Saturday, April 26, 2014

Mstar

Khamis, 17 April, dapat jemputan ke majlis pelancaran wajah baru mStar online. Walaupun malas nak pergi The Gardens sebab for sure parking susah, tapi kenangkan its our sister company, kugagahkan jugak ke sana. Pagi masuk ofis dulu ada meeting & settlekan apa yang patut, pukul 3pm baru gerak ke The Gardens. As usual parking semua full, tapi kat Gardens U ada, tapi tu pun naik sampai ke rooftop, adalah 4/5 parking. My boss pergi lambat sikit langsung takde parking, fedup dia terus balik.

Ok, majlis tu buat kat Alexis. Glamour ye event tu sebab artis saje yang datang. Yang ku nampak ada Fazura, Faezah Elai, Siti Saleha, Nurul Wahab, Kaka, Fazli Zainal & ramai lagilah. Bloggers pun ramai. Tapi yang paling best jumpa my bff, Aziz kat situ! As usual dia wakil Air Asia lah sebab AA ada sponsor tiket flight to winners. Yeay! :D

Ku tak lama pun kat situ, tapi sempatlah tengok show Riz AF, Anuar Zain & persembahan lawak oleh Jihan, Shuib Sepahtu & Yus Jambu. By 5 dah gerak sebab nak amik Rizqy kat school.





No comments: