Monday, February 14, 2011

cara orang c-sect berpantang

selepas 44 hari, sekarang ku sudah merdeka!!!! hahaha.. pejam celik rasa kejap je dah abis pantang.. tapi yg tak bestnya lagi 2 minggu dah nak kena keje balik.. :(

walaupun rasa sekejap, tapi jenuh gakla nak menghabiskan 44 hari. bukan seksa sebab ape, just masa pantang I tak tahan panas, nak-nak pulak masa tu cuaca memang panas, lepas tu kena pakai stokin, tak boleh pasang aircond, fuh!!! memang mencabar. yg lain, takde komplen sebab my mum jaga I tip top during confinement.. I love u mama! thank u! :D

ramai yg tanya mcm mana pantang org c-sect. even makcik-makcik pun tanya, yela zaman dulu-dulu berapa kerat sgt yg c-sect kan? semuanya normal birth.. ada yg cakap kalau bersalin c-sect, leceh sikit nak jaga masa pantang. sebenarnya, it's either you normal birth or c-sect, pantang dia sama je. as for me, my pantang tak teruk & ketat sangat. maktok (nenek) pun ckp kat my mum, tak payahla pantang teruk-teruk sebab dahla kite ni sakit, nak menyusu badan lagi, so pantang yg simple-simple je..


cara my mum jaga masa pantang, makan kena on time - breakfast, lunch, tea & dinner. no meal in between. dinner lak I sendiri yg tetapkan masa, before 8 malam. after tu no more meal sampaila pagi esok. air pulak, ada org time pantang tak boleh minum banyak air sebab takut perut buncit, tapi my mum ckp kalau tak minum air, mana nak datang susu? and I tell u, bila menyusu badan, kite memang cepat dahaga. I rasa until now, I minum air kosong lebih daripada 8 gelas sehari, gile haus! air manis-manis - nescafe, milo, kopi, horlicks, chocolate semua boleh minum, tapi semua air panas & ice I akan pantang 100 hari. air buah i tak minum langsung during pantang, lagipun kalau menyusu badan, air masam-masam & teh tak digalakkan sebab takut baby kembung & sakit perut.


makan pulak, semua boleh makan - daging, ayam & ikan kecuali ikan berduri & berbisa macam ikan mayung, keli, sembilang, terubuk.. seafood memang i tak sentuh sebab takut gatal, telur pun I tak makan takut luka bernanah, tak boleh makan bihun, mee, kuey teow, laksa
(pendek kata benda yg masak dua kali semua tak boleh), sayur-sayur sejuk pun I tak makan (tapi kalau ikut I senang sebab I memang tak makan sayur). cara masak pulak? my mum masak macam biasa je - gulai, asam pedas, asam tumis, pindang, kurma, black pepper, sup.. senang cakap actually memang tak terukla cara I berpantang.

penjagaan badan, mandi just sehari sekali dgn air panas, bila malam just lap-lap dgn towel basah je. hari keempat bersalin bila dah balik rumah dari hospital, I dah start pakai bengkung getah 24 jam, just bukak masa berurut & mandi je.. seminggu lepas bersalin, I dah start berurut & bertungku dgn bidan selama 3 hari berturut-turut. lepas tu sambung tungku sendiri dalam seminggu lebih. orang kedah berpantang tak pakai pilis kat dahi & tak ikat rambut ketat-ketat. (sebab tu rambut I pendek).jamu-jamu pulak I langsung tak makan sebab bila makan, baby sakit perut, so I terus stop sampai sekarang, i just makan supplement macam kalsium, post-natal obimin, multivitamin & susu anmum Lacta.


and now, alhamdulillah, ku berjaya melepasi masa-masa pantang yg ramai org cakap getir. hehehe.. berjaya jugak stay kat rumah 44 hari tanpa keluar langsung ke mana-mana. badan memang dah turun, tapi berat tak tau lagi sebab belum timbang & until now jugak I berjaya breastfeed my son without fail, insyaAllah akan diteruskan at least sampai umur rizqy 6 bulan. kat bawah ni, the latest me, betul-betul lepas abis pantang, hari ke 47. kurus tak? hehehe



me & my sister, with her daughter, Zarra Sophea





5 comments:

nz said...

bagus..breastfeeding cn make u lose weight faster. dah kurus pun.

Little BlueBird said...

Kurus la zaffff!!!!

Ely Hasrul said...

hamboi!! slimnyeeee haha..

edzlin007 said...

Slim!!

Famila Akmar Faisal said...

hai zaf..rizqy sihat..?sory x dpt dtg umah mak njang..bz sgt.em bagus la berpantang mcm tu.kan kite ckp sng je kan even c-sect pun..yg penting kite sndiri yg pandai handle..yg penting zaff masih menyusu lagi..happy dgr..