Friday, November 19, 2010

Antenatal Class (2)


Yup, Zaff dah pegi antenatal class pada 13 November lepas kat PPUKM. yuran percouple - RM100. kalau nak diikutkan, ada tempat yg free mcm kat KPJ hospitals, tapi bila called, semua dah full. nak tunggu next session, takut tak sempat pulak! :)

class started at 9am until 6pm. makan semua disediakan - breakfast, lunch & tea, memang berbaloi la bayar RM100 tu. lagipun I rasa untuk kebaikan kite sendiri yg akan hadapi masa bersalin & untuk baby, tak payahla berkira hal duit sgt kan? hehehe..

kat class tu, kite diajar boleh kata semua benda yang berkaitan dengan prenatal sampaila ke postnatal - pain relief, cara bersalin, family planning, makanan yg sesuai utk preggers, penjagaan baby selepas bersalin, cara memandikan baby, breathing technique masa nak deliver & juga senaman-senaman yg boleh buat masa kite pregnant.

pain relief - kitorg didedahkan dengan byk cara. ada pethidine, air & gas, & the most effective method iaitu epidural. kat PPUKM, dari ape yg Zaff tengok, & dengar baik dari doctor, consultant, anesthetist & midwife, diorg galakkan amik epidural sebab kesian kat ibu & takut ibu too exhausted utk push baby bila dah sakit. TAPI, diorg tak bagi 100% epidural, takut kite terus numb, relaks je tak push-push. diorg tinggalkan sikit rasa sakit utk kite push the baby keluar. so, like I said before dlm blog sebelum ni, Zaff tetap akan amik epidural..

cara bersalin lak, kitorg didedahkan dengan detail from A to Z about normal & abnormal birth. apakah tanda-tanda bila dah nak bersalin, apa yg akan jadi bila dah admitted kat ward, apa akan jadi masa dlm labour room, apa akan jadi selepas bersalin, barang ape apa nak bawak ke hospital dan macam-macam lagila.. memang complete!

family planning - what's the best time utk mengandung balik & cara-cara merancang kehamilan.. juga diorg bagitau kat father mcm mana nak support wife & handle the situation bila wife nak bersalin, what to do & so on..

for postnatal, seperti biasala cara nak jaga stitches & handle other problems mcm baby blues. juga diajar cara breastfeed baby, cara mandi baby, penjagaan baby dll..

lastly, physiotherapy before & after delivery. mcm mana kite selalu tgk dlm tv everytime pegi antenatal class. kitorg buat demo cara exercise utk preggers & belajar breathing technique during labour time. best best!

sebelum balik, kitorg dibawa beramai-ramai ke labour room & ward. time kitorg pegi, takde org nak bersalin, so bilik tu sunyila.. kalau tak, mesti dengar mcm-mcm bunyi.. hehehe.. tapi masa pegi aritu, ada org tanya seram tak masuk labour room? Zaff ckp, "tak rasa ape pun, cuma rasa cepat nak bersalin je." hehehe.. tapi nanti by the time nak bersalin, ntah mcm mana la rasa kan? seram bila difikirkan.. doa-doa yg terbaik je la for me & the baby..


rasa mcm masuk belajar kat uni balik je..


what to bring to hospital?



salah satu cara pain relief - air & gas atau inhalation



buku yg dijual, RM10



dah amik tempat nak buat demo


exercise utk elak kaki bengkak


yg ni exercise utk sakit pinggang


last but not least, lawatan ke labour room. tapi ni bukan pintu bilik bersalin, ni pintu emergency O&G. bila rasa nak bersalin, terus datang sini dulu


bayar RM100, makan semua cover, dpt gak goodie bag from Friso & Pureen


macam-macam ada dlm beg tu! diapers, nursing pad, friso milk, obimin, maternity toothpaste, & baby toiletries. meriah!


overall, ape yg Zaff boleh cakap, antenatal class tu memang sangat berguna. buat kite rasa sangat-sangat bersemangat nak bersalin normal (sebelum ni Zaff plan nak caesar je), nak amik epidural, nak breastfeed baby dll. it's really recommended to parents-to-be!



2 comments:

n o h a F i z a said...

gud luck zaff!!!

~Yiang As Ever~ said...

gud luck kak zaf! keep us all updated ya..