Tuesday, March 25, 2008

Konsert Suria FM dan Kosmo! meriah

BUKIT MERTAJAM 23 Mac – Konsert Suria FM dan Kosmo! yang diadakan di Sunway Carnival Mall Seberang Jaya di sini berjaya menarik hampir 3,000 orang bagi menyaksikan persembahan dari beberapa artis dan deejay stesen radio tersebut.

Konsert di Seberang Jaya merupakan persinggahan kedua aktiviti penjelajahan stesen radio tersebut selepas di Central Square, Sungai Petani, Kedah, semalam.

Antara barisan artis yang membuat persembahan ialah Erra Fazira, Bandi (Amuk), Ayu (One In A Million), Lah (VE), Aizad (AF5), Ifa Raziah, Hazama dan Diana Danielle.

Turut memeriahkan konsert yang diadakan dengan akhbar terbitan Kumpulan Utusan, Kosmo! ialah deejay-deejay Suria FM seperti Zizie, Zhana, Myra, Hairil, Tuah Zulqarnain, Zaff, Akhtar dan Bob Ringgo.

Dalam konsert yang berlangsung hampir tiga jam itu, para peminat turut berpeluang memenangi hadiah dari Suria FM serta beramah mesra dengan artis.

Stesen radio yang popular dengan moto Hidup Pasti Rancak mensasarkan untuk membuat lebih banyak penampilan, sekali gus merapatkan jenama Suria FM dengan para pendengarnya.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Zainal Abidin, acara tidak formal itu memberi peluang kepada barisan deejay Suria FM mendekatkan diri dengan peminat untuk berinteraksi lebih dekat.

“Selain itu ia juga sebagai salah satu mempromosikan Suria FM di kalangan pendengar radio di utara,” katanya.


* dipetik daripada www.utusan.com.my

No comments: