Wednesday, March 16, 2011

pre-owned shoes for sale

ok straight to the point.. kat bawah ni my pre-loved shoes & I nak let go. kasut-kasut ni ada yg I tak pakai langsung & yg lain kebanyakkannya I just pakai sekali dua je.


yg ni I langsung tak pakai. I beli masa Roadtour Amal SuriaFM daripada seorang artis, Farawahida kalau tak silap. masa dia lelong pun kasut tu memang brand new
size : 5/36, price : RM20


kasut ni I beli untuk photoshoot, pakai sekali je.
brand : Vincci, size : 5, price : RM30


yang ni Charles & Keith. I jarang pakai sebab tersalah beli size.
price : RM50, size : 35
*SOLD*


ni kasut I pakai masa I bertunang, memang sekali tu jela pakai.
brand : Mod, size : 36/5, price RM40


ni pun I beli untuk photoshoot, pakai sekali je.
brand : Nautini, size : 5, harga : RM30


kasut ni ada sentimental value actually. I pakai masa my wedding, sekali je pakai, lepas tu tak pakai langsung sampai ke hari ini.
brand : Guess by Marciano, size : 5 1/2, price : RM50
*SOLD*

so ada yang berminat? boleh email me, zafzafrina@gmail.com. sape cepat dia dapat ye.
TQ! :D


Saturday, March 12, 2011

i'm in love with...

sejak-sejak jadi mak ni, mata tak lepas dok menengok barang baby je.. kalau keluar shopping pun dah tak beli barang sediri, mesti beli barang untuk Rizqy. latest, I am so in love with Tommee Tippee products. at first takdela suka sangat, tapi bila tengok Rizqy serasi dengan bottle dia & selepas me & opie guna steriliser yg sangat berguna, hadiah pemberian my long lost friend, Azli, so terjatuh cintala dengan product from UK ni.. so my dear hubby, Opie Harris, ada a few products lagi nak kena beli for Rizqy ye! hehehe


ni electric steriliser set yang Azli hadiahkan, juga ada 4 botol susu (yg mana teats dia sama macam breast ibu), 4 milk storage & teat brush. sangat berbaloi! :D



Rizqy dah nak masuk 3 bulan, so kenala beli teats yg baru for medium flow



bottle carrier ni sangat menarik! ni pun nak "kena " beli. hehe



bottle & food warmer. actually me nak beli travel bottle warmer. tapi ni pun ok sayang.. hehe



ni cover botol susu. boleh beli kalau duit dah terlebih sangatla..



for the time being, ini my wish list yg pertama. i need & i have to buy this! travel bottle warmer. senang nak panaskan susu, tak payah mintak air panas kat restoran utk rendam botol


so Opie Harris? bila bila???? *wink wink*


Wednesday, March 9, 2011

rutin baru setelah bekerja

I dah start keje last week. memang rasa hectic sangat & rushing sebab masih breastfeeding rizqy. masuk keje pukul 10 pagi, so pukul 8 pagi dah bangun (tapi selalu pukul 6, 7 pagi dah jaga sebab rizqy nak susu) utk pump/express my milk then siap-siap ke ofis. sebelum tu I hantar rizqy ke rumah my mum dulu.

tapi masuk second week keje, I suruh opie hantar rizqy ke rumah mama since dia keluar lambat sikit & dia tak rushing ape pun, balik baru I fetch rizqy. baru 2 minggu, memang terkejar-kejar & me still nak biasakan diri.. kat ofis pun terkejar-kejar nak pump susu sebab busy gile.. kalau sempat pump, I pump. ada masa tu tak sempat langsung, dah bengkak macam nak meletup, tapi tahan je.. kat ofis takde pantry, so during lunch I pinjamla kejap bilik news to express my milk. fridge pun takde (ada kat ofis tingkat 16, tapi malas nak tumpang ofis orang), so I bawakla cooler beg & so impressed beg tu memang sejuk & tahanla utk chill kan susu selama 16 jam.. bagus beg tu, recommended for all breastfeeding moms!

petang, me keluar ofis pukul 4/5 petang. terus ke rumah my mum to fetch rizqy & lepak dulu kat situ sampai lepas maghrib baru balik. malas nak balik awal sebab opie pun balik lambat. malam bila sampai rumah, kalau rizqy tak buat perangai, I express lagi my milk. kena express byk kali sbb susu banyak & cepat bengkak. Alhamdulillah rezeki rizqy.. sekali pump boleh dpt 5oz, itu one side je.. tapi penat & jenuh la sebab asyik-asyik kena express.. kalau tak, bengkak & tegang je kulit kat area tu.. so dalam freezer, me dah jadi mcm pembekal 'dadih' yg berjaya! banyak stock susu! hahaha

rizqy tido around 11pm. perangai rizqy bila nak tido, I yang kena dukung dia.. kalau opie dukung, tak jalan. dia tido nak berdukung & I kena hayun badan ke kiri kanan. so dukungla dia sampai dia lena, tapi sebelum tu I biar dia nangis dulu sampai dia penat, so senang dia tido.. kejam tak? hehehe.. penat ye nak bagi dia tido. ada masa cepat dia lena, ada masa sejam dukung pun tak lena-lena lagi! bila dia tido, baru I siap-siapkan baju untuk esok, then I terus tido. sejak ada anak ni, pukul 10, 11 malam dah tido, ikut time dia tido.. motherhood is very challenging kan? itulah pengorbanannya, some more for working mom like me.. tapi macam mana pun me tak mengeluh, anything for my son. love u so much Rizqy Harris! :D





Saturday, March 5, 2011

hadiah

edisi blog kali ni just nak bagi appreciation kepada semua family & kawan-kawan yang bagi hadiah untuk I dan baby Rizqy. sorila baru nak update blog, takde masa langsung sejak-sejak habis pantang aritu.. banyak hadiah I & Rizqy dapat. semuanya best-best!


this book was given by Erra Fazira. sangat-sangat berguna & kena dengan cara hidup kite org Asia. some more cara penulisan semua in point form, so senang nak faham & ingat


this toy was given by my long lost friend, Azli. lama tak bercontact-contact dgn dia, tiba-tiba muncul kat hospital, second day lepas bersalin. besides this toy, Azli ada bagi Tomme Tippee streriliser jugak yg mana me & opie sangat-sangat suka.. tq!


secara keseluruhan ni la antara hadiah-hadiah yang sempat dikumpulkan & sampai sekarang still lagi macam ni kat bilik bawah rumah I. gile banyakkan? ada toys, baby sets, baju-baju, kasut, milk bottles, baby bags, play gym, baby craddle, sleeping light.. tq tq! me & Rizqy loved it so much!


yg ni lagi best. playpen given by kawan-kawanku di SuriaFM. siap beli & hantar kat rumah. thanks semua! and thanks to Seri, Mickey & Ain jugak yang datang rumah melawat Rizqy & hantar hadiah ni


ha.. yg ni Rizqy suka. rocker/glider daripada aunty Erra Fazira.. letak je dia atas tu, senang betul dia tido.. this one from The First Years, boleh beli kat MotherCare. :)


mama Rizqy suka hadiah ni.. botol susu from The First Years & Tommee Tippee.. sesuai untuk breastfeeding moms sebab puting susu dia sama macam ibu. so baby senang nak hisap & dia akan rasa macam hisap susu ibunya.. thank u Zura & Azli!


last but not least, stroller given by my aunty & bouncer from my sister.. muah muah!


kalau nak sebut nama, gerenti panjang berjela.. sape yg dah bagi hadiah to us, u know who u are.. thank u so much ye.. hanya tuhan yang mampu membalasnya.. :)