Monday, April 18, 2011

Extended Breastfeeding

WHO menyatakan dalam polisi penyusuannya bahawa penyusuan susu ibu dijalankan sehingga anak itu berusia tiga tahun.

Malah, dalam Akademi Pengamal Perubatan Kanak-kanak Amerika (American Academy of Pediatrics) menyarankan penyusuan susu ibu diberikan kepada anak sekurang-kurangnya sehingga anak berusia setahun dan diteruskan selama mana ibu dan si anak mahu (ini bagi yang rasa orang Barat dan Amerika tidak mengamalkan penyusuan susu ibu).

Tidak salah bagi si ibu untuk meneruskan penyusuan susu ibu walaupun si anak sudah mencecah umur melebihi dua tahun.

Sebenarnya, ada tiga peringkat penyusuan susu ibu. Yang pertama dikenali sebagai penyusuan susu ibu secara eksklusif. Penyusuan jenis ini memastikan bayi tidak menerima selain dari susu ibu untuk enam bulan pertama. Ini bermaksud, bayi itu tidak akan menerima apa sahaja makanan termasuk air kosong, atau makanan tambahan atau apa sahaja yang dikategorikan sebagai bukan susu ibu.

Peringkat kedua penyusuan susu ibu dipanggil penyusuan susu ibu sepenuhnya. Untuk peringkat ini, bayi yang sudah berusia enam bulan ke atas akan meneruskan penyusuan susu ibu (tanpa mencampurkan dengan susu formula). Dalam masa yang sama, bayi tersebut mula diperkenalkan dengan makanan pejal dan juga minuman-minuman lain secara berperingkat mengikut kesesuaian.

Peringkat terakhir adalah meneruskan penyusuan bagi kanak-kanak berusia dua tahun dan ke atas. Pada peringkat ini, penyusuan susu ibu diteruskan bersama-sama dengan makanan pelengkap yang lain (masih tidak mencampurkan dengan susu formula).

Pernah dengar ada orang kata bahawa menyusukan anak dengan susu ibu apabila si anak sudah melebihi usia dua tahun tidak elok? Ada yang kata, anak seperti menghisap darah ibu. Ada juga yang kata susu ibu sudah jadi racun untuk si anak. Dan bermacam-macam lagi alasan dan cerita-cerita buruk yang didengari tentang meneruskan penyusuan susu ibu bagi anak berusia lebih dua tahun.

Tidak tahu dari mana asas cerita-cerita dan alasan-alasan yang diberikan. Tetapi, hakikatnya, tidak ada buruknya menyusukan anak dengan susu ibu walaupun dia sudah jadi 'big baby'.

Memang jenuh dan menyakitkan hati bila ada orang yang seolah-olah sinis bertanya," Dah besar-besar macam ni pun masih menyusu?".

Terasa macam ringan mulut nak menjawab dan berdebat mengenai perihal kehebatan menyusukan anak tak kira umur. Tetapi, bila memikirkan usaha itu sia-sia, biar aje la.

Bak kata Dr. Sears,

Menyusukan anak dengan susu ibu adalah keputusan yang AMAT BIJAK kerana banyak perkara yang menyebelahi si ibu.

Video: Advantages of Breastfeeding for the Baby

Video: Advantages of Breastfeeding for Mothers

Dari alasan yang diberikan oleh sains, banyak yang menyokong penerusan susu ibu.

Selain dari khasiat yang ada dan elok untuk si anak, ia juga memberi manfaat kepada si ibu dan bapa. Pusing-pusing pun, susu ibu masih menang. Kocek ibu bapa pun tak bocor dek kerana perlu membeli susu tepung yang pelbagai jenama.

Islam juga tidak menidakkan hak si anak yang masih mahu terus menyusu daripada si ibu walaupun Al-Quran terang-terang menyebut bahawa anak perlu disusukan sehingga usia dua tahun. Tidak ada nas dan dalil dalam Al-Quran yang menghalang ibu daripada meneruskan penyusuan anak yang melebihi usia dua tahun.

Islam agama fitrah. Jadi, mana mungkin Islam menghalang ibu menyusukan si anak yang sudah melebihi usia dua tahun ketika susu ibu masih ada? Seolah-olah satu penyeksaan batin dan emosi buat si anak yang dipaksa untuk tidak menyusu sedangkan ibu masih mampu meneruskan penyusuan (sebenarnya bukan si anak sahaja yang terseksa, ibu juga begitu).

Jadi, sekiranya ada ibu-ibu di luar sana yang masih mahu meneruskan penyusuan susu ibu walaupun anak sudah berusia lebih dua tahun, janganlah berputus asa. Bukan sahaja sains tidak menyangkal kebaikan susu ibu, bahkan juga agama dan juga psikologi anak-anak sentiasa menyokong anda!


7 comments:

Ely Hasrul said...

skin dh xlarat kalu terima komen2 mcm gitu.. penat doa kat Allah mintak susu byk2 senang2 aje org dok komen suh benti huishh hehe

sami nmpak gaya takde pon niat nk benti hamboiii

Zafrina said...

pedulikan cakap org skin.. anak kite, bkn anak diorg. zaf pun selagi rizqy nak breastfeed, selagi tula zaf nak bagi, insyaAllah.. biar susah & penat sikit, tapi puas hati tgk anak besar sebab susu kite.. :)

Little BlueBird said...

Bagus lah BF..kite pun dah setahun lebih BF

Famila Akmar Faisal said...

zaff..thanks for the info..yup mmg ramai yg menyangkal pasal over bf ni..if anak dah 2 tahun ke atas masih nk bf..em itu semua bergantung kepada hak individu kan and selagi on demand,penyusuan harus diteruskan..Susu ibu amat baik dan anak membesar dgn sihat.kadang kite pun geram bile org dok cakap pasal ni.bagus rizqy bf..teruskan ye..

missayu said...

ayu menyusu susu ibu sampai umur 4 tahun....ta pernah minum susu tepung dan susu putih yg lain.......

Zafrina said...

ayu - wow sampai 4 tahun! but no doubt susu ibu terbaik.. :)

Zafrina said...

kak hana - zaff pun nak cuba sampai rizqy setahun.

famila - sharing is caring. :)