana-mana.. thank God! tapi esok, kena pegi lagi check lagi darah untuk kali ke-4. kalau still turun platelet, maybe baru warded. doakan yg terbaik utk Zaff ye!
MINAT mendalam terhadap seni fotografi sejak di sekolah menengah mendorong penyampai radio Suria FM, Zafrina Abd. Rahman atau lebih dikenali DJ Zaff berjinak-jinak mendalami fungsi kamera digital.
Pengalaman sebagai penyampai radio hampir lima tahun telah memberi peluang kepada Zaff untuk merantau ke seluruh negara dalam siri jelajah. Secara tidak langsung, rakaman kamera sebagai kenangan tugas telah mendalamkan minatnya terhadap seni fotografi.
Langkah ke dunia fotografi ibarat terbuka buat Zaff pada 2009 apabila dia dan suami, Suffian Harris Mustapa, 32, bercuti di Hong Kong. Dia tidak berfikir panjang untuk membeli sebuah kamera SLR Canon EOS 40D.
"Sejak kecil, saya memang minat bergambar dan akan mengabadikan setiap kenangan khususnya ketika bercuti bersama keluarga, saudara-mara atau rakan-rakan.
"Pada waktu itu, kamera masih menggunakan filem. Saya akan pastikan filem itu disimpan dengan rapi agar ia tidak rosak untuk diabadikan," katanya.
Zaff menambah, beliau masih mempelajari cara-cara mengambil gambar menggunakan Canon EOS 40D tersebut kerana terdapat banyak skil teknik manual yang perlu diperkemaskan olehnya.
Bagi setiap gambar yang diambil, resolusi pengimejan kameranya itu yang mencecah sehingga 10 megapiksel begitu mengujakan.
Anak kelahiran Sungai Petani, Kedah itu berkata, kerana selalu berpeluang mengembara di dalam dan luar negara, kamera digital itu sudah menjadi gajet penting buatnya.
"Selain mempelajari teknik fotografi, saya juga sedang berusaha menggunakan aplikasi menyunting gambar iaitu Adobe Photoshop dan Adobe Photoshop Lightroom.
"Seni fotografi sebenarnya mampu menggilap seni kreativiti di dalam diri kerana penggunanya berkarya melalui gambar," ujarnya.
Meski gajet itu kini dibawa dan ditatang ke sana sini umpama anak kesayangan, dia tidak lupa pada kamera lamanya. Model
"Saya biasakan juga membawanya ke mana pun saya pergi. Kadangkala, kalau terdapat acara mengejut yang dianjurkan stesen Suria FM, kamera digital itulah yang akan digunakan," katanya.
Nilai sentimental iPod
Zaff yang mengendalikan segmen 50 Minit Muzik Terbaik Tanpa Henti bersama rakan setugas, Tuah Zoqarnain Idris, pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, berkata, selain Canon EOS 40D beliau juga menggemari gajet
Tambahnya, gajet comel itu merupakan hantaran perkahwinannya dan mempunyai nilai sentimental.
"Disebabkan selalu mengembara, ia akan menjadi teman setia saya apabila berjauhan dengan suami lebih-lebih lagi ia merupakan pemberian hantaran perkahwinan kami.
"Apa yang menarik tentang iPod Touch ini adalah ia mempunyai kapasiti storan yang besar sehingga lapan megabit yang lebih daripada cukup untuk menyimpan data format muzik, gambar, permainan dan lain-lain lagi," katanya.
Jelas Zaff, setiap kali terdapat siri jelajah SuriaFM, iPod Touch itulah yang akan menjadi pengubat kebosanan.
Antara lagu kegemaraan yang akan diputarkan ketika berada di dalam bas atau kapal terbang termasuklah lagu Jennifer Lopez atau lagu dengan genre muzik R&B.
Katanya, ia juga dapat melepaskan rindunya terhadap suami kerana terdapat banyak gambar perkahwinan, pertunangan dan percutian bersama disimpan dalam iPod Touch tersebut.
Sedang rancak berbicara mengenai gajet miliknya, beliau sempat memberitahu warna merah jambu merupakan warna kegemarannya.
"Kalau dilihat hampir semua gajet yang dimiliki berwarna merah jambu kerana saya amat menggemari warna tersebut," katanya sambil tersenyum. - NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM