STESEN radio Suria FM dengan tagline Hidup Pasti Rancak kini kembali memulakan sesi jelajah bertemu pendengar untuk tahun 2008.
Membuka tirai lokasi pertama jelajah stesen radio itu kali ini ialah dia dua buah negeri di utara tanah air iaitu Kedah dan Pulau Pinang.
Para pendengar setia radio itu berpeluang menemui barisan penyampai Suria FM yang terdiri daripada Zizie, Zhana, Myra, Hairil, Tuah Zulqarnain, Zaff, Akhtar dan Bob Ringgo.
Selain itu, orang ramai juga bakal dihiburkan dengan persembahan istimewa artis artis popular tanah air seperti Bandi (Amuk), Erra Fazira, Ayu (juara One In A Million), Lah VE, Aizad (AF5), Ifa Raziah, Hazama, Diana Danielle dan ramai lagi.
Selain itu, warga Kedah dan Pulau Pinang juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah istimewa menerusi pelbagai aktiviti menarik yang disediakan.
Program jelajah ini juga buat pertama kalinya menyaksikan Suria FM bekerjasama dengan akhbar Kosmo! untuk menjayakan acara ini.
Jadi, kepada para pendengar setia Suria FM, pastikan anda tidak ketinggalan untuk berada di Central Square, Sungai Petani, Kedah pada hari Sabtu ini (22 Mac) pada pukul 4 petang hingga 7 malam.
Sementara pendengar-pendengar di Pulau Pinang pula dipelawa untuk memeriahkan jelajah Suria FM di pusat membeli-belah Sunway Carnival, Seberang Jaya, Pulau Pinang pada 23 Mac (Ahad) bermula pukul 3 hingga 6 petang.
*dipetik daripada www.utusan.com.my
No comments:
Post a Comment