Friday, October 29, 2010

setelah 8 bulan..

currently i am 32 weeks pregnant ataupun lagi senang cakap dah masuk 8 bulan. bila dah masuk 8 bulan ni, dah start fikir macam-macam.. birth plan, duit hospital, barang baby & barang diri sendiri masa bersalin nanti dan lain-lain, tapi takdela sampai tak boleh tido malam.. setakat ni, tidoku lena, unless bila perut tak selesa, baru susah nak tido..

pengalaman sepanjang 8 bulan pregnant ni, macam-macam.. antaranya, dua kali pegi check-up, dua kali jugak my gynae cakap yang baby Zaff songsang, so maybe kena c-sect.. masa dengar tu, tak tau nak cakap macm mana perasaan.. maybe sebab dari awal, Zaff dok cakap nak c-sect, tu yg baby songsang tu! hehehehe..

masuk bulan ke-7 aritu, baby still songsang, so me & my mum ikhtiar cara tradisional pulak. Zaff pegi berurut dengan sorang bidan ni.. kite try ikhtiarla kan? bidan tu memang biasa urut orang yang songsang. dia siap cakap, ada orang jumpa dia masa dah 8 bulan, try pusing baby & Alhamdulillah, baby pusing ke bawah.. so, Zaff pun rasa bersemangatla sikit..

mula-mula, dia urut kat area pinggul untuk betulkan kedudukan rahim since my rahim senget sikit. urut kat situ memang sakit, lebam-lebamla peha Zaff esok tu. then, dia urut perut lak. bila dia tengok perut Zaff je, dia siap cakap, "sendatnya perut".. memang masa tu, perut Zaff tak berapa ok. rasa senak & full sentiasa, sampai takut nak makan sebab lepas makan, rasa sgt tak selesa. rupanya position baby dalam perut tak betul.. dia pegang je perut Zaff, terus dia cakap baby Zaff panjang/tinggi (kalau normal baby, bila lahir 40 cm, tapi baby Zaff 50-53 cm) & tali pusat pun panjang.. tu yg baby tak boleh nak pusing & gerak-gerak dalam perut sebab takde ruang & dia takut tali pusat lilit leher dia.. baby pun tau rasa takut kan? and bidan tu pulak, dah kata bidan, dia pegang je perut, dia tau kat mana kepala, kaki & punggung baby.. masa tu kepala baby Zaff kat tepi pusat belah kiri. Zaff sungguh rasa impressed!

masa berurut tu, memang tak rasa ape.. actually bukanla berurut tekan-tekan macam urut biasa, dia just usap-usap perut, sambil baca-baca ayat Quran.. masa dia urut, memang rasa yang baby tu bergerak ikut tangan bidan tu.. bidan tu siap cakap-cakap dengan baby & my baby pulak memang baik, ikut cakap bidan tu.. :) lepas urut, bentuk perut Zaff dah cantik compared before & perut pun dah tak rasa senak & full lagi.. tapi perut terus membesar bagai johanla sebab baby dah berada dalam position yang betul..

last Monday, me & hubby gi check-up lagi. tak sabar nak tengok baby dah pusing ke belum.. sebelum scan, Prof Hashim dah usik-usik, kalau tak pusing jugak, kite potong!!! hehehehe.. tapi, Alhamdulillah, baby dah pusing ke bawah.. pandai anak mama, dengar cakap.. so, janganla pulak buat satu round lagi ye! hehehe..

so, tunggu next month punye check-up pulak on 22nd November. insyaAllah, kalau diizinkan Allah, Zaff nak bersalin normal, but with epidural.. hehehehe.. tak beranila nak drug-free delivery. kalau before this, sejak awal pregnant lagi, Zaff berangan nak c-sect, tapi dah makin dekat ni, semangat tu ntah dari mana datang, Zaff nak try bersalin normal.. senang sikit nak jaga kan? lagipun dah dengar cerita my brother, Udin, yg bakal jadi doctor tu, dia dah tengok macam-macam cara orang bersalin & dia cakap the best is still normal delivery. cuma nowadays dah ada kemudahan, kalau tak nak sakit, mintak epidural. so, that's my birth plan, mintak-mintak takde ape-ape complication.. please pray for me ok?.. :)

Suria 20 - Remy Ishak


Sabtu ni pulak, carta Suria 20 akan ke udara dengan Remy Ishak yang merupakan artis undangan. so, jangan lupa dengar ye.. pukul 10 pagi dan siaran ulangan hari Ahad, pukul 4 petang. masa dia datang ke ofis hari Selasa aritu, Zaff dulu-dulu lagi mintak nak bergambar dengan dia sebab minat dengan lakonan dia.. mcm dah lama tak minat pelakon lelaki Melayu, tapi dengan Remy, I cannot tahanla! hehehehe.. especially masa dia jadi mat bangla dalam telemovie Sabar masa time raya dulu. hehehe..

antara soalan yang H.O & L.O tanya, pasal hubungan dia dengan Maya Karin. betul ke diorg bercinta? dan selama 2 jam tu, memang kaw-kaw la Remy kena usik dengan diorg berdua, especially dengan Linda.. hehehe.. Remy juga ada bercakap pasal teater Natrah yang dia turut berlakon, yang akan dipentaskan di Istana Budaya mulai 25 November nanti.. so, dengar la ye!


Wednesday, October 20, 2010

cerita pasal rumah..

setelah 2 bulan lebih, nak masuk 3 bulan me & hubby masuk rumah baru ktiorg. sebelum kitorg, rumah tu disewa oleh satu family Melayu. masa tu diorg deal dgn my maksu & paksu la since we all tak beli lagi rumah tu.. so, ni la I nak cerita pasal tenant tu, yg mana at first I cuba tak nak pening kepala pasal dia, tapi lately mcm makin byk lak masalah yg ditinggalkan oleh dia..

penyewa tu pulak, keluar dari rumah kitorg, then dia pindah ke rumah depan sikit yg mana still satu jalan. kira jalan sikit je dari rumah kitorg, boleh sampaila rumah dia tu.. dulu, sebelum we all masuk, bila pegi tengok-tengok rumah tu, masyaAllah.. rumah tu mcm rumah dah lama kena tinggal! sangat buruk & teruk kat sana sini! padahal we all notis dia dalam masa 2 bulan je..

wallpaper koyak sana sini, conteng jgn ckpla kan? dinding, pintu & sampai kayu divider kat dining tu pun diconteng! agaknya kalau ceiling tu boleh diconteng, pun nak dicontengnya.. toilet bawah rosak (tak boleh flush), water heater kat toilet kitorg dicabut (or should is say dicuri?), kotak main suis kat pintu utama hampir tercabut dari dinding (can u imagine mcm mana diorg buat? bergayut agaknya kat kotak tu), pintu utama yang kayu solid tu boleh patah kat bahagian atas tempat kunci.. ha yg tu pun I pening fikir mcm mana boleh patah, agaknya pintu tu dikarate kot?.. lampu pun banyak yg blow (mcm mana diorg blh hidup dlm keadaan gelap & tak nak tukar bulb-bulb lampu yg dah blow?)..

so bayangkanla berapa banyak duit kitorg habis sebab nak betulkan ape yg diorg dah buat kat rumah tu? bukan tu je, kat rumah tu, dulu maksu I ada tinggalkan satu gym set yg harga dia beribu-ribu ringgit sebab gym set tu berat nak angkat masa diorg nak pindah. tapi sekarang, gym set tu dah takde! gym set yg kitorg rasa sangat berat nak dialih-alih, dia boleh bagi kat adik dia! itu katanyalah, entah-entah dia jual.. tapi kalau dia blh angkat gym set tu, kira tererla.. tak tau la mcm mana dia buat.. bila maksu I mintak balik, dia ckp nak hantar balik, but until now, habuk pun tarak! gile kan? sgt desperado, barang org pun nak amik..

ada lagi, masa diorg pindah keluar, banyak barang "wasiat" yg ditinggalkan, so tukang cuci rumah kitorg la yg terpaksa buangkan.. satu lagi yg best, dia "wasiatkan" kat kitorg tv cabinet jati yg kayu solid tu.. kitorg nak buat ape dgn benda alah tu? dah la old school, tak cantik pulak tu! bila ditanya kenapa tak angkat sekali? dia jawab berat, takde transport. owh masa kau angkat gym set yg lagi berat tu, boleh pulak? padahal rumah baru dia tu, jarak dari rumah kitorg berapa langkah je boleh sampai, takdela jauh mana pun.. so sampai sekarang, ada lagila benda alah tu kat porch kitorg. sangat menyakitkan mata! I ni sampai pernah terfikir nak cari troli or mana-mana transport & nak letak cabinet tu depan pintu pagar dia! agak-agak boleh tak I buat mcm tu? isyh geram ni!

latest, kitorg dapat bil merah dari TNB. ada bil tertunggak RM291++! kalau bil merah maknanya dah nak kena potong la kan? so, we all bgtau la maksu I & diala yg bayarkan.. maybe potong dari deposit dia kot.. malasla I nak fikir, itu antara dia & maksu I.. ok, kitorg sabar lagi.. tiba-tiba pagi tadi, dapat monthly bil dari TNB, ada lagi bil yg tertunggak! this time jumlahnya RM900++! lagi gile kan? tolak bil kitorg yg hanya RM93 & tolak bil yg baru dibayar hari tu (mungkin TNB tak tolak lagi bil yg baru dibayar tu), still ada tunggakan RM600. so now, apa harus dikatakan pada tenant yg berperangai mcm tu??? rumah dekat je ni, kang ada yg kena serang ni... dah la duduk rumah org buat mcm rumah sendiri, bil lak tak nak bayar! kenapala ada manusia yg perangai mcm tu kan? main belasah je dgn property org & takde hati, sanggup buat mcm-mcm? isyh aku tension ni!!!!! ada yg terberanak jugak kejap lagi bila fikir pasal tenant tu!


Tuesday, October 19, 2010

Maher Zain in da house!

Sabtu ni jgn lupa dengar carta Suria 20, pukul 10 pagi dan siaran ulangan hari Ahad, pukul 4 petang. kali ni artis undangan ialah Maher Zain yang datang ke studio SuriaFM Jumaat lepas untuk buat rakaman. patutnya dia datang hari Selasa, tapi sebab dia busyke sana sini, jadi tak sempatla ke SuriaFM, walaupun kitorg dah war-warkan seminggu sebelum tu yg dia akan diinterview secara live oleh Linda Onn. bagaimanapun dia usaha jugak utk datang hari Jumaat tu, tapi siapa yg dengar SuriaFM hari tu, takde siaran langsung sebab hari tu ada Budget 2011. so we all proceed dgn rakaman carta Suria 20. banyak soalan yg best-best kitorg tanya kat dia & dia pun sporting menjawab. juga kalau nak dengar lagu Insha'Allah nyanyian Maher Zain versi bahasa Arab & Perancis, jangan lupa appointment kite Sabtu ni ye! :D


masa recording berlangsung


sebelah Maher Zain tu manager dia



relaks je muka dia kan?


Maher Zain (betul-betul bawah lampu) dgn semua staff SuriaFM yg minat dia. hajat di hati diorg nak amik gambar sorg2 dgn dia, tapi dia kena rush balik, so inilah hasilnya, family photo!


tapi me dapat amik gambar berdua dgn dia, almaklumla poducer.. hehehe


team carta Suria 20


Friday, October 15, 2010

teater MTM

Khamis minggu lepas, Zaff berkesempatan menonton teater Mahathir The Musical sebagai sokongan kepada kakakku Erra Fazira yg berlakon sebagai Tun Dr. Siti Hasmah. dapat 6 keping tiket daripada dia, so me, mama, my MIL, my cousin Wanie, maksu & makmi beramai-ramai ke IB, kita ladies night outla ni.. walaupun tak jumpa kak Erra (tak larat nak tunggu lepas show), tapi apa yg boleh dikatakan lakonan kak Erra memang best (bukan nak bodek tau!). tambah satu lagi portfolio lepas ni kan?..

keseluruhan, teater tu memang BEST! lakonan semua pelakon memang SUPERB! especially Esma Daniel yg mana dia berjaya bawa watak Tun M complete set! cara duduk, cara berdiri, cara bercakap, cara berjalan, semua sebijik mcm Tun M! berapa lamala dia study nak bawa watak tu kan? jalan cerita & skrip ok, cuma kalau korek lagi story-story pasal Tun M yg kite tak tau, lagi best.. mcm cerita mcm mana timbulnya idea nak buat KLCC, Putrajaya, KLIA dll.. but for me, satu je kekurangan teater tu.. kalau lagu-lagu & muzik semua buat live orchestra, laaaggggiiii best! ni muzik semua dah pre-recorded & kualiti dia pulak ala-ala muzik RTM zaman dulu-dulu.. next time, kalau teater dipentaskan kembali, boleh improve lagi k! all the best!



tak jumpa orang dia, amik gambar dengan bunting pun jadila..


Mahathir masa kecik jual belon


Mahathir dapat basikal daripada bapanya


Tun Hasmah kena tackle dengan semua lelaki kat kolej


last scene masa Tun Hasmah pujuk Tun M jangan letak jawatan



Sunday, October 10, 2010

SuriaFM dulu-dulu

Ni gambar yg diupload oleh Junn kat Facebook. Gile lamalah gambar ni! Ni semua merupakan barisan penyampai-penyampai pioneer SuriaFM & masa ni photoshoot utk Harian Metro / Berita Harian kalau tak silap, dlm tahun 2006. Dari kiri - Bob, Abd Sazali Said, JJ, Faqrul, Rezz, Azrene, me, Junn & Lin. Bob & Lin masih lagi jadi penyampai di SuriaFM sampai sekarang, cuma Lin je dah bertukar imej.. hehehe.. Abg Sazali dah masuk news department SuriaFM, JJ dah jadi Music Director, me dah jadi producer & Faqrul jaga IT department. Yg lain - Rezz masuk balik THR jadi DJ kat situ, Azrene ke Kementerian Penerangan & Junn jaga anak! Hehehe.. Hmmm.. Really missed this moment! Reunion bile?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, October 7, 2010

Tolong Ingatkan Aku

Me with Ana Raffali masa dia datang studio SuriaFM untuk recording carta Suria 20 hari Selasa lepas & as usual, me produced the show. Ada soalan-soalan terjah yg H.O & L.O tanya kat Ana seperti betul ke dia ada sangkut-paut dgn Lisa Surihani sebab ada yg ckp dia adik-beradik lain mak. Ada juga soalan express psl boyfriend dia, eh dia ada boyfriend ke? Nak tau ape jawapannya, dengarla Suria 20 Sabtu ni pukul 10 pagi dan siaran ulangan hari Ahad 4 petang. Ana juga nyanyi lagu Tolong Ingatkan Aku secara live sambil main gitar. Gempak beb!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, October 6, 2010

beraya di rumahku!



model perabot

makanan sedap abg man? alhamdulillah.. credit to my mum & my MIL

abaikan muka ku yg berlemoih/comot ye. ni dah hujung-hujung, dah tak kuasa dah..


2 Oktober bersamaan 23 Syawal, me & opie berkesempatan menjamu kawan-kawan rapat kat rumah kitorg. boleh kata house warming & mini open housela ni.. buat tak besar mana pun, family pun kitorg tak jemput, just khas untuk kawan-kawan je.. majlis bermula pukul 4 petang, & tetamu pertama sampai dekat-dekat pukul 5. menu? seperti biasa (untuk org yg tak reti masak mcm I), disediakan oleh kedua-dua ibuku dan my MIL. my mum masak spaghetti bolognaise, rendang, kuah kacang, pulut kuning, sambal sotong, nasi impit & lontong. my MIL lak masakkan kacang pool & bihun goreng hailam.. alhamdulillah, ramai kawan-kawan yg datang walaupun hari tu banyak open hose & jalan jem sana-sini, & makanan pun habis. thanks to all yg datang & mintak maaf kalau ada terkurang sana sini ye..


first tetamu, kawan paintball opie, abg sabri & kak amy

ni kawan-kawan dari SuriaFM


kawan-kawan opie melepak-lepak di luar rumah. my dad & my FIL pun sama, pendek kata tak masuk rumah langsungla!

kawan yg dah lama tak jumpa.. kitorg jumpa balik sebab facebook. thanks for coming emy!


busy satu hari dgn motor rides, ingatkan tak datang, tapi sampai jugak ke rumahku.. thanks babe!


bapa mithali, dukung anak, bagi makan anak..

biq & hubby.. last year buat pesta baju raya, apsal tahun ni takde?


my friends & opie's friends.. that's the beauty of open house, duduk sekali makan sama-sama walaupun tak kenal..


ada org pegi open house pakai baju motor? but linda did it! :)

my mum & my MIL with Julia yg datang dgn ibunya


thanks guys for coming. kitorg tunggu jemputan ke rumah baru korg lak


surprise!!




antara kengkawan Suria FM yg datang

my BFF with her bunch of friends


my BFF & her hubby yg tak pernah tak datang kalau dijemput. thanks yang!


geng SuriaFM. thanks guys!

tetamu terakhir. sampai rumah pukul 11.45 malam, siap tolong kemas dapur lagi