Sunday, May 1, 2011

my version of Fashion Police

"kenduri kahwin" di antara Prince William & Kate Middleton dah pun selesai. boleh dikatakan I memang first time tengok live royal wedding dari mula sampai last. dan agak terkejut tengok tetamu wanita pegi ke Westminster Abbey pakai hats. rupa-rupanya kat sana memang wajib pakai hats bile ke wedding. oooo baru tau.. kalau kite kat sini pakai baju kurung or kebaya, tapi kat sana pakai hats. kalau tak pakai, kira mcm melanggar tradisi la.. so, kat bawah ni jom kite recap balik antara fesyen-fesyen hats yang dipakai oleh kerabat raja & wanita-wanita elit masa kat royal wedding tu.


Zara Phillips, sepupu Prince William, cucu pertama Queen Elizabeth II. hat dia macam piring terbang je. LOL


Katharine, Duchess of Kent, sepupu Queen. ni ala-ala cekak rambut dengan bunga besar. tapi bunga tu I tengok bunga telur je. haha


Joss Stone, penyanyi


Samantha Cameron, isteri PM Britain. ada satu artikel I baca, dia digelar rebellious sebab selamba je tak pakai hat. dia just pakai accessories bunga kecik kat tepi telinga dia. confirm masa jalan kat red carpet dia tersegan-segan kan?


Eugenie and Beatrice, Princesses of York, sepupu Prince William. sah-sah fesyen topi paling buruk especially Princess Beatrice. hat tu mcm hat yg dipakai terbalik!


Miriam Clegg, isteri Timbalan PM Britain. cekak dengan bunga besar. okla, cool..


Autumn Kelly, sepupu Prince William. I suka cekak bunga dia. tapi dailymail.co.uk cakap ni antara fesyen paling buruk


Jecca Craig, ex-gf Prince William. biasa je hat dia, cuma dia nampak tua kan? macam mana Prince William blh syok kat dia dulu?


Princess Letizia of Spain. fesyen play-safe. cantik..


Sophie Winkleman, Lady Frederick Windsor, aunty Prince William. hat dia mcm antenna tv da.. LOL


Tara Palmer-Tomkinson, pengacara tv top kat sana. topi dia mcm bentuk perahu. mcm mana dia lekatkan atas kepala tu ek? rupanya, dia baru buat nose job, sebab tu dia pakai topi mcm tu utk distract org drpd tgk hidung baru dia! hahaha. btw, I love her shoes!


Victoria Beckham. dia ingat topi dia cantik, tapi kalau dtg Malaysia, mesti dia segan sebab topi dia macam songkok! LOL. dailymail.co.uk pun senaraikan topi dia antara yg buruk


gilelah dia ni! preggy-preggy pun berani pakai heels tinggi mcm tu! kalaula terpelecok???


tak ke mcm songkok topi tu???


Chelsy Davy, gf Prince Harry. topi dia biasa-biasa je, tapi kenapa rambut mcm baru bangun tido je??? and some more baju dia mcm ketat sikit & nampak lusuh kan?


Queen Margrethe II of Denmark. tak berani nak komen, nanti kena tulah. haha


Carole Middleton (ibu Kate), Queen & mak tiri Prince William, Camilla dipilih oleh dailymail.co.uk sebagai fesyen paling cantik & terbaik di wedding tu. I love the colour of Queen's dress!



Sophie, Countess of Wessex and Anne, Princess Royal, Prince William's aunties. I loike Princess Sophie punya topi!


bayangkan kalau all the ladies kat Malaysia pakai topi-topi macam ni kat wedding??? grand kan? ntah bila ntah boleh pakai macam tu! hehe..


3 comments:

edzlin007 said...

tak terbayang dek akal fesyen2 topi mrk. ingat semua pakai mcm yg standard je..ada jg yg fesyen ala lady gaga

Ely Hasrul said...

kalu kt sini kena pakai topi mmg skin pakai songkok papi patu lekat bunga telo aje la gamaknye haha

Little BlueBird said...

I suka outfit mak pengantin...nice & simple!!!