My brother's car at JB. It was hit & run. Kesian dia. Lori pasir/lori hantu langgar dia. Lori tu nak masuk simpang & tak brek. Adikku dah slow down tapi still kena langgar. Langgar berdepan lak tu. Nasib tak kena engine bagai. Kalau tak sure adikku pun teruk. Tayar lori belah kiri langgar kereta adikku belah kiri. Masa dah nampak nak kena langgar, adikku cakap dia redha je. Bila dah langgar tu, driver tu siap cakap sori, takde brek. Dia suruh adikku stop kat depan sikit, tapi dia terus cabut. Kurang ajar kan? Now dah patah kaki nak pergi kerja. Nasib ada kawan dia bagi pinjam kereta. Dengar cerita ada orang dapat catit plat number & ada polis yg kebetulan lalu situ kejar lori tu. Tapi nombor tu tak betul pulak. Semoga dapatlah balasan setimpalnya wahai driver lori yang langgar tu. Amin.
Sunday, April 27, 2014
It's my laling's birthday
Birthday shout out to my bff Aziz Laikar. Happy birthday laling! Eventhough kite jarang jumpa, but we never forget each other. Kitorg rapat sampai family pun dah kenal. Everytime balik Alor Setar, mesti singgah rumah his family. Teringat zaman study, we were so close sampai bila kitorg tak berdua orang mesti tanya mana Aziz and vice versa. Nak dijadikan cerita, his mother pun ingat yang kitorg bercinta! Lol.
Teringat naik motor sama-sama, and Aziz used to fetch me at my rumah sewa. Laling u ingat tak motor kena baling kon dgn pak guard sebab u taknak stop bila kena tahan? Hahaha. Oh my so much memories.. Now, he's doing so well in career and I am totally proud of him. I ❤ u and our friendship. Hope it will remain forever.
Saturday, April 26, 2014
Hat Day at SRG
Khamis, 24 April, STAR Radio Group saje-saje buat Hat Day kat our Level 9 Auditorium. Ku yang dari pagi ada meeting sampai terlupa ada event tu & of courselah terlupa bawak hat! Haish.
Started at 3 something, semua staff dah berkumpul & macam-macam jenis hat ada. Ada 14 orang finalis for the best hat. Yang paling kreatif amik gagang fon lilit kat kepala & letak teddy bear ikat kat kepala & of course dialah menang hadiah creative hat, dapatlah hamper sorang satu. Tujuan event tu saje-saje nak release tension kerja. Lepas ni tunggu tema apa pulak.
Mstar
Khamis, 17 April, dapat jemputan ke majlis pelancaran wajah baru mStar online. Walaupun malas nak pergi The Gardens sebab for sure parking susah, tapi kenangkan its our sister company, kugagahkan jugak ke sana. Pagi masuk ofis dulu ada meeting & settlekan apa yang patut, pukul 3pm baru gerak ke The Gardens. As usual parking semua full, tapi kat Gardens U ada, tapi tu pun naik sampai ke rooftop, adalah 4/5 parking. My boss pergi lambat sikit langsung takde parking, fedup dia terus balik.
Ok, majlis tu buat kat Alexis. Glamour ye event tu sebab artis saje yang datang. Yang ku nampak ada Fazura, Faezah Elai, Siti Saleha, Nurul Wahab, Kaka, Fazli Zainal & ramai lagilah. Bloggers pun ramai. Tapi yang paling best jumpa my bff, Aziz kat situ! As usual dia wakil Air Asia lah sebab AA ada sponsor tiket flight to winners. Yeay! :D
Ku tak lama pun kat situ, tapi sempatlah tengok show Riz AF, Anuar Zain & persembahan lawak oleh Jihan, Shuib Sepahtu & Yus Jambu. By 5 dah gerak sebab nak amik Rizqy kat school.
Sunday, April 20, 2014
Feminin tv1
Rabu 9 April, Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menjadi co-host bagi program Feminin di tv1. Sebenarnya agak pelik sebab dulu tahun 2004 ku pernah jadi host program Feminin jugak tapi masa tu program tu berbentuk majalah. Rasa macam sirih pulang ke gagang pulak, same name but different style. Ok, program Feminin tu live kat tv1 pukul 9 pagi, so sebelum pukul 7 ku dah keluar rumah, tapi still sejam jugak nak sampai Angkasapuri sebab jem.
Alhamdulillah all went well. Tak tidur malam sebenarnya sejak Jumaat minggu sebelum bila dapat tau kena jadi co-host utk program Feminin tu. Kalau tetamu ok lagi, ni co-host! It's been ages since my last tv program, that was 2004. Tapi yang tu recorded show, yang ni live! Without rehearsal & script, mana mata nak adjust camera lagi & first time jumpa/bekerjasama dengan the main host iaitu Faezah Elai. Fuh.. Ada salah silap sorry ye..
Oh lupa nak share, actually it's a joint venture antara Suria FM & RTM, so penyampai Suria FM akan turun padang bergilir-gilir menjadi co-host. Walaupun setengah jam je, but it was a good experience for me, mengendalikan rancangan tv secara langsung juga mengacarakan program berbentuk bual bicara. Ramai kawan tanya, "are you back hosting?" Lol. InsyaAllah kalau ada rezeki & a good offer.
#throwback
Sambil tunggu Rizqy tidur, ter-google map this Brighton Grove. Rindu lak kawasan rumah adikku ni. Walaupun sempat jejak kaki 3 hari je, tapi suka kawasan tu.
Masa dia study kat situ dia duduk kat rumah no. 111, salah satu daripada rumah kat bawah ni. Hujung jalan tu, ada satu kedai runcit muslim. Hari-hari dia ke universiti jalan kaki je. Ku pun pernah ikut dia jalan kaki ke faculty dia, mengah gaklah. Dalam 15 minit kalau jalan laju, jalan relaks-relaks dalam 30 minit. Dari sini nak ke city Newcastle boleh jalan kaki, kalau taknak penat naik bas.
First day sampai sana, bagai nak rak pusing satu town jalan kaki. Patutlah orang sana tak gemuk-gemuk, sebab diorg suka berjalan kaki.. Newcastle 4 jam dari London. Kawasan dia tak pack macam London, sini boleh shopping dengan heavennya, tak payah nak beratur panjang masuk fitting room.
Saturday, April 19, 2014
radio & my current job
ramai yang tanya macam mana radio bekerja. i mean macam mana lagu, sweeper, psa, promo & commercial disusun sepanjang dengar kat radio. manual ke auto ke? announcer (bukan dj ye, dj yg gesek-gesek piring hitam tu) main or pilih lagu sendiri ke.. ok mehla I nak share.
ku mula bekerja kat Suria FM sejak 2005. ye next year dah 10 tahun. it's my second job lepas keje kat Aeon 6 bulan je. asalnya masa tu check job street, then nampakla radio baru ni cari penyampai radio. kenangkan yang ku ni graduasi broadcasting mass comm uitm, so ku pun apply lah. selang beberapa hari, HR called. dua, 3 kali kak Ita tu called suruh datang audition tapi ku tak pegi-pegi sebab tak confident. sampai kali ke-3 dia call, ku pun pegi jelah. tak prepare ape pun, tapi sebab ku dah biasa jadi emcee & tv host masa tu, so confident tu adalah sikit. 2 hari lpas audition, kak Ita call bgtau yg ku diterima & rupanya ku merupakan announcer terakhir yang terpilih. sebelum ku dah ada 5 orang iaitu Bob, Faqrul, Junn, Azrene & Abg Kay Chuliano. ok itu cerita macam mana ku terpilih untuk join family Suria FM. kitorg memang bertatih dari kosong, sampai sekarang dah ada 2.5 juta pendengar. Alhamdulillah.
staff keluar masuk, announcer dan management atasan pun bertukar banyak kali, ku masih setia di Suria FM. dari penyampai radio, tahun 2010 ku dinaikkan menjadi penerbit, rezeki anak masa tu. Alhamdulillah. setelah 4 tahun menjadi producer, ku dinaikkan lagi menjadi music scheduler, Alhamdulillah jugak sebab my boss Adi nampak hasil kerja dan komitmenku. bila dah jadi scheduler, bolehlah berani sikit nak share cara radio bekerja. basically kerjaku ialah susun lagu, waktu solat, sweepers & promos, pendek kata apa yg korang dengar kat radio, itulah hasil kerjaku. juga ku kena buat skrip promo/pesanan khidmat masyarakat (psa), approve skrip yg dibuat oleh orang lain, deal with other department regarding our content (SEMUA email pasal Suria FM ku akan dapat, so hidup memang tak akan aman, hahahahaha) & attend meeting if my boss takde.
ok, dari segi lagu, semua label & PR akan jumpa ku untuk bagi lagu artis-artis diorg. seronok sebab dapat banyak cd & menjadi orang pertama yang dengar lagu baru sebelum lagu tu keluar kat radio. ku akan review lagu-lagu tu & bila music meeting, ku akan suggest kepada boss lagu mana yg ok & kena dengan station punya hala tuju. kalau dulu, penyampai radio yang pilih sendiri & main lagu, but now, di semua formatted radio, announcer tidak dibenarkan memutarkan lagu. sistem radio pun ada password yang tidak membenarkan sesiapa mainkan lagu sesuka hati, so diorg tak boleh nak insert or delete apa-apa lagu yang kita dah susun dalam playlist/log. semua tu kerja music scheduler macam ku. apa-apa diorg akan refer kepadaku, jadi kalau nak dengar lagu favourite kat radio, buatlah baik denganku, so adalah lagu tu kat radio. hehehehehehe
setiap hari ku akan susun lagu untuk 24 jam show di Suria FM. lagu-lagu semua kita dah upload dalam song bank/library di sistem yang dipanggil RCS, so bila buat scheduling, just pilih lagu mana-mana. Fyi, nak terror RCS tu kena belajar & ada training. Ku berazam nak terror mcm my boss, main tekan-tekan je keyboard RCS tu. Tak terror RCS tak blh jadi music scheduler, even nak jadi announcer pun kena belajar cara nak guna system RCS tu. Ok, back to music scheduling, ada lebih 4 ribu lagu dalam library Suria FM. semua lagu untuk 24 jam ku susun secara manual, maknanya ku pilih satu-satu lagu ikut jam & kategori - lagu baru, recurrent (3-6 bulan), lagu yg dalam range 1-5 tahun, lagu 6-10 tahun, lagu 90'an, 80'an & english song.
selain lagu, ada sweeper di celah-celah lagu. sweeper ialah station call sign yang korang dengar selepas setiap lagu. yang tu ku auto scheduled je. kalau semua nak buat manual, memang julinglah bijik mata ku menghadap komputer.
promo - mostly skrip ku yang buat & ada jugak ku suruh announcer buat ikut giliran. promo, ada yang station punya & client punya. kalau station punya less risau sebab tu in-house product mcm promo segmen di Suria FM. kalau client punya, yg ni kena bagi lebih attention sebab selalunya promo client adalah berbayar seperti promo konsert atau promo wayang. kena bagi lebih attention maksud ku ialah ku kena pastikan setiap promo ikut jumlah berapa kali perlu aired di radio. promo client ada diperuntukkan jumlah aired berapa kali sehari mengikut kontrak. so ku kena schedule ikut jadual yang disediakan. sebagai contoh, promo filem bla bla 25x untuk Isnin-Jumaat, so maknanya 5x sehari promo kena keluar di radio. so ku kena pastikan semua cukup ikut jumlah atau kalau nak belanja lebih satu dua kali pun boleh, tapi jangan tak cukup. ada sesetengah client, diorg akan mintak affidavit iaitu bukti berapa kali promo tu ke udara di radio. kalau tak cukup, sure kena maki. hehehehehe.
itu recorded promo, ada juga live reads. live reads means hebahan secara langsung yang perlu dibaca oleh penyampai radio. skrip ku yang buat & taip masuk dalam log system untuk reference penyampai. live reads normally berbayar, in fact lagi mahal daripada recorded promo. kalau korang dengar segmen Ceria Petang Linda Onn, ada dia sebut banyak kali pasal mentega kacang sunbear lah, minyak masak adela lah, ha itulah dia contoh live read. kena baca & tugasku, kena schedule instruction untuk diorg baca, jadi bila diorg nampak instruction dalam log, time tulah diorg baca live reads tu. semua tu perlu disusun ikut jadual, kalau ku tak schedule or silap time schedule, kena marah sebab ia melibatkan duit & client. ku ada experience kena marah sebab salah schedule masa mula-mula buat keje ni. phew!
untuk pesanan khidmat masyarakat atau public service annuncement (psa), ku akan buat skrip & kalau malas ku suruh my announcers buat skrip ikut giliran. hehehe. then lepas dah siap record & produce, semua akan diserahkan ke traffic department untuk dischedule, begitu juga dengan iklan/commercial. that one, we, programming side tak schedule. skrip iklan dibuat oleh creative department, diorg yg akan pilih talent & record sendiri dengan production engineer yang khas untuk commercial, programming tak kacau langsung.
basically, semua lagu, sweeper, promo, psa & commercial perlu disusun ngam-ngam untuk sejam. kalau under run or over run, annoncers akan call, "Zaf lagu tak cukup! Zaf over run!" masa tu, kenalah delete or insert lagu. pendek kata nak pegi makan pun tak senang! hahaha. cara ku bekerja, ku akan siapkan log advance 2 hari, apa-apa jadi, senang nak adjust. kalau ada benda tergempar macam kejadian MH370 baru-baru, on the spot log semua bertukar ke lagu-lagu slow & sweeper pun mood sedih. masa tu phew.. penat sungguh sebab semua kena tukar. penat otak & mata mengadap komputer.
towards weekend, hari jumaat memang busy gile sebab nak siapkan log untuk hari sabtu, ahad & isnin. kalau nak cuti sama ada cuti weekend or ku nak cuti panjang, memang tak senang duduk sebab radio tak stop, its running 24 hours! kalau ku nak cuti, log kena siapkan in advance, tapi nasib now dah ada yang boleh gantiku kalau ku bercuti, tu pun still tak tenang hidup. hahahaha. anyway, i love my job!
selfie at my room. that's the rcs computer. itulah dia nyawa radio & nyawa music scheduler macamku. hehe
Saturday, April 5, 2014
First vacation of 2014 - part 2
gerak dari Legoland, adikku bawak pusing Kota Iskandar, pusat pentadbiran negeri Johor yang baru. serius membangun betul JB ni. lepas tu kitorg terus gerak balik sebab masing-masing dah penat. seperti biasa singgah S'Bee Hotel turunkan ibu bapa mertuaku. sampai rumah konon nak tidurlah kejap, tapi Rizqy pulak dah terjaga, ajak pegi pool pulak. isyh tak reti penat sikecik tu! best pool Dwi Mahkota Kondo tu, besar & ada kids pool, angin kuat macam tepi laut.
for dinner, adikku bawak kitorg ke ZZ Sup Tulang. adikku memang tak terror lagi jalan-jalan kat JB, so gunalah waze. tapi yang hanginnya, ntah ke manalah waze bawak kitorg. kononnya "you have reached your destination," tapi keliling takde ape! nak google pulak line tak stabil, isyh hangin betul. pusing-pusing sampai dekat sejam, last-last sampai jugak. tu pun amik initiative sendiri, lepas sampai jalan yang dalam address kat foursquare, kitorg jalan terus je ke depan, baru jumpa. kedai tu memang tersorok sikit. dari jauh nampak kereta bersusun parking. mak oi mesti sedap ni. better be sedap sebab dah sesat bagai nak rak! full house ye kedai tu, nasib baik ada je orang keluar, so dapatlah kitorg table, tu pun share dengan orang lain. adikku pun baru second time dia ke situ, tapi dia cakap sup tulang memang terbaik, cuma yg tak bestnya - nyamuk. kedai tu ala-ala dalam hutan gitu.. so, kitorg order sup tulang makan dengan nasi putih & sambal belacan & mee sup tulang. Alhamdulillah memang sedap sangat, Opie sampai sedut-sedutlah sum-sum tulang tu padahal sebelum ni dia bukan suka makan mee kuah-kuah ni.
gambar ni ku google je. kalau siang sure buruk tempat dia. malam cantik sikitlah dengan atap-atap rumbia
next day, 9am keluar amik in-laws, then kitorg breakfast kat Hua Mui, Jalan Trus. sampai-sampai pun full jugak. adikku ni bawak makan semua tempat full. but full means sedaplah kan? so tunggu jelah, strateginya kitorg tunggu kat bawah, adikku tunggu kat atas. 10 minit tunggu, ada jugak table untuk kitorg kat atas. kedai dia bodoh je, kedai lama, menu dia pun simple je, tapi sedap sangat! kedai ni tersenarai dalam Jejak Warisan Iskandar Puteri sebab dah wujud sejak 1948. ku makan hor fun blackpepper, yang lain makan western breakfast, semua sedap.
gambar ni pun ihsan google je
now, masa untuk berpisah dengan adikku. dia tak ikut kitorg ke Little Big Club sebab tempat tu more untuk budak kecik je & kitorg balik KL terus lepas tu. ala sedihnya, kejap je dah nak balik KL.. sob sob..
kitorg pun gerak ke Puteri Harbour Family Theme Park di Nusajaya. Rizqy was so excited bila nampak gambar Thomas & Pingu kat entrance. theme park ni 3 level. first level ada Hello Kitty Town, tapi kitorg tak masuk pun sebab tak minat walaupun dulu ada one time mama yang minat Hello Kitty ni! hahaha. so kitorg direct ke level 2 & 3. bayaran masuk RM75 for adult & RM55 for kid. boleh pilih sama ada nak masuk both theme parks or salah satu. kalau masuk both theme park harga RM110 for adult & RM85 for kid. level 2 ada Pingu, Angelina the Ballerina, Bob the Builder & Barney. ada jugak stage & ada showcase ikut masa yang ditetapkan. Rizqy sempat layan showcase Barney & Thomas the train. mama so happy sebab dia enjoy sangat siap menari-nari & mata tak berkelip tengok Barney & Thomas depan mata. Rizqy dapat jugak amik gambar dengan Bob & Pingu. oh mama happy!
level 3, special for Thomas the train. sampai je level tu, Rizqy dah excited semacam sebab dia memang sangat minat dengan Thomas & dia memang kenal semua nama kawan-kawan Thomas. sempat naik semua rides kat situ, cuma yang tak best tempat dia kecik je. dalam gambar nampak macam besar tapi kecik je & tak semua ada. Rizqy pun macam confuse sebab kawan Thomas tak banyak. banyak nama yang dia tanya, banyak yang takde kat situ.
ni nama dia Bertie
James
Percy
tercengang tengok Emily, Toby & Gordon
lupa nak bagitau, 12 Januari tu birthday my husband. so happy dapat celebrate his birthday kat JB this time. Happy birthday papa. Hope u enjoyed your birthday treat & trip. Ishky belanja naik heli nama Harold. Lol
dah penat main, time for lunch. we had lunch kat LAT's Place. sebelah Little Big Club je. the food was ok-ok je, tapi surrounding dia yang best. semua dilukis oleh Datuk Lat.
Rizqy tertidur kepenatan
char kuay teow dengan udang besar
hajat di hati lepas makan nak masuk balik Little Big Club, tapi semua macam dah penat dengan Rizqy pun dah tidur, so kitorg gerak jelah balik KL. actually tak puas lagi.. sob sob.. untuk mengubat hati yang tak puas tu, kitorg singgah JPO. yeay, ubat hati! hahaha. tapi yang peliknya ku tak shopping pun, penat kot. mama & opie yang shopping. so me & opie dah plan before raya nak pegi balik JPO, nak shopping betul-betul time tu, insyaAllah. time tu nak masuk semua kedai! lol
Subscribe to:
Posts (Atom)