Thursday, July 21, 2011

BMW



last week, masa tengah produced Suria 20, me ada selitkan story pasal bas mini. terus teringat kenangan naik bas mini masa sekolah dulu. dulu masa sekolah, me naik bas sekolah. tapi masa form 3, me ckp kat parents tak nak naik bas sekolah, nak naik bas luar. gatal kan? rasa dah besarla masa tu konon..

so tahun 1996, setahun me naikla bas luar aka bas mini nombor 62. pukul 6 pagi bangun, 6.20 berjalan ke bus stop kat tepi jalan besar. dalam 6.30 pagi, nampakla dari jauh bas mini tu sampai. kalau nasib baik, naik bas mini yg ada aircond. masa tu walaupun still gelap, tapi dah penuh dah bas tu, memang takde harapan nak dapat seat. unless datang sekali 2 buah bas, baru dapat seat. tapi kalau penuh pun, konduktor mesti jerit "masuk dalam lagi, masuk dalam lagi". hahaha. me pernah la berdiri kat tangga pintu, berdiri bawah ketiak hangit org pun penah, naik juling mata! hahaha..

masa tu tambang 60 sen. belanja sehari mama abah bagi RM2, tolak tambang pegi balik RM1.20, balance 80 sen blh makan lagi kat mamak, makan roti canai & teh tarik. tapi time recess, tak makanla sebab duit dah abis. hahaha

untuk ke sekolah, bas mini tu berhenti tepi highway KL-Kajang, so berjalanla pulak ke sekolah dalam 2-3km. jalan kaki, jauhla jugak kan? tapi masa tu sanggup! jalan sorang-sorang subuh-subuh tu, kalau fikir sekarang tak sanggupla.. takut! bila sampai awal, tu yg blh lepak kat gerai mamak luar sekolah tunggu kawan-kawan lain. kitorg lepakla kat situ sampai 7.30pagi.



abis sekolah, ramai-ramai berjalan kaki lagi 2-3km ke bus stop tepi highway KL-Kajang. sanggup kan tengah-tengah hari terik tu? hahaha.. time balik, kawan dah ada, so takde la boring sangat..

time ada boyfriend pulak (me form 3, boyfriend form 5), kitorg balik sama-sama. tapi yang kelakarnya, balik ikut jalan lagi jauh sebab nak ke bus stop lain. maknanya we all ikut jalan lain ke bus stop yang sebelum bus stop biasa budak-budak lain tunggu bas. hahaha.. ntah ape sebab ntah.. mungkin nak masa panjang utk "dating" ataupun segan takut kawan nampak. hahaha.. kelakar-kelakar.. pendek kata sanggupla berjalan tengah panas terik. kalau hujan lak, berpayung la kite.. sampai bus stop kat rumah, berjalan kaki lagi ke rumah. masa tu baju sekolah selalu tukar sebab busuk peluh tak hengat, dahla me ni jenis kuat peluh! hahaha..




masa time me naik, bas mini tambang dah 60 sen, bas tu pulak nombor 62 colour pink. me tak sempat naik bas mini yang colour-colour lain sebelum diseragamkan ke colour pink. masa sekolah rendah pulak sempat naik bas tong fong & bas foh hup. ingat lagi masa tu tambang 30 sen je.. ingat tak bas tu? bas tong fong warna biru laut, bas foh hup pulak warna hijau. dua-dua bas panjang.

banyak kenangan dgn bas mini ni. tapi me naik ke sekolah setahun je. masuk form 4, me naik balik bas sekolah sebab dah tak larat nak jalan kaki. tahun 1998, perkhidmatan bas mini dimansuhkan & diganti dengan bas intrakota. now kalau nak tgk bas mini, kena pegi kat muzium..


1 comment:

suez said...

hehehehehehehehe tetibe terasa dekat dengan entry ni.