* may all of us akan jadi the best mommy in the world. Amin..
* sorry sebab "curi" gambar. hehe
* ada sape-sape yg I terlepas ke? :P
Nak share dengan all moms & mom-to-be my experience setelah 3 bulan setengah breastfeeding my son. I started breastfeed Rizqy hari kedua lepas bersalin. Masa mula-mula tu memang terkial-kial. Mana lak dengan nurse dok pegang-pegang breast kite, picit-picit nak bagi colostrum keluar.. segan hokay! Hehe.. Alhamdulillah, my colostrum senang keluar, cuma masa tu susu still tak banyak, Rizqy hisap punyela kuat sampai luka. The first 2 weeks tu agak seksa everytime nak feed Rizqy, sampai ada masa I sanggup pump susu & feed dia dgn botol sebab my nipple luka. Bila luka, sanggup I suruh my husband ke Fabulous Mom TTDI, belikan 2 products kat bawah ni..
Masa tengah pantang, macam-macam drama berlaku (haha!), mana kite dengan sakit operation, nipple luka, badan penat tak cukup tido, masa tu pulak Rizqy asyik meragam, menangis, susah tido, sampai ada masa I rasa fed-up nak feed Rizqy. Masa tu setan memang best la cucuk kan? Sampai I pernah rasa menyesal, dalam hati cakap, “kalau aku tak start breastfeed Rizqy sure tak rasa penat & seksa macam ni..” Ha, sampai macam tula rasa! Then masa pantang tu jugak I kena bengkak kelenjar yg sakit nak mampus! Bila raba area breast, akan rasa bijik-bijik, itu maknanya susu dah beku, tu yg membengkak. Tapi sakit dia, Ya Allah, boleh demam! Duduk tak kena, baring rasa nak tercabut breast. Pump pun tak jalan, susu tak keluar sebab dah beku. Kalau tak tahan sakit sangat, kenala telan pain killer, tuam dengan towel panas atau bantal tungku and kena bagi baby hisap sebab mulut baby panas. Cara mcm tu baru bengkak tu surut..
Tapi itu semua drama masa pantang.. Now, I rasa sangat seronok breastfeed Rizqy. Rasa sangat bahagia bila tengok dia membesar disebabkan susu kita, suka dengar bila dia burp (kuat macam orang tua, haha) & bila tengok dia berak elok. Alhamdulillah, dia suka hisap susu I. Setakat ni I memang exclusively breastfeed Rizqy . Bila I keje, I sanggup pump susu, then my mum or sape-sape yg jaga dia akan feed dia dengan botol. Alhamdulillah Rizqy takde masalah kalau bagi dia hisap botol, agaknya sebab dah dibiasakan dari dia lahir. Sehari I akan pump2-3 kali, pagi sebelum pegi keje, time lunch & malam before tido. And Alhamdulillah jugak, susu I banyak sampai Rizqy tak terminum. Sekali pump, sebelah breast je I boleh dapat 5-7 oz. Ada kawan I siap nak mintak sikit susu I nak bagi kat anak dia! Hahaha.. Boleh je, insyaAllah..
And sekarang jugak, breastpump, cooler bag, ice pack & storage bottles jadi my best friend. Everyday mesti bawak ke ofis, kalau tak matila.. Sure bengkak gile breast! Ada one time, my breastpump buat hal, ingatkan dah rosak.. Dah nak nangis I.. Yela kalau nak beli ganti bukan murah! Tapi bila my husband godek-godek pump tu, dah ok dah.. Syukur syukur..
Malah, dalam Akademi Pengamal Perubatan Kanak-kanak Amerika (American Academy of Pediatrics) menyarankan penyusuan susu ibu diberikan kepada anak sekurang-kurangnya sehingga anak berusia setahun dan diteruskan selama mana ibu dan si anak mahu (ini bagi yang rasa orang Barat dan Amerika tidak mengamalkan penyusuan susu ibu).
Tidak salah bagi si ibu untuk meneruskan penyusuan susu ibu walaupun si anak sudah mencecah umur melebihi dua tahun.
Sebenarnya, ada tiga peringkat penyusuan susu ibu. Yang pertama dikenali sebagai penyusuan susu ibu secara eksklusif. Penyusuan jenis ini memastikan bayi tidak menerima selain dari susu ibu untuk enam bulan pertama. Ini bermaksud, bayi itu tidak akan menerima apa sahaja makanan termasuk air kosong, atau makanan tambahan atau apa sahaja yang dikategorikan sebagai bukan susu ibu.
Peringkat kedua penyusuan susu ibu dipanggil penyusuan susu ibu sepenuhnya. Untuk peringkat ini, bayi yang sudah berusia enam bulan ke atas akan meneruskan penyusuan susu ibu (tanpa mencampurkan dengan susu formula). Dalam masa yang sama, bayi tersebut mula diperkenalkan dengan makanan pejal dan juga minuman-minuman lain secara berperingkat mengikut kesesuaian.
Peringkat terakhir adalah meneruskan penyusuan bagi kanak-kanak berusia dua tahun dan ke atas. Pada peringkat ini, penyusuan susu ibu diteruskan bersama-sama dengan makanan pelengkap yang lain (masih tidak mencampurkan dengan susu formula).
Pernah dengar ada orang kata bahawa menyusukan anak dengan susu ibu apabila si anak sudah melebihi usia dua tahun tidak elok? Ada yang kata, anak seperti menghisap darah ibu. Ada juga yang kata susu ibu sudah jadi racun untuk si anak. Dan bermacam-macam lagi alasan dan cerita-cerita buruk yang didengari tentang meneruskan penyusuan susu ibu bagi anak berusia lebih dua tahun.
Tidak tahu dari mana asas cerita-cerita dan alasan-alasan yang diberikan. Tetapi, hakikatnya, tidak ada buruknya menyusukan anak dengan susu ibu walaupun dia sudah jadi 'big baby'.
Memang jenuh dan menyakitkan hati bila ada orang yang seolah-olah sinis bertanya," Dah besar-besar macam ni pun masih menyusu?".
Terasa macam ringan mulut nak menjawab dan berdebat mengenai perihal kehebatan menyusukan anak tak kira umur. Tetapi, bila memikirkan usaha itu sia-sia, biar aje la.
Bak kata Dr. Sears,
Menyusukan anak dengan susu ibu adalah keputusan yang AMAT BIJAK kerana banyak perkara yang menyebelahi si ibu.
Video: Advantages of Breastfeeding for the Baby
Video: Advantages of Breastfeeding for Mothers
Dari alasan yang diberikan oleh sains, banyak yang menyokong penerusan susu ibu.
Selain dari khasiat yang ada dan elok untuk si anak, ia juga memberi manfaat kepada si ibu dan bapa. Pusing-pusing pun, susu ibu masih menang. Kocek ibu bapa pun tak bocor dek kerana perlu membeli susu tepung yang pelbagai jenama.
Islam juga tidak menidakkan hak si anak yang masih mahu terus menyusu daripada si ibu walaupun Al-Quran terang-terang menyebut bahawa anak perlu disusukan sehingga usia dua tahun. Tidak ada nas dan dalil dalam Al-Quran yang menghalang ibu daripada meneruskan penyusuan anak yang melebihi usia dua tahun.
Islam agama fitrah. Jadi, mana mungkin Islam menghalang ibu menyusukan si anak yang sudah melebihi usia dua tahun ketika susu ibu masih ada? Seolah-olah satu penyeksaan batin dan emosi buat si anak yang dipaksa untuk tidak menyusu sedangkan ibu masih mampu meneruskan penyusuan (sebenarnya bukan si anak sahaja yang terseksa, ibu juga begitu).
Jadi, sekiranya ada ibu-ibu di luar sana yang masih mahu meneruskan penyusuan susu ibu walaupun anak sudah berusia lebih dua tahun, janganlah berputus asa. Bukan sahaja sains tidak menyangkal kebaikan susu ibu, bahkan juga agama dan juga psikologi anak-anak sentiasa menyokong anda!
pelamin by my in-laws