Nendaku, Hajah Rahmah Abdullah telah kembali ke rahmatullah pada 18 Mac 2013 pukul 7.05 malam. sampai hajat dia nak balik rumah..
private nurse team untuk jaga maktok di rumah
5.40 pm maktok selamat sampai di rumah
7.05 malam. Hanya tinggal nama. Al-Fatehah kepada nendaku Hajah Rahmah Abdullah atau Rahmah binti Ramlah
Antara peralatan hospital maktok yg baru beli utk dipakai kat rumah. Tak sampai 2 jam pun sempat digunakan. Al-Fatehah
Tahlil untuk maktok sebelum ke masjid pagi Rabu, 19 Mac. Al-Fatehah
pukul 9.15am. Perjalanan terakhir maktok keluar dari rumah untuk selama-lamanya. :(
Ku ada rasa terkilan kerana tidak melawat dia ketika dia agak ok pada hari Jumaat & Sabtu sebelum dia meninggal. weekend ku amat sibuk & ada bertanya kepada maksu nak pegi melawat maktok, tapi maksu tak kasi sebab takut jangkit kuman. Isnin lepas dpt bbm, sms & call daripada semua, ku rushing ke hospital dan dapat bercakap dengan dia, tapi takde respond, tak taula dia dengar ke tak. tapi ku puas sebab dapat mandikan & kafankan maktok dari awal sampai akhir. Alhamdulillah. dalam 11.30am, maktok selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu Muda, berhampiran Taman Samudera & Taman Koperasi Polis.
saat jenazah diturunkan ke liang lahad
berpisahlah jasad dengan dunia. tenanglah di sana maktok
Alhamdulillah selesai segalanya. Terima kasih kepada semua. Kami akan merinduimu maktok. Semoga tenang di sana & ditempatkan di kalangan yang beriman. We love u so much. :''(
Sepupuku yang menjaga maktok dari mula maktok sakit sampai maktok meninggal. Dia yg paling sabar antara anak-anak & cucu-cucu lain, yg sabar & tahan melayan karenah maktok, yg sanggup jaga makan pakai berak kencing maktok. Tak terkata ucapan terima kasih kami kepada Wani, hanya Allah yg mampu membalas segala jasa Wani.
So cute my niece. Sangat curious tengok dari awal apa orang buat kat toknek. Masa tengah kebumi suara dia je dengar, "toknek masuk tanah, toknek kena tanam pasir". Zarra baca bismillah & doa kat toknek ye sayang
sayu tengok maksu macam ni. masa lepas maktok meninggal, dia berdiri sorang-sorang tepi maktok, dia usap-usap badan & muka maktok.. :(
Kawasan tanah perkuburan yang sangat cantik untuk maktok, ibarat taman syurga di dunia. Kawasan baru & susunannya sangat teratur. Bersemadilah dengan tenang maktok
Maktok meninggal pada usia 79 tahun. Kehilangan suami lebih 30 tahun lalu. Maktok meninggalkan 5 anak, 23 cucu dan 10 orang cicit.. Moga Maktok ditempatkan di kalangan orang beriman... Al- Fatehah...
Kami merinduimu maktok. Terima kasih Allah kerana meminjamkan kami insan semulia ini. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas maktok. Semoga maktok tenang di sana & semoga maktok ditempatkan di kalangan yang beriman serta ditempatkan di jannahMu ya Allah. Amin. She will be dearly missed. Al-Fatehah.
1 comment:
berjurai airmata akak baca. teringat pengalaman kak Lina dulu.. :'( Al fatihah buat arwah.. Be strong Zaff.
Post a Comment