Nak share dengan all moms & mom-to-be my experience setelah 3 bulan setengah breastfeeding my son. I started breastfeed Rizqy hari kedua lepas bersalin. Masa mula-mula tu memang terkial-kial. Mana lak dengan nurse dok pegang-pegang breast kite, picit-picit nak bagi colostrum keluar.. segan hokay! Hehe.. Alhamdulillah, my colostrum senang keluar, cuma masa tu susu still tak banyak, Rizqy hisap punyela kuat sampai luka. The first 2 weeks tu agak seksa everytime nak feed Rizqy, sampai ada masa I sanggup pump susu & feed dia dgn botol sebab my nipple luka. Bila luka, sanggup I suruh my husband ke Fabulous Mom TTDI, belikan 2 products kat bawah ni..
Masa tengah pantang, macam-macam drama berlaku (haha!), mana kite dengan sakit operation, nipple luka, badan penat tak cukup tido, masa tu pulak Rizqy asyik meragam, menangis, susah tido, sampai ada masa I rasa fed-up nak feed Rizqy. Masa tu setan memang best la cucuk kan? Sampai I pernah rasa menyesal, dalam hati cakap, “kalau aku tak start breastfeed Rizqy sure tak rasa penat & seksa macam ni..” Ha, sampai macam tula rasa! Then masa pantang tu jugak I kena bengkak kelenjar yg sakit nak mampus! Bila raba area breast, akan rasa bijik-bijik, itu maknanya susu dah beku, tu yg membengkak. Tapi sakit dia, Ya Allah, boleh demam! Duduk tak kena, baring rasa nak tercabut breast. Pump pun tak jalan, susu tak keluar sebab dah beku. Kalau tak tahan sakit sangat, kenala telan pain killer, tuam dengan towel panas atau bantal tungku and kena bagi baby hisap sebab mulut baby panas. Cara mcm tu baru bengkak tu surut..
Tapi itu semua drama masa pantang.. Now, I rasa sangat seronok breastfeed Rizqy. Rasa sangat bahagia bila tengok dia membesar disebabkan susu kita, suka dengar bila dia burp (kuat macam orang tua, haha) & bila tengok dia berak elok. Alhamdulillah, dia suka hisap susu I. Setakat ni I memang exclusively breastfeed Rizqy . Bila I keje, I sanggup pump susu, then my mum or sape-sape yg jaga dia akan feed dia dengan botol. Alhamdulillah Rizqy takde masalah kalau bagi dia hisap botol, agaknya sebab dah dibiasakan dari dia lahir. Sehari I akan pump2-3 kali, pagi sebelum pegi keje, time lunch & malam before tido. And Alhamdulillah jugak, susu I banyak sampai Rizqy tak terminum. Sekali pump, sebelah breast je I boleh dapat 5-7 oz. Ada kawan I siap nak mintak sikit susu I nak bagi kat anak dia! Hahaha.. Boleh je, insyaAllah..
And sekarang jugak, breastpump, cooler bag, ice pack & storage bottles jadi my best friend. Everyday mesti bawak ke ofis, kalau tak matila.. Sure bengkak gile breast! Ada one time, my breastpump buat hal, ingatkan dah rosak.. Dah nak nangis I.. Yela kalau nak beli ganti bukan murah! Tapi bila my husband godek-godek pump tu, dah ok dah.. Syukur syukur..
.
4 comments:
suka suka suka!! besh kan bila baby tu besa hanya dgn minum susu kite hehe.. keep up the good work zaff! rizky is so lucky
tahniah zaff..yes itulah yg kite selalu buat sampai skrg wafiq alhamdulillah dah 2tahun.Stil perah/pam susu kat ofis or g memana pun.Suke dengar zaff cakap exclusive bf rizqy..so keep it up dalam 6 bulan ni jangan campur susu tau..n after 6 months if rizqy nak teruskan bagi yer..moga rizqy membesar dgn sihat ye yang...take care..love it :)
Sebelah jer da 5-7 ouns....fuhhhh....meriah....
skin - insyaAllah selagi susu ada, sumbat je mulut Rizqy dgn susu Zaff. :)
famila - tq. penat nak pump, tapi anak punya pasal, sanggup! u too take care
kak hana - Alhamdulillah. tapi bila bengkak, tak hengat la.. hehe
Post a Comment