Sunday, April 20, 2014

Feminin tv1

Rabu 9 April, Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menjadi co-host bagi program Feminin di tv1. Sebenarnya agak pelik sebab dulu tahun 2004 ku pernah jadi host program Feminin jugak tapi masa tu program tu berbentuk majalah. Rasa macam sirih pulang ke gagang pulak, same name but different style. Ok, program Feminin tu live kat tv1 pukul 9 pagi, so sebelum pukul 7 ku dah keluar rumah, tapi still sejam jugak nak sampai Angkasapuri sebab jem.

Alhamdulillah all went well. Tak tidur malam sebenarnya sejak Jumaat minggu sebelum bila dapat tau kena jadi co-host utk program Feminin tu. Kalau tetamu ok lagi, ni co-host! It's been ages since my last tv program, that was 2004. Tapi yang tu recorded show, yang ni live! Without rehearsal & script, mana mata nak adjust camera lagi & first time jumpa/bekerjasama dengan the main host iaitu Faezah Elai. Fuh.. Ada salah silap sorry ye..

Oh lupa nak share, actually it's a joint venture antara Suria FM & RTM, so penyampai Suria FM akan turun padang bergilir-gilir menjadi co-host. Walaupun setengah jam je, but it was a good experience for me, mengendalikan rancangan tv secara langsung juga mengacarakan program berbentuk bual bicara. Ramai kawan tanya, "are you back hosting?" Lol. InsyaAllah kalau ada rezeki & a good offer. 



No comments: