puasa dah nak abis, tapi ni baru entry pertama Zaff pasal buka puasa kan? hehehehe.. baru-baru ni SuriaFM dah adakan majlis berbuka puasa pada hari Khamis, 26 Ogos, dengan anak-anak yatim & miskin Rumah Siraman Kasih dan juga media serta artis di Swiss Garden Hotel, Jalan Pudu. antara artis yg hadir - One Nation Emcees, Nubhan, Altimet, Wana, Nashrin, Daly Ahli Fiqir dan ramai lagi. hotel tu baru siap new wing & sebagai promotion, diorg sponsored hall & food utk SuriaFM.. tq Swiss Garden! nanti raya pun, kitorg buat open house kat situ. :)
sebelum keluar sebenarnya dah termenung depan wardrobe, baju ape nak pakai.. dress code - baju kebangsaan.. ala.. almaklumla, perut dah besar.. baju kurung still muat, tapi kain dah tak muat! haiyo! so, jalan penyelesaiannya, nasib baik ada baju batik ala-ala kaftan yg dah berkurun simpan, then match kan dengan seluar hitam. so, job done! ;p
that day, me tak keje, dalam pukul 5.30 petang keluar rumah nak elakkan jem, rupanya tak jem langsung! dalam setengah jam je dah sampai hotel tu..

antara penyampai yg ada dalam gambar ni - KV, Tuah, Bob & Naim. yg lain tu org kuat belakang tabir SuriaFM - Faqrul, Naim (newsreader), abg JJ, abg Suby & Ain









No comments:
Post a Comment