Saturday, September 17, 2011

ujian Allah 3

mama is getting better day by day, Alhamdulillah.. Rabu, hari kedua mama kat Ampang Puteri. mcm hari sebelumnya, saye ke sana during lunch. sampai-sampai je, my bff Naz pun sampai. thanks for visiting mama dear!

semangat mama pun makin kuat, dia dah happy & dah kurang sedih sikit.. muka dia pun dah tak senget mcm hari sebelum tu.. saye selalu cakap kat mama, duduk saje-saje, urut muka dengan ibu jari kanan.. tangan kiri still boleh gerak-gerak. and haritu mama pegi physio, training berjalan guna tongkat kaki empat.. nampaknya nak kena belila tongkat tu.. tunggu mama boleh berdiri sendiri, then dia dah boleh berjalan sendiri guna tongkat tu..


abis physio, keluar je gym, mama cakap, "mama dah boleh jalan.." sambil tersengih.. syukur!


Rabu tu jugak, setelah difikir masak-masak, kitorg satu family setuju nak transfer mama ke Pusat Perubatan Universiti Malaya. my cousin Wani dah buat research & dah tanya ramai orang tentang wad neurology kat situ. ramai yg dah recover bila buat treatment kat sana, in fact ofismates Wani, 2 orang ayah diorg buat treatment kat sana.. some more kalau PPUM semua free sebab mama orang pencen. so daripada bayar ribu-ribu kat private, why not pegi yg free kan? so bermulala proses pemindahan mama ke PPUM & Khamis malam, mama selamat checked-in kat PPUM. malam pertama kat PPUM, disebabkan takde katil kosong, mama stay kat observation wad.. cuma satu je yg tak best kalau hospital govt, budak-budak tak boleh masuk wad. so mama kenala keluar kejap tengok cucu-cucu.. tapi takpe, mama dah kuat, dah boleh naik wheel chair sendiri. :)


kat luar Emergency PPUM


Jumaat petang, Alhamdulillah mama dah dapat katil, selesala sikit 2 orang satu bilik, kat tingkat 13 Menara Utama.. mula-mula mama cakap masa kat observation ward, doctor bagitau kalau boring & still takde katil mama boleh discharge hari Ahad. tapi ni dah ada katil, kitorg rasa biarla mama duduk dulu kat wad. biar betul-betul dah stabil & dah boleh bangun sendiri baru balik.. senang sikit nak buat physio kat situ.. lagipun semua free kan?


comel mama pakai uniform tu! :p

3 comments:

Edzlin said...

Saya doakan mama kak zaff cepat baik...Amin. Semangatnya kuat :)

Unknown said...

salam Zaf, tergerak ht i nak komen post u kalini.. ur case exactly like my case.. it happened 2years ago.. my mom suddenly kena stroke.. at first my sis hantar ke PPUM,dalam 4-5hours my mom tunggu kat tpt registration..sempat muntah lagi kat situ..geram but no choise..its govt hospital kan.. my mom ada kat sana about 5days.. tapi nak jumpa dr punyelah payah..dan takder good progress pun.. It really suck!!.. sampai i dah tak tahan,we all adik beradik discuss and decide to send my mom to Pantai Bangsar,alhamdullillah, 4days dia dekat sana dah banyak progress, she can walk again,can eat by herself..tapi still kena jaga jugala.. total cost is about 4-5k..mahal but really worth.. now my mom dah sihat.. tapi kena makan ubat juga.. kena continue..and do monthly check up... hope ur mom can recover soon.. btw, u beli minyak urut panas then urut kaki ur mother kalau boleh every morning and before sleep.. :) and do some exercise :) wish ur mother get well soon ya! :)

Ely Hasrul said...

sekarang cmne zaff? dh kuar sepital? sedih ok baca cite mama zaff. cpt2 la sihat