15/3- Alhamdulillah.. Maktok dah boleh keluar dari ICU. Masuk wad biasa. Malam ni Wani jaga maktok. Doakan Wani kuat dan boleh bantu maktok kembali seperti sedia kala.
Sampai hospital petang tu, Wani berkomunikasi dengan maktok. Bgtau yang Wani akan tidur sini dan jaga maktok. Maktok tak boleh cakap banyak sangat. Masih lemah. Tapi dah mula minta air minum orally walaupun ada feeding tube yg masih belum dibuka. Mungkin tekak maktok kering. Malam maktok tidur tapi terjaga beberapa kali panggil Wani. Mmg maktok taknak ditinggalkan. Dari siang maktok minta bawa pulang ke rumah.
16/3 - Maktok minta Wani mandi dan basuhkan rambut dia. Maktok mmg menjaga penampilan semasa sihat. Menjaga aurat. Tapi sebab maktok belum boleh duduk sepenuhnya, staff nurse tak berani nak bawa maktok masuk toilet. Sponging atas katil sahaja. Wani bersihkan badan maktok, tukar pampers, basuh kencing berak maktok. Tolong nurse untuk mempercepatkan masa nak elakkan maktok penat. Wani letak minyak zaitun dan sisir rambut maktok. Pin kemas-kemas danpakaikan anak tudung maktok. Maktok dah bersih. Maktok masih berkahak yang menyusahkan pernafasan. Suara maktok dah kurang kedengaran. Hanya baca gerak bibir sahaja. Agak lemah. Wani yakin dengan kuasa Allah. Seharian maktok minta minum air ikut mulut. Makan bubur pun 2-3 suap sahaja. Nasib ada susu yang masuk ikut feeding tube tu. Kenyang la jugak maktok. Maktok masih sebut 'nak balik'. Kami usahakan. Call private nurse, cari katil hospital dan kelengkapan lain.
17/3 - Hari ni maktok makin lemah. Ungkapan 'nak balik' kerap diucap. Kami pujuk agar dia kuat. Private nurse hanya boleh datang untuk ' assesment' hari Isnin jam 10.30am sebelum maktok dibawa pulang. Walaupun doktor berat nak lepaskan maktok pulang dengan keadaan maktok mcm tu, tapi doktor benarkan. Esok maktok akan pulang ke bilik kesayangannya..
Hari ni maktok kurang minum. Makan pun sikit sgt. Dah pujuk tapi maktok cakap maktok letih. Maktok nak rehat. Selesakan maktok. Doktor dah buang tube kencing maktok. Tapi maktok ckp dia nak kencing tapi tak keluar,sakit. Dah bgtau nurse tapi nurse ckp mmg akan ambil masa untuk kembali normal cara buang air kecil tu. Malam tu maktok sgt pasif. Senyap dan tidur. Physio yang dibuat untuk buang kahak dalam paru-paru maktok berjaya tapi masih berbunyi nafas maktok. Malam ni maksu teman Wani tidur di wad. Maktok tak jaga sepanjang malam. Tapi pernafasan maktok makin drop. Oksigen tak menentu. Nurse cuba sedut kahak, tapi tak ada respon melawan dari maktok.
18/3 - Subuh. Nurse masuk, kejut maktok tapi tak ada respon. Maktok hanya respon ketika sakit. Panggil pun tak ada tindak balas. Maktok makin tenat. Call semua ahli keluarga bgtau keadaan maktok yg tenat. Surah Yaasin dimainkan berulang kali. Bacaan bersilih ganti. Bagi menghormati permintaan maktok untuk pulang, kami tunggu sehingga semua peralatan di rumah disiapkan private nurse. Ambulan sudah bersedia jam 5.15pm. Maktok dah bersedia nak pulang.
Sampai di rumah jam 5.40pm. Anak, cucu, cicit, menantu menyambut maktok. Terus ke bilik. Setelah dipindahkan ke bilik, kami bersihkan badan maktok lagi. Bagi maktok rehat dan tenang. Setelah siap semua, maksu masuk. "Mak, mak dah balik tau. Kita dah ada kat rumah ni. Cheq dah bawa mak balik.".. Bagai ada sahutan dari maktok.."Hmm".. Tiba-tiba maksu panggil Wani. Breathing maktok drop. Semua panik. Wani atas kepala maktok dah merintih meraung mengharapkan keajaiban Allah untuk kali ini.. Azan dilaungkan. CPR dibuat. Tapi ketentuan Illahi, Maktok dah pergi tinggalkan kami. 7.05pm. Penuh la hajat maktok nak pulang. Rupanya maktok nak habiskan waktu terakhir dalam bilik di rumah. Sedih? Subhanallah.. sangat sedih. Dari mula-mula sakit sampai ke akhir nafas Wani ada dengan maktok. Wani cuba menidakkan ketentuan Allah. Tapi Wani sedar yang tiada lagi kesakitan maktok alami. Maktok pergi dengan tenang. Wani terima Qada dan Qadar Illahi. Putuslah doa seorang nenek.
Damailah maktok di sana. Doa akan kami iringkan untuk maktok. Tak akan ada pengganti. Wani personally tak boleh terima lagi ketentuan ni. Maktok, Wani rindu. Wani nak tido pegang tangan maktok, suapkan makan minum maktok, kongsi makanan, bersembang, urutkan badan maktok, sikatkan, pinkan rambut maktok, bedakkan wajah maktok... Tapi Wani tau maktok dah ada di alam yang pasti. Biar rindu Wani ni terus mengulit hari-hari mendatang. Wani akan simpan kenangan kita. Wani sayang maktok dunia akhirat.
19/3 - Jenazah maktok dimandikan kami - anak, cucu, menantu jam 9.30am. Selepas selesai, jenazah maktok dibawa ke Tanah Perkuburan Taman Batu Muda Koperasi Polis untuk disemadikan pada jam 11.30am. Alhamdulillah semuanya selesai seperti dirancang.
Tahlil 2 malam berikutnya di rumah maksu berlangsung dgn sempurna. Allah maha mengetahui segala sesuatu. Bukan mesin yang menjadi penanda hidup, ketentuan Illahi itu yg pasti terjadi. Wani dah laksanakan tugas sebagai cucu, dan semua ahli keluarga berada di tanggungjawab masing-masing. Kami boleh tersenyum tatkala mengingati saat-saat indah bersama maktok. Maktok seorang yang kuat dan tabah. Penyambung silaturahim kami sekeluarga. Pengikat kasih sayang kami. Terima kasih Allah kerana menghadirkan seorang insah mulia ini.
** Maksu/Paksu, Wani tak mampu nak tolong dari segi wang ringgit. Hanya mampu membantu dari segi sokongan dan bantuan sepanjang maktok sakit ni.Jasa dan pegorbanan maksu sangat besar. Allah sahaja mampu membalas. Terima kasih maksu/paksu.
Tamatlah sudah kisah kesakitan dan pengakhiran Hajah Rahmah Bt Abdullah. Mulalah hari-hari kami tanpanya. Semoga kami kuat menghargai hari mendatang dengan insan-insan yang kami sayangi.
Sekian,
Wasallam..
Sekian,
Wasallam..
No comments:
Post a Comment