As Salam. sorry for being silent for too long. been ups and down lately, tapi kalau sape yg follow my instagram, ada je updates from me, banyak kot? hehe. cuma nak berblog rasa malas sangat nak menaip & karang story. sorrylah ye.. sampai ada yg tanya kenapa lama tak blog? ramai jugak yg mintak ku update cuti-cuti ku. takdelah ke mana pun, just we all ada ke Penang, Redang, Legoland, Little Big Club & latest ke Lombok bulan Februari lepas.
ok, lets start with Legoland first. actually memang takde plan pun nak ke sana. tapi tiba-tiba kitorg dapat 2 tiket free, all park pulak tu, sape tak excited kan? tapi expired bulan Februari, tu yang gigih buat plan ke sana jugak. nasib adikku stay kat JB, so kitorg duduk rumah dia je, save duit hotel. bukan apa, bulan 2 nak pegi Lombok, so mana yag boleh save, kitorg save.
so, 10 January, bertolaklah kitorg ke JB. 5 orang dalam rombongan plus ibu & bapa mertuaku. saje ajak diorg sebab sejak kawin tak pernah vacation dengan diorg. pukul 5 petang gerak ke JB, sepanjang jalan hujan, pukul 9 malam selamat sampai. first, checked-in for in-laws dulu kat budget hotel area Tampoi kat rumah adikku. dia siap tanya, "mana akak tau hotel tu?" dia dah stay situ setahun lebih pun tak pernah tau. ala google je. hehehe. nasib ada waze, dia dtg jumpa kitorg pun ikut waze je, 10 minit dari rumah dia. he was so excited kitorg nak datang JB siap apply cuti on weekend & Jumaat tu dia mintak keje siang.
then, dia bawak kitorg dinner kat medan selera sebelah Datarn Bandaraya JB, nak sangat bagi akak makan stimbot & rojak cakoi. memang sedap pun, best lepak situ, banyak choice nak makan apa. lepak & sembang kejap sampai dekat pukul 11 malam, kitorg pun gerak balik.
next day, pukul 8.30 pagi amik in-laws ku kat hotel, kitorg pegi breakfast kat restoran Singgah Selalu. laksa Johor & roti canai dia sedap. dekat pukul 10 gerak ke Legoland, 20 minit from JB ke Nusajaya. omg so excited! dari jauh dah nampak entrance dah sengih-sengih dah. before sampai ke entrance Legoland tu ada Mall of Medini, best sebab boleh shopping-shopping jugak kat situ.
tepat pukul 10 pagi, ada opening show kat entrance, bestnya.. so international rasanya! harga tiket ku beli online RM112 for adult & RM88 for kid, atuk belanja tiket Rizqy, Alhamdulillah.. first thing masuk Legoland, mataku terus melilau cari Miniland yang ada miniature landmark negara. tak tau nak cakap macam mana, memang best sangat. kalau tak mengenang ada anak kecik, memang ku & husband boleh lepak lama kat Miniland tu belek lego-lego dia. so detail!
cuaca sangat panas. tapi ku punya stail, kalau dah berjalan, pedulikan aja rasa panas tu. kalau kira panas memang tak ke manalah kan? cuaca Malaysia lak memang panas. kalau oversea pun time summer yang happening, so memang panas. takyahla nak cerewet panas-panas. bukannya kita selalu berjalan pun, so tahanlah sikit panas tu.. tapi memang panas! hangit muka!
actually banyak lagi gambar miniature tu, ada landmark from Singapore, Indonesia, Thailand, China, Brunei etc. nak tengok, silalah pegi ke facebook ku ye.
Legoland ada 7 theme parks. mostly ada restoran & bangunan indoor yang ada aircond. so bolehlah lepak sambil keringkan peluh & sambil main lego. so convenient & customer friendly. rasa bangga sangat ada theme park macam tu kat Malaysia. ada rides utk adult & rides for kids jugak. sempat ku naik 2 roller coaster, tu pun kena paksa dengan adikku, ha amik kau jerit bagai nak rak! hahahaha. Rizqy pun naik banyak rides tapi ada 2,3 tak lepas sebab tak cukup tinggi. kesian dia nak naik roller coaster tak lepas, ada 1 ride tu gigih beratur dengan papa, sampai depan je terus kena halau sebab tak cukup tinggi. terus meraung dia kat situ! syahdu mama tengok anak mama macam tu. hahahaha. takpe next year kite pegi dengan kakak Zarra & Tiya k, masa tu dah boleh naik semua rides.
sewa stroller RM30, adalah dia naik 5 saat je. hoh!
one of the roller coaster yang ku naik
sana sini lego
serius hilang stress lepas jerit naik roller coaster ni! lol
ride ni la yang Rizqy tak lepas naik tu
dia dapat main lego, lama sangkut kat sini tak nak pegi mana
nak amik driving license
reward lepas nak naik ride tak dapat. amboi besar betul gelak!
dia dah ngantuk masa ni. naik train pusing satu Legoland pun dah tak excited
yeay dah dapat driving license!
spent 6 hours, totally worth it. walaupun harga tiket mahal, tapi sangat berbaloi. makan pun senang sebab banyak restoran. harga macam makan kat mall, ada western & local food. insyaAllah next year nak pegi lagi. nak pegi water park pulak, tapi kena amik pakej 2 hari sebab not advisable pegi 2 park dalam sehari, penat. pukul 4 petang kitorg gerak, terus hujan lebat, nasib tak hujan awal. esok, ke Little Big Club pulak. Rizqy nak jumpa Thomas the train. nak tengok gambar lain, sila ke sini
No comments:
Post a Comment