Thursday, September 30, 2010

pot luck raya SuriaFM

boleh dikatakan acara wajib tiap-tiap tahun. personally, Zaff suka sangat sebab tunjuk kerjasama staff antara satu sama lain, juga selain tu merapatkan lagi hubungan yang kadang-kadang tegang disebabkan oleh keje.. kalau tahun lepas, Zaff bawak nasi goreng siam/kerabu, tahun ni pulak, Zaff mintak tolong my MIL buatkan kacang pool. bila hidang, ramai yg bertanya mcm mana nak makan, sampai rasa macam kaset je nak kena ulang statement. hehehe.. FYI, kacang pool ni famous kat johor & singapore, ada roti bun, bawang & cili potong, cecah dengan baked beans & daging cincang masak tomato. okla, sekali sekala tukar menu. makanan lain pun banyak - chicken pie, sate, kuah kacang, ketupat & rendang, rendang daging & kerang, pasta goreng, sambal ikan bilis & sotong, lontong, kuih-muih & kek. best! tahun depan repeat lagi ye!





suka sebab ada choq penegham fresh!



ape caption yg sesuai utk gambar ni?




selalu bergambar dgn announcers, kali ni Zaff bergambar dengan staff belakang tabir SuriaFM


Zaff, Wan & Spit bergambar dengan bakal pelakon paling hebat & popular akan datang. hehehe


2 comments:

fiszah_pjo said...

missed kacang pool..dlu masa belajar kt UTM selalu g makan kacang pool dekat area Jb tu...waaa..nak makan lagik!!

edzlin007 said...

Ooh...pernah dengar, tapi inilah first time saya tau mcm mana rupa kacang pool tu