Wednesday, October 20, 2010

cerita pasal rumah..

setelah 2 bulan lebih, nak masuk 3 bulan me & hubby masuk rumah baru ktiorg. sebelum kitorg, rumah tu disewa oleh satu family Melayu. masa tu diorg deal dgn my maksu & paksu la since we all tak beli lagi rumah tu.. so, ni la I nak cerita pasal tenant tu, yg mana at first I cuba tak nak pening kepala pasal dia, tapi lately mcm makin byk lak masalah yg ditinggalkan oleh dia..

penyewa tu pulak, keluar dari rumah kitorg, then dia pindah ke rumah depan sikit yg mana still satu jalan. kira jalan sikit je dari rumah kitorg, boleh sampaila rumah dia tu.. dulu, sebelum we all masuk, bila pegi tengok-tengok rumah tu, masyaAllah.. rumah tu mcm rumah dah lama kena tinggal! sangat buruk & teruk kat sana sini! padahal we all notis dia dalam masa 2 bulan je..

wallpaper koyak sana sini, conteng jgn ckpla kan? dinding, pintu & sampai kayu divider kat dining tu pun diconteng! agaknya kalau ceiling tu boleh diconteng, pun nak dicontengnya.. toilet bawah rosak (tak boleh flush), water heater kat toilet kitorg dicabut (or should is say dicuri?), kotak main suis kat pintu utama hampir tercabut dari dinding (can u imagine mcm mana diorg buat? bergayut agaknya kat kotak tu), pintu utama yang kayu solid tu boleh patah kat bahagian atas tempat kunci.. ha yg tu pun I pening fikir mcm mana boleh patah, agaknya pintu tu dikarate kot?.. lampu pun banyak yg blow (mcm mana diorg blh hidup dlm keadaan gelap & tak nak tukar bulb-bulb lampu yg dah blow?)..

so bayangkanla berapa banyak duit kitorg habis sebab nak betulkan ape yg diorg dah buat kat rumah tu? bukan tu je, kat rumah tu, dulu maksu I ada tinggalkan satu gym set yg harga dia beribu-ribu ringgit sebab gym set tu berat nak angkat masa diorg nak pindah. tapi sekarang, gym set tu dah takde! gym set yg kitorg rasa sangat berat nak dialih-alih, dia boleh bagi kat adik dia! itu katanyalah, entah-entah dia jual.. tapi kalau dia blh angkat gym set tu, kira tererla.. tak tau la mcm mana dia buat.. bila maksu I mintak balik, dia ckp nak hantar balik, but until now, habuk pun tarak! gile kan? sgt desperado, barang org pun nak amik..

ada lagi, masa diorg pindah keluar, banyak barang "wasiat" yg ditinggalkan, so tukang cuci rumah kitorg la yg terpaksa buangkan.. satu lagi yg best, dia "wasiatkan" kat kitorg tv cabinet jati yg kayu solid tu.. kitorg nak buat ape dgn benda alah tu? dah la old school, tak cantik pulak tu! bila ditanya kenapa tak angkat sekali? dia jawab berat, takde transport. owh masa kau angkat gym set yg lagi berat tu, boleh pulak? padahal rumah baru dia tu, jarak dari rumah kitorg berapa langkah je boleh sampai, takdela jauh mana pun.. so sampai sekarang, ada lagila benda alah tu kat porch kitorg. sangat menyakitkan mata! I ni sampai pernah terfikir nak cari troli or mana-mana transport & nak letak cabinet tu depan pintu pagar dia! agak-agak boleh tak I buat mcm tu? isyh geram ni!

latest, kitorg dapat bil merah dari TNB. ada bil tertunggak RM291++! kalau bil merah maknanya dah nak kena potong la kan? so, we all bgtau la maksu I & diala yg bayarkan.. maybe potong dari deposit dia kot.. malasla I nak fikir, itu antara dia & maksu I.. ok, kitorg sabar lagi.. tiba-tiba pagi tadi, dapat monthly bil dari TNB, ada lagi bil yg tertunggak! this time jumlahnya RM900++! lagi gile kan? tolak bil kitorg yg hanya RM93 & tolak bil yg baru dibayar hari tu (mungkin TNB tak tolak lagi bil yg baru dibayar tu), still ada tunggakan RM600. so now, apa harus dikatakan pada tenant yg berperangai mcm tu??? rumah dekat je ni, kang ada yg kena serang ni... dah la duduk rumah org buat mcm rumah sendiri, bil lak tak nak bayar! kenapala ada manusia yg perangai mcm tu kan? main belasah je dgn property org & takde hati, sanggup buat mcm-mcm? isyh aku tension ni!!!!! ada yg terberanak jugak kejap lagi bila fikir pasal tenant tu!


2 comments:

edzlin007 said...

sabar kak zaff. memang ada orang perangai mcm tu. suka ambil kesempatan dan menyusahkan orang namanya. kes kak zaff lebih kurang sama je yg kena pd family saya dulu. huhu

BHMB said...

eiii..kalo sy kena mcm k.zaff pun bengangnyer ya amat...ni jns org kena dok dlm utan kot..tau nk nyusahkan org lain lak..pandai berak tp xnk timbus lubang..ni la dia..kurang ajaran la k.zaff..jns org cmtu..g la memana pun..mmg x selamat la dia..huhu