Friday, September 30, 2011

Bali 2011 (#2)

hari ketiga di Bali, tido pukul 11 malam, pukul 2 pagi dah bangun. apa kejadahnya bangun awal? haha.. kitorg nak bertolak ke Lovina. nak tengok dolphin. selalunya org ke sana tido semlm kat sana, tapi kitorg tak, tu yg kena gerak awal sbb boat nak tgk dolphin bertolak sebelum matahari naik.

2.30 pagi gerak ke Lovina, saye tak tido pun sebab mmg susah nak tido kalau dlm kereta. sampai Lovina pukul 5 pagi, kitorg lepak dulu dalam kereta. 5.30 pagi turun siap-siap pakai life jacket. cuaca sejuk sangat, dahla berangan pakai shorts. ha amik kau!

bayaran naik boat sorg IDR150,000. dalam pukul 5.45 pagi boat kitorg gerak. lebih kurang 15 minit nak sampai kat tempat yg banyak dolphin. elok kitorg sampai je, terus nampak sekumpulan dolphin kat permukaan air. ape lagi, pilot boat terus pecut ke area tu. kitorg boat yg kedua sampai situ. masyaAllah, sangat excited tengok dolphin! adala dalam 15 ekor.. siap lompat-lompat lagi. mak-mak yg lagi excited tengok dolphin compared to Zarra. hahaha! masa kitorg sampai tu, jam baru pukul 6 pagi, matahari baru naik & boat pun tak banyak lagi sbb banyak yg baru gerak dari pantai. so kitorg sangat bertuah sebab awal-awal dah dapat tengok dolphin.. dolphin tak statik kat satu-satu tempat, kena cari dia. nasibla pilot kitorg mcm terer je cari spot dolphin, so adala dalam 5 kali kitorg dpt tgk dolphin. sejam setengah jugakla itorg kat tengah laut tu.. best sebab bila nampak je dolphin, terus semua boat berlumba-lumba ke tempat tu.. boat punyela banyak, dah mcm scene perang dalam Merong Mahawangsa je. hahaha.

muka semua org yg tido tak cukup

matahari dah start nak naik

excited!











setelah sejam setengah kat laut, matahari pun dah tegak atas kepala, kitorg pun balik ke pantai.. puas dapat tengok dolphin. such an experience! dah goyang-goyang atas boat, laparla pulak. tapi tak jumpa kedai makan yg bukak sebab yanto bukan org situ, so dia tak tau kat mana nak cari makanan halal kat situ. kalau nak belasah boleh je makan kat mana-mana.. tapi.. sendiri mau ingatla kan?

sebelum ke Bedugul, kitorg singgah kat Gitgit Twin Waterfall. air terjun berkembar/bercabang. sebenarnya ada satu lagi air terjun yg tinggi & besar, tapi kena jalan jauh ke dalam hutan. tak nakla pegi sebab ada budak kecik.. tengok air terjun bercabang tu rasa nak terjun mandi je, tapi air dia mak aiii... punyela sejuk!








lepas rendam-rendam kaki kat air terjun, kitorg gi makan kat restoran makanan Lombok, dekat Bedugul. last time pegi situ, kat situ gak kitorg makan.. then, ke Candi Kuning, dekat je dengan restoran tu.. that was my second time ke situ.. tapi still excited nak amik gambar. hehehe..








samala mulut Zarra dengan ikan tu.. :p





yo yo whats up!


next location, Tanah Lot. saye lak yg dah jadi mcm tour guide! hahaha.. juga kali kedua ke situ. masih lagi terpegun dgn kecantikan tempat tu.. masih lagi excited amik gambar. huhu. kalau last year saye pegi, air pasang. this time air surut, so boleh jalan kaki ke temple tengah laut tu. tapi kitorg tak pegi pun, takut ada yang mengikut balik nanti, dahla ada budak kecik kan?





nampak tak org berjalan nak ke temple tu? kebetulan masa tu ada "upacara", so ramaila orang kat temple tu







Thursday, September 29, 2011

Elak kecurian, dirompak & dirogol dlm rumah sendiri


Banyak kes pecah rumah dan ada ahli keluarga dibunuh atau dirogol oleh perompak.... Muhasabahkan diri kita. Adakah kita pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua dalam keluarga menentukan anak-anak dan isteri kita selamat ketika tidur waktu malam hari? Adakah kita pernah memagar rumah kita secara fizikal dan dipagari dengan pendinding ayat Al-Quran?

Rumah yang dipagar dengan keluli atau mangga solex, sekiranya perompak menggunakan ilmu sihir boleh membuka semua kunci. Kerana ilmu sihir itu kerja iblis dan syaitan. Terutama perompak dari Indonesia yang mahir menggunakan ilmu sihir memukau dan pembuka kunci. Hanya dengan menepok mangga ia terbuka tanpa kunci. Jadi mari kita pagar rumah kita dengan ayat suci Al-Quran dan baca tip pencegahan ini.


Tips menghalang kecurian.

(1) Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

(2) Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

(3) Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12:00 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan Petaling Jaya).

(4) Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

(5) Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama ...).

(6) Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam, cuba on and off kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa alert).

(7) Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

(8) Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).

(9) Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefor pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dengan kita.

(10) Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam bilek tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

(11) Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis kawasan anda, bomba kawasan anda, 999 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon.

(12) Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

(13) Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi bercuti.

(14) Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat-surat dalam peti surat. Peti surat yang penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

(15) Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

(16) Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brand new, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & steering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri).

(17) Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran.

(18) Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

(19) Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

(20) Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua.

(21) Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.

(22) Pastikan keadaan selamat sebelum buka pintu rumah (tak kira siang atau malam, terutamanya balik lepas 11:00pm).



Sunday, September 25, 2011

Bali 2011 (#1)

19-22 September, me, opie, my sister & bro-in-law selamat jalan-jalan ke Bali. that was our third time ke sana. actually berat hati sebenarnya nak pegi. satu sebab mama still kat hospital & kedua nak tinggal rizqy yg mana time tu dia demam lak sejak hari Sabtu. masa gerak ke airport rasa tak best je.. but I know mama was in good hands & rizqy selamat dgn nenek dia.. saye pun dah tanya mama is it ok kitorg nak pegi bali, dia cakap pegi je, some more dia pun dah stabil. so on 19th Sept, berangkatla kitorg. angah naik flight pukul 9.30am & kitorg punye flight pukul 5.50 petang.

sebelum tu sempat ke hospital tengok mama, alhamdulillah mama makin ceria. then we went to Wangsa Walk Mall for lunch, lepas tu baru ke rumah parents opie hantar barang-barang rizqy. pukul 3.30pm kitorg gerak ke LCCT, parents opie yg hantar, rizqy pun ikut sekali.. risau gak nak tinggal dia sebab dia stilll demam, on off panas badan dia..



sampai Bali 8.40 malam, lepas makan kat ACC nasi padang, straight away ke Legian Village Hotel. okla bilik dia, RM140 semlm


sampai hotel, hajat hati nak jalan-jalan sebab Jalan Padma-Legian tempat hotel kitorg tu sangat happening, tapi opie buat dek je.. so lepak jela kat bilik..

esoknya, our driver, Yanto amik kitorg pukul 9 pagi, then kitorg ke Hard Rock Hotel Kuta amik angah, aidil & zarra. first day tour, opie tak join sebab dia nak surf dengan kawan-kawan dia, kebetulan best friend dia pun ada kat Bali.

tempat pertama kitorg ke Batu Bulan, tapi tak singgah pun kat tempat buat batik & buat painting since saye dah pernah ke sana, some more angah & aidil pun tak minat seni-seni ni.. kitorg singgah kat tempat buat silver. cantik-cantik gak & kalau nak beli mintak tawar sampai 60% Yanto cakap. and betul, diorg bagi harga local kat kitorg, tapi tak beli pun. ntah, sebab tak suka pakai accessories kot.


zarra macam abang-abang la.. haha. ni pose kat dalam Hard Rock Hotel




next, we went to Ubud. situ banyak jual painting. sape yg suka lukisan boleh singgah beli kat situ. price? tak tau lak sebab kitorg tak singgah. maybe next trip baru saye & opie nak singgah. so kitorg terus ke padi bukit, turun amik gambar je. tu pun yg turun saye & angah je sebab zarra tido, so aidil tunggu dalam kereta.


padi bukit kat Ubud tak secantik kat Jatiluwih. nak tengok gambar Jatiluwih, click sini



ada berani?

lepas ke Ubud, we went to Kintamani untuk lunch. kata Yanto, kat atas tu hanya ada 2 restoran yg serve makanan halal. jadi, restoran yg kitorg pegi masa trip dulu? wallahualam.. salah satu restoran halal, Restoran Batur Sari. makan buffet, sorang IDR97,000. satu yg best kat Kintamani ni, cuaca dia sejuk mcm kat Genting Highlands.


makan mengadap Gunung Batur


gunung berapi yang still aktif, last meletup tahun 90-an




seterusnya, alang-alang satu jalan turun, kitorg singgahla kat kopi luwak, aidil nak rasa. saye dah pernah pegi, so tak minum pun, just beli coffee ginseng & chocolate coffee bawak balik.




kopi halia, teh lemon, teh halia, vanilla coffee, coffee ginseng, chocolate coffee. yg ni minum semua free


last year secawan IDR30,000. this year IDR50,000




penutup first day tour, kitorg ke Denpasar, angah nak cari kain kebaya untuk kenduri adik iparnya. tapi kat sana susah nak cari kebaya yg jual satu set mcm kat bandung atau jakarta. semua asing-asing. nasib baik ada satu kedai yg bagi harga reasonable, baju kebaya & kain batik IDR175,000 (RM63). okla kan? saye lak, jalan punye jalan punye jalan, terjebak jugak. bukan beli kain, tapi kaftan untuk wedding adik opie bulan 10 nanti. ni la dia hasil kerugian kat Denpasar haritu..


light green kaftan. IDR250,000. duit kita dalam RM90. berbaloi-baloi.. :D