Friday, September 30, 2011

Bali 2011 (#2)

hari ketiga di Bali, tido pukul 11 malam, pukul 2 pagi dah bangun. apa kejadahnya bangun awal? haha.. kitorg nak bertolak ke Lovina. nak tengok dolphin. selalunya org ke sana tido semlm kat sana, tapi kitorg tak, tu yg kena gerak awal sbb boat nak tgk dolphin bertolak sebelum matahari naik.

2.30 pagi gerak ke Lovina, saye tak tido pun sebab mmg susah nak tido kalau dlm kereta. sampai Lovina pukul 5 pagi, kitorg lepak dulu dalam kereta. 5.30 pagi turun siap-siap pakai life jacket. cuaca sejuk sangat, dahla berangan pakai shorts. ha amik kau!

bayaran naik boat sorg IDR150,000. dalam pukul 5.45 pagi boat kitorg gerak. lebih kurang 15 minit nak sampai kat tempat yg banyak dolphin. elok kitorg sampai je, terus nampak sekumpulan dolphin kat permukaan air. ape lagi, pilot boat terus pecut ke area tu. kitorg boat yg kedua sampai situ. masyaAllah, sangat excited tengok dolphin! adala dalam 15 ekor.. siap lompat-lompat lagi. mak-mak yg lagi excited tengok dolphin compared to Zarra. hahaha! masa kitorg sampai tu, jam baru pukul 6 pagi, matahari baru naik & boat pun tak banyak lagi sbb banyak yg baru gerak dari pantai. so kitorg sangat bertuah sebab awal-awal dah dapat tengok dolphin.. dolphin tak statik kat satu-satu tempat, kena cari dia. nasibla pilot kitorg mcm terer je cari spot dolphin, so adala dalam 5 kali kitorg dpt tgk dolphin. sejam setengah jugakla itorg kat tengah laut tu.. best sebab bila nampak je dolphin, terus semua boat berlumba-lumba ke tempat tu.. boat punyela banyak, dah mcm scene perang dalam Merong Mahawangsa je. hahaha.

muka semua org yg tido tak cukup

matahari dah start nak naik

excited!











setelah sejam setengah kat laut, matahari pun dah tegak atas kepala, kitorg pun balik ke pantai.. puas dapat tengok dolphin. such an experience! dah goyang-goyang atas boat, laparla pulak. tapi tak jumpa kedai makan yg bukak sebab yanto bukan org situ, so dia tak tau kat mana nak cari makanan halal kat situ. kalau nak belasah boleh je makan kat mana-mana.. tapi.. sendiri mau ingatla kan?

sebelum ke Bedugul, kitorg singgah kat Gitgit Twin Waterfall. air terjun berkembar/bercabang. sebenarnya ada satu lagi air terjun yg tinggi & besar, tapi kena jalan jauh ke dalam hutan. tak nakla pegi sebab ada budak kecik.. tengok air terjun bercabang tu rasa nak terjun mandi je, tapi air dia mak aiii... punyela sejuk!








lepas rendam-rendam kaki kat air terjun, kitorg gi makan kat restoran makanan Lombok, dekat Bedugul. last time pegi situ, kat situ gak kitorg makan.. then, ke Candi Kuning, dekat je dengan restoran tu.. that was my second time ke situ.. tapi still excited nak amik gambar. hehehe..








samala mulut Zarra dengan ikan tu.. :p





yo yo whats up!


next location, Tanah Lot. saye lak yg dah jadi mcm tour guide! hahaha.. juga kali kedua ke situ. masih lagi terpegun dgn kecantikan tempat tu.. masih lagi excited amik gambar. huhu. kalau last year saye pegi, air pasang. this time air surut, so boleh jalan kaki ke temple tengah laut tu. tapi kitorg tak pegi pun, takut ada yang mengikut balik nanti, dahla ada budak kecik kan?





nampak tak org berjalan nak ke temple tu? kebetulan masa tu ada "upacara", so ramaila orang kat temple tu







2 comments:

Biqque said...

pose sama! :D

i tak sampai lovina lagi...cam best jer tgk dolphin kan!

Zafrina said...

biq - jom jom.. lovina best. tapi setakat dolphin jela, pastu takde pape dah kat situ