Friday, March 15, 2013

maktok



dah janji nak cerita pasal maktok kan? this is my lovely maktok, ibu kepada ibuku. Ahad, 3 Mac dia dimasukkan ke ICU dan Isnin 4 Mac keadaannya amat teruk sekali. kitorg anak-anak, menantu-menantu & cucu-cucu dia dah berkampung kat Ampang Puteri Specialist Hospital dan dah standby dan redha dengan apa yang bakal berlaku.

 it was a sad sad day for us. adikku lepas tengok maktok. menangis teresak-esak dia sambil my mum pujuk dia




4 Mac - 4 beradik. Tough decision to make. By this time 2pm tomorrow (5 Mac), kalau takde ape-ape perubahan, family kena decide sama ada cabut oksigen or biar berterusan. So far, maktok takde respond, blood pressure makin turun. We only hope for a miracle to happen


jangan berhenti berharap


 Text from Dato Dr Zaki time Maghrib 4 Mac. Allahuakbar, Kau yang maha mengetahui dan mendengar. hanya keajaiban yang kami pinta ketika ini




Segala yang berlaku adalah ketentuanMu ya Allah. Amin ya robbal alamin. Ini update pada pukul 11 malam 4 Mac


 Selasa 5 Mac. pagi maktok ada perubahan, tetapi sangat sedikit. kitorg semua tak kerja, masih berkampung di hospital. Rizqy pun melawat toknek

adikku yang doktor tu pun balik dari Singapore & dia explained everything kepada semua family tentang condition maktok. lega ada doktor dalam family, at least kitorg betul-betul faham apa yang berlaku kat maktok. maktok kemungkinan menghidap penyakit Stevens Johnson iaitu penyakit kulit yang boleh bawa maut disebabkan allergic kepada ubat. tapi itu kemungkinan kecil. badan maktok bloated sebab kidney tak berfungsi. tapi good news - jantung & otak masih ok. jadi Udin cakap, kita doa supaya 2 benda tu tak serang maktok. kalau heart attack & otak rosak, mungkin harapan dah takde. tapi kemungkinan untuk diserang ada sebab kidney dah rosak. bila kidney rosak, darah tak pam ke seluruh badan, jadi kemungkinan oksigen tak sampai otak & otak akan rosak & juga akan diserang heart attack. kata Udin lagi, maktok dah masuk ICU, jangan risau sebab ICU dan pasukan ICU adalah yang terbaik di hospital. jadi, berdoa supaya maktok kuat semangat & Allah masih panjangkan umur dia. maktok akan ok cuma ambil masa, bukan dalam masa terdekat. so bila dengar macam tu, semua lega. Rabu, semua back to normal routine masing-masing.


 secara kesimpulan, update di atas adalah pada hari Khamis 7 Mac setelah 5 hari maktok kat ICU

Jumaat 8 Mac, maktok dah buat dialisis untuk buang air dan lebihan ubat dalam badan. Sabtu 9 Mac, dia dipindahkan ke isolation room sebab ada jangkitan bakteria di paru-paru dan tekak, jadi takut jangkit kat pesakit lain, so masuklah isolation room & untuk elak dia dijangkit oleh pelawat jugak yang mungkin membawa bakteria. untuk story dengan lebih lanjut, silalah baca catatan sepupuku yang jaga maktok kat hospital. ku copy paste daripada blog dia.




Hanya catatan ringkas untuk kenangan saya..

Kronologi :

31/1-1/2 - Maktok admitted Damai Service Hospital, Taman Melawati - Kaki maktok bengkak sampai tak boleh jalan.Wani annual leave jaga maktok sampai kaki maktok surut dan discharge 1/2. Masa ni doktor buat procedure colonoscopy, masukkan camera dalam badan untuk periksa usus, perut. Alhamdulillah tak ada yang serius.

22/2 - 25/2 - Maktok admitted lagi di Damai Service Hospital, Taman Melawati. Kali ni maktok demam panas tak kebah, susah nak tido dan tak ada selera makan. Agak mencabar bila maktok perlu dipujuk untuk makan,mandi. Siap bawa maktok jalan-jalan bilik nursing baby saja nak bagi maktok kuat sikit. Alhamdulillah maktok nak ikut bila dipujuk. Wani jaga maktok dari 22hb malam tu sampai 24/2. Maktok makin pulih. Demam on off. Doktor cakap maktok ada kencing manis tinggi. Maktok berkeras membantah. Dia cakap dia tak ada kencing manis sepanjang hidup. Dah sebab doktor yg cakap mcm tu so kami ikutkan plan ubat doktor. Doktor bagi maktok liver tonic dan ubat gout juga. Dah nama pun doktor specialist takkan kita nak bangkang? Maktok discharge 25/2 tapi demam belum pulih sepenuhnya. Apala punya hospital ni?..

27/2 - Mama call bgtau nak hantar maktor ke Ampang Puteri Specialist Hospital. Dia tak boleh tidur dan tak terurus. Ingat dah makin sihat. Rupanya makin teruk. Jiran paksu pakar bedah di APSH dtg rumah nak tengok keadaan maktok. Tgk ubat-ubat yg Damai Service Hospital bagi, dia suruh stop makan. Kena bawak maktok immediately ke hospital APSH. Maktok tak boleh tidur, badan gatal-gatal, demam, mulut ada ulser & sakit badan. Ya Allah makin kuat sakit maktok. Doktor detect kidney maktok failed and ada lung infection.

1/3 - Bilik Premier 1, tgkt 4. Maksu suruh wani jaga maktok di hospital. maktok agak susah dipujuk. Maksu minta Wani jaga dan pujuk maktok. So far masa Wani jaga, maktok ok. Cuma pelawat yang datang tak kira masa buat maktok rimas. Dia minta semua balik. Dia nak rehat. Maktok diberi ubat tido tapi dia tak boleh tido, so restless. Macam meracau pun ada. Kesian. Wani layankan jela apa yang maktok nak. Nasib ada nurse membantu.

2/3 - Tukar bilik ke bilik Bilik Premier 7, Tgkt 4. Bilik ni besar sikit. maktok tetap dgn keputusan tak nak org dtg melawat dia. Kesian tapi takkan la kita nak halau org datang melawat? Wani tak sampai hati. Cuma boleh pesan jgn bercakap dgn maktok. Maktok boleh makan tapi cuma bila bersuap, baru dia makan banyak. Makan sendiri sikit je. Maktok bernafas ikut mulut. Still susah nak tido, tido pun kejap-kejap. Badan gatal-gatal. Buang air kecil pun sikit je. 

3/3 - Pukul 5.30am maktok minta nak mandi. Nurse tak bagi. Wani susah hati tengok maktok mcm ni. Penat tak tido, sakit badan lg. Dia cakap kalau tak bagi maktok mandi, bagi maktok duduk kat kerusi.Wani dengan bantuan nurse pun tolong papah maktok duduk kat kerusi. Tapi bila dah duduk kat kerusi, maktok tak selesa. Dia nak naik katil balik. Masa ni sangat mencabar. Maktok tak boleh support diri dia sendiri. Lembik lutut. So kami yang papah dia ni semua support badan dia. Tak boleh nak bertahan so kami turunkan badan maktok ke lantai. Ambil bedsheet dan bantal bagi maktok baring. Panggil staff lelaki kat ICU dan pak guard untuk tolong angkat maktok semula ke katil. Ya Allah tuhan je yang tahu perasaan ni. Bila maktok dah kembali ke katil, nurse terus bagi oksigen. Wani berkali-kali minta maaf kat maktok. Rasa bersalah sgt. Menangis sampai nurse pujuk. Bila keadaan dah tenang, Wani call abah, paksu, pakcik semua adik beradik mama suruh datang hospital. Wani panic plus tak tido lg. Wani tolong nurse lap badan maktok, bersihkan katil, tukar baju. Pada masa tu maktok perlukan Wani. Wani buat sehabis baik untuk selesakan maktok. Maksu suruh Wani balik rumah dan tido dulu. Tapi petang tu rupanya doktor suruh masukkan maktok ke ICU. 

*ni tarikh birthday mama. Mama sgt sedih. Kami faham.

Malam tu Wani pergi ICU nak tgk keadaan maktok. Maktok cuba nak tido tapi agak lambat. Wani saja taknak pergi dekat dengan maktok sebab Wani taknak kacau maktok tido. Walaupun berat hati ni nak tinggalkan maktok, tapi ini jalan terbaik untuk bantu pulihkan maktok. Nurse cakap dia meracau panggil nama Wani. Wani minta maaf maktok.

4/3 - Maktok sangat kritikal. Semua adik beradik maktok, anak menantu, cucu dah ada kat luar ICU. Doktor cakap harapan tipis. Hati ni sedih sgt. Baca surah Yaasin berkali-kali kat luar ICU. Badan maktok membengkak. Kulit menggelupas.

5/3 - keadaan maktok tak menunjukkan perubahan malah makin teruk. Doktor cakap major organ maktok slowly shut down. Doktor suruh bersedia untuk sebarang kemungkinan.Maktok hanya bergantung kepada alat pernafasan.Kami dah redha dengan Qada' Qadar Allah. Permudahkanlah.

6/3 - Doktor cakap  "not getting any worst than yesterday". ada slightly improvement. Doktor cakap hanya doa dan mereka akan usaha. 

7/3 - Doktor advice untuk dialisis. Daripada dialisis, air banyak keluar dari badan maktok, darah pun dicuci untuk bantu buah pinggang maktok berfungsi. Makin ada improvement but still critical. Maktok mula bergerak bila kita panggil dia. Ada tindakbalas. Doktor dah mula kurangkan ubat tido. Mata masih tertutup tapi maktok dah boleh mendengar.

8/3 - Sekali lagi dialisis, badan maktok dah mula lembut. Tak la tegang dan membengkak. Jantung kembali kuat, buah pinggang mula berfungsi cuma slow. Doktor bagi ubat untuk bantu maktok buang air dalam badan. Maktok buka mata. Bila Wani bercakap di telinga maktok, maktok bergerak kaki dan tangan. Cuma BP akan jadi tinggi. Jadi kami ambil keputusan untuk tak bercakap dgn maktok. Dia mungkin excited, so struggle dan BP jd tinggi.

9/3 - Kami ke Ipoh. Meminang buah hati sepupu kami. Berat hati tapi Pakcik tunggu di hospital. Doktor pindahkan maktok ke Isolation Room sebab ada jangkitan dalam paru-paru. Bakteria tu boleh berjangkit kat patient lain. Better maktok kat dalam tu. Balik dr Ipoh, Wani terus ke hospital dgn family Wani. Wani dapat masuk sekali je. Lepas tu untuk mengelakkan bakteria keluar masuk bilik tu, kami decide untuk tgk dr luar je.

10/3 - Keadaan maktok masih sama. BP tinggi kalau nurse dan doktor masuk. Bila doktor panggil, maktok bergerak. Its a good sign.

11/3 - Maktok dah start physio. Alhamdulillah. Doktor cakap mesin pernafasan dah pun dikurangkan mode. Buah pinggang pun dah makin pulih, BP stabil juga. Cuma infection tu je yg belum kurang. Doktor nak bg maktok bernafas sendiri, biar muscle maktok yg dah lama tido tu digerakkan. Nak kembalikan maktok ke keadaan asal. Doktor happy dengan keadaan maktok yg makin stabil. 

12/3 -Wani baru start keje hari ni. maktok on physio lg. dpt update dr cousin yg pi melawat. Insyallah kalau maktok ok, esok doktor nak cabut tiub ventilator tu. Maknanya pernafasan maktok makin pulih.

13/3 -  Doktor dah buka ventilator machine. Maktok boleh bernafas sendiri. Alhamdulillah. Dh sedar dan boleh bercakap pun. Cuma perkataan yang keluar dari mulut maktok ialah "Ya Allah" berulang kali. Maktok kuat. Doktor masih bg maktok minum susu thru tube. Masih ada lagi infection dalam paru-paru.

14/3 - Maktok masih lg menjalani physio dari katil. Minum susu dan doktor nak bagi maktok rehat. Doktor nak monitor infection maktok biar clear terus. Kalau dah clear infection tu, baru maktok boleh keluar dari isolation room tu. Kalau dah stabil maktok boleh keluar dari ICU. Mungkin masa agak panjang untuk pulih kan maktok. Tapi asal ada ikhtiar, Allah pasti bantu. Wani ke hospital ptg tu, tapi boleh masuk dalam bilik tu seminit je. Bergenang air mata bila maktok merayu minta buka ikatan tangan. Ya allah.. sayu..

15/3- Alhamdulillah.. Maktok dah boleh keluar dari ICU masuk wad biasa. Malam ni Wani jaga maktok. Doakan Wani kuat dan boleh bantu maktok kembali seperti sedia kala.

** Untuk setakat ni, ikhtiar, usaha dan doa kami masih dipermudahkan Illahi. Kami berdoa agar dapat mendengar suara maktok semula. Mungkin proses untuk pulihkan maktok akan ambil masa yg lama, tapi kami akan usaha. Insyallah dengan izinNYa..

Maksu, Wani tak mampu nak tolong dari segi wang ringgit. Hanya mampu membantu dari segi sokongan dan bantuan sepanjang maktok sakit ni. Jasa dan pengorbanan maksu sangat besar. Allah sahaja mampu membalas. Terima kasih maksu. Terima kasih Allah kerana mengurniakan kami seseorang bernama maksu.


Daripada akak untuk Wani, terima kasih kerana sudi menjaga maktok. Untuk maksu, terima kasih sebab keluarkan duit berpuluh ribu untuk membiayai kos maktok di hospital. Takde perkataan yang nak diungkapkan, tapi Allah mengetahuinya & hanya Allah yang dapat membalas segalanya. Kepada yang lain, jangan putus berdoa untuk maktok, semoga dia sembuh seperti sediakala. Amin..


No comments: