Saturday, April 19, 2014

radio & my current job

ramai yang tanya macam mana radio bekerja. i mean macam mana lagu, sweeper, psa, promo & commercial disusun sepanjang dengar kat radio. manual ke auto ke? announcer (bukan dj ye, dj yg gesek-gesek piring hitam tu) main or pilih lagu sendiri ke.. ok mehla I nak share.

ku mula bekerja kat Suria FM sejak 2005. ye next year dah 10 tahun. it's my second job lepas keje kat Aeon 6 bulan je. asalnya masa tu check job street, then nampakla radio baru ni cari penyampai radio. kenangkan yang ku ni graduasi broadcasting mass comm uitm, so ku pun apply lah. selang beberapa hari, HR called. dua, 3 kali kak Ita tu called suruh datang audition tapi ku tak pegi-pegi sebab tak confident. sampai kali ke-3 dia call, ku pun pegi jelah. tak prepare ape pun, tapi sebab ku dah biasa jadi emcee & tv host masa tu, so confident tu adalah sikit. 2 hari lpas audition, kak Ita call bgtau yg ku diterima & rupanya ku merupakan announcer terakhir yang terpilih. sebelum ku dah ada 5 orang iaitu Bob, Faqrul, Junn, Azrene & Abg Kay Chuliano. ok itu cerita macam mana ku terpilih untuk join family Suria FM. kitorg memang bertatih dari kosong, sampai sekarang dah ada 2.5 juta pendengar. Alhamdulillah.

staff keluar masuk, announcer dan management atasan pun bertukar banyak kali, ku masih setia di Suria FM. dari penyampai radio, tahun 2010 ku dinaikkan menjadi penerbit, rezeki anak masa tu. Alhamdulillah. setelah 4 tahun menjadi producer, ku dinaikkan lagi menjadi music scheduler, Alhamdulillah jugak sebab my boss Adi nampak hasil kerja dan komitmenku. bila dah jadi scheduler, bolehlah berani sikit nak share cara radio bekerja. basically kerjaku ialah susun lagu, waktu solat, sweepers & promos, pendek kata apa yg korang dengar kat radio, itulah hasil kerjaku. juga ku kena buat skrip promo/pesanan khidmat masyarakat (psa), approve skrip yg dibuat oleh orang lain, deal with other department regarding our content (SEMUA email pasal Suria FM ku akan dapat, so hidup memang tak akan aman, hahahahaha) & attend meeting if my boss takde.

ok, dari segi lagu, semua label & PR akan jumpa ku untuk bagi lagu artis-artis diorg. seronok sebab dapat banyak cd & menjadi orang pertama yang dengar lagu baru sebelum lagu tu keluar kat radio. ku akan review lagu-lagu tu & bila music meeting, ku akan suggest kepada boss lagu mana yg ok & kena dengan station punya hala tuju. kalau dulu, penyampai radio yang pilih sendiri & main lagu, but now, di semua formatted radio, announcer tidak dibenarkan memutarkan lagu. sistem radio pun ada password yang tidak membenarkan sesiapa mainkan lagu sesuka hati, so diorg tak boleh nak insert or delete apa-apa lagu yang kita dah susun dalam playlist/log. semua tu kerja music scheduler macam ku. apa-apa diorg akan refer kepadaku, jadi kalau nak dengar lagu favourite kat radio, buatlah baik denganku, so adalah lagu tu kat radio. hehehehehehe

setiap hari ku akan susun lagu untuk 24 jam show di Suria FM. lagu-lagu semua kita dah upload dalam song bank/library di sistem yang dipanggil RCS, so bila buat scheduling, just pilih lagu mana-mana. Fyi, nak terror RCS tu kena belajar & ada training. Ku berazam nak terror mcm my boss, main tekan-tekan je keyboard RCS tu. Tak terror RCS tak blh jadi music scheduler, even nak jadi announcer pun kena belajar cara nak guna system RCS tu. Ok, back to music scheduling, ada lebih 4 ribu lagu dalam library Suria FM. semua lagu untuk 24 jam ku susun secara manual, maknanya ku pilih satu-satu lagu ikut jam & kategori - lagu baru, recurrent (3-6 bulan), lagu yg dalam range 1-5 tahun, lagu 6-10 tahun, lagu 90'an, 80'an & english song. 

selain lagu, ada sweeper di celah-celah lagu. sweeper ialah station call sign yang korang dengar selepas setiap lagu. yang tu ku auto scheduled je. kalau semua nak buat manual, memang julinglah bijik mata ku menghadap komputer.

promo - mostly skrip ku yang buat & ada jugak ku suruh announcer buat ikut giliran. promo, ada yang station punya & client punya. kalau station punya less risau sebab tu in-house product mcm promo segmen di Suria FM. kalau client punya, yg ni kena bagi lebih attention sebab selalunya promo client adalah berbayar seperti promo konsert atau promo wayang. kena bagi lebih attention maksud ku ialah ku kena pastikan setiap promo ikut jumlah berapa kali perlu aired di radio. promo client ada diperuntukkan jumlah aired berapa kali sehari mengikut kontrak. so ku kena schedule ikut jadual yang disediakan. sebagai contoh, promo filem bla bla 25x untuk Isnin-Jumaat, so maknanya 5x sehari promo kena keluar di radio. so ku kena pastikan semua cukup ikut jumlah atau kalau nak belanja lebih satu dua kali pun boleh, tapi jangan tak cukup. ada sesetengah client, diorg akan mintak affidavit iaitu bukti berapa kali promo tu ke udara di radio. kalau tak cukup, sure kena maki. hehehehehe.

itu recorded promo, ada juga live reads. live reads means hebahan secara langsung yang perlu dibaca oleh penyampai radio. skrip ku yang buat & taip masuk dalam log system untuk reference penyampai. live reads normally berbayar, in fact lagi mahal daripada recorded promo. kalau korang dengar segmen Ceria Petang Linda Onn, ada dia sebut banyak kali pasal mentega kacang sunbear lah, minyak masak adela lah, ha itulah dia contoh live read. kena baca & tugasku, kena schedule instruction untuk diorg baca, jadi bila diorg nampak instruction dalam log, time tulah diorg baca live reads tu. semua tu perlu disusun ikut jadual, kalau ku tak schedule or silap time schedule, kena marah sebab ia melibatkan duit & client. ku ada experience kena marah sebab salah schedule masa mula-mula buat keje ni. phew!

untuk pesanan khidmat masyarakat atau public service annuncement (psa), ku akan buat skrip & kalau malas ku suruh my announcers buat skrip ikut giliran. hehehe. then lepas dah siap record & produce, semua akan diserahkan ke traffic department untuk dischedule, begitu juga dengan iklan/commercial. that one, we, programming side tak schedule. skrip iklan dibuat oleh creative department, diorg yg akan pilih talent & record sendiri dengan production engineer yang khas untuk commercial, programming tak kacau langsung.

basically, semua lagu, sweeper, promo, psa & commercial perlu disusun ngam-ngam untuk sejam. kalau under run or over run, annoncers akan call, "Zaf lagu tak cukup! Zaf over run!" masa tu, kenalah delete or insert lagu. pendek kata nak pegi makan pun tak senang! hahaha. cara ku bekerja, ku akan siapkan log advance 2 hari, apa-apa jadi, senang nak adjust. kalau ada benda tergempar macam kejadian MH370 baru-baru, on the spot log semua bertukar ke lagu-lagu slow & sweeper pun mood sedih. masa tu phew.. penat sungguh sebab semua kena tukar. penat otak & mata mengadap komputer. 

towards weekend, hari jumaat memang busy gile sebab nak siapkan log untuk hari sabtu, ahad & isnin. kalau nak cuti sama ada cuti weekend or ku nak cuti panjang, memang tak senang duduk sebab radio tak stop, its running 24 hours! kalau ku nak cuti, log kena siapkan in advance, tapi nasib now dah ada yang boleh gantiku kalau ku bercuti, tu pun still tak tenang hidup. hahahaha. anyway, i love my job!


selfie at my room. that's the rcs computer. itulah dia nyawa radio & nyawa music scheduler macamku. hehe






 

3 comments:

DeQWa said...

wah...tq ur info...
bile tgk n dgr rase mcm senang je keje kt radio/jadi dj kan..
rupenye xsenang duduk jugak,byk nak kena handle...tabik spring la kt akk...good luck mama rizky...hehe

Dan's Musings said...

Hi Zafrina, I am Danny. I'm trying to contact Kay Chuliano. I would appreciate if you could pass him this message. I used to work with him at CTSL. My number is 012 498 8818, I've been searching for him for many years.

Dan's Musings said...

Hi Zafrina, I am Danny. I'm trying to contact Kay Chuliano. I would appreciate if you could pass him this message. I used to work with him at CTSL. My number is 012 498 8818, I've been searching for him for many years.