Thursday, September 30, 2010
pot luck raya SuriaFM
Wednesday, September 22, 2010
Rezeki anak sulung
Oleh Nurulhisham Abdul
Zafrina Abdul Rahman, Zaff dinaikkan pangkat, beli rumah baru ketika hamil cahaya mata pertama.
Wednesday, September 8, 2010
Selamat Hari Raya Aidilfitri!
Arini & esok ramai yg dah start cuti & balik kampung. So, Zaff nak ucapkan selamat bercuti & selamat balik kampung kepada semua yg baca blog ni. Pandu kereta berhati-hati ye, jgn jadikan jalanraya seperti sungai maut bak kata PM kite, juga jgn tambah lagi statistik kemalangan jalan raya.
Tahun ni seperti biasa kitorg beraya di KL. Secara officialnya memang dah tak balik Kedah since semua family & nenek pun ada kat KL. Family mertua pun memang org KL, so me berubah title la jadi anak KL sejati, cewah! Hehehe. So sape yg tak balik kampung tu, jemputla ke rumah ye, tapi sila call dulu. Juga sape2 yg ada kat KL, ada makan-makan tak? Silalah bagitau, kitorg nak serang & nak beraya ni! Hehehe.. Mcm last year, meriah, raya pertama je Zaff & Opie pegi beraya 5 rumah! Sape ckp raya kat KL tak meriah? Sekarang ramai dah duduk KL dah, kawan-kawan pun ramai org KL..
Cuti raya? Tak apply pun, just cuti Jumaat - Ahad. Isnin dah keje balik, on air pukul 4-8 malam. Duit raya? Adala sediakan dalam RM200-300, walaupun opie dpt duit raya dari boss dia, tapi tak nakla membazir sangat.. ;)
Persiapan raya? Me & opie ada 3 pasang baju! Cukup sampai raya ketiga. Hehehe.. Shopping kat Shah Alam last weekend.. Kuih raya? Ada, "pau" dari rumah my mum, tapi kena bayarla. Berangan nak amik free??? Haha.. Kad raya lak? Tahun ni tak sempat hantar la.. SuriaFM ada jugak buat kad raya sendiri, tapi last week puasa baru semua dapat, bila masa lak nak antar kan? Dah lambat.. Sorryla ye kawan-kawan yg selalu dpt kad raya tiap-tiap tahun daripada Zaff. Tahun ni perut dah besar, malas sikit nak buat ape. Hehehe
Okla, banyak lak membebel.. So, Zaff & Opie nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada family, kawan-kawan, pendengar-pendengar SuriaFM & pembaca blog ni. Mintak ampun dan maaf kalau ada terguris perasaan, terkasar bahasa atau tersilap kata, sama ada secara sengaja atau tak sengaja. 0-0 ye! Drive safe & take care semua! Jgn makan byk-byk, nanti beratur nak masuk toilet! Hahaha
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Monday, September 6, 2010
berbuka with bestie (part 1)
seronok bersembang & bagai melepas hajat, memang teringin sangat nak berbuka kat situ. harga RM50 nett sorg, tapi Zaff rasa cukup sekali tu je la kot.. boleh repeat, tapi kalau org belanja okla, nak keluar duit sendiri, susah kot.. makanan dia rasa biasa-biasa sangat, takde yg rasa marvelous macam kat De Palma sebelum ni.. tapi makanan memang banyak - pasta, laksa, bihun sup, kambing bakar, lauk kampung, kuih-muih dll. kepada yg belum pegi, boleh la try.. takdela tak best langsung ye makanan dia.. ;)
happy birthday mama & abah!
si kecik ni sambut sekali birthday dia, on 1 September. dah setahun dia..
dah tersipu-sipu mama
Zarra tercengang apsal happening sgt ni? apsal ada kek & lilin? haha
the boys without Udin
si lasak Zarra Sophea, dah setahun on 1 September & dah boleh berjalan
antara food yg ada, char kuey teow
tepung pelita, akok & butter cake
kambing panggang, yg ramai sgt org beratur nak amik
and lupa lak nak cakap, berbuka kat De Palma akan jadi acara wajib every year sebab masakan kampung kat situ saaaangggaaaat sedap! insyaAllah.. ada asam pedas, sambal sotong, satu stesen lauk yg semuanya masak lemak, nasi kerabu, nasi dagang, nasi ayam, rojak buah, segala jenis kuih-muih tradisional, mee goreng mamak, roti john, shawarma, dan banyak lagilah! harga RM62 nett sorg, tapi sempena merdeka, ada promotion, so harga sorg RM53 nett. berbaloi-baloi.. jom pegi ramai-ramai! recommended!
Friday, September 3, 2010
Majlis Berbuka Puasa SuriaFM
puasa dah nak abis, tapi ni baru entry pertama Zaff pasal buka puasa kan? hehehehe.. baru-baru ni SuriaFM dah adakan majlis berbuka puasa pada hari Khamis, 26 Ogos, dengan anak-anak yatim & miskin Rumah Siraman Kasih dan juga media serta artis di Swiss Garden Hotel, Jalan Pudu. antara artis yg hadir - One Nation Emcees, Nubhan, Altimet, Wana, Nashrin, Daly Ahli Fiqir dan ramai lagi. hotel tu baru siap new wing & sebagai promotion, diorg sponsored hall & food utk SuriaFM.. tq Swiss Garden! nanti raya pun, kitorg buat open house kat situ. :)
sebelum keluar sebenarnya dah termenung depan wardrobe, baju ape nak pakai.. dress code - baju kebangsaan.. ala.. almaklumla, perut dah besar.. baju kurung still muat, tapi kain dah tak muat! haiyo! so, jalan penyelesaiannya, nasib baik ada baju batik ala-ala kaftan yg dah berkurun simpan, then match kan dengan seluar hitam. so, job done! ;p
that day, me tak keje, dalam pukul 5.30 petang keluar rumah nak elakkan jem, rupanya tak jem langsung! dalam setengah jam je dah sampai hotel tu..
Thursday, September 2, 2010
Coq penegham
Dah lama tak makan yg fresh, baru-baru ni adik bongsu Zaff bagitau kat pasar malam Melawati ada jual. Org tu siap goreng kat situ. So, hari merdeka lepas, kitorg ke bazaar Ramadhan Melawati dgn harapan nak belila.. Tiba-tiba terjumpa pulak! Memang ada jual. MasyaAllah punyela suke! Terus beli RM5/35 biji. Sodapnye rasa dia.. Memang rangup & fresh! Tu kat dapur still ada lagi, tak sabar makan jap gi lepas berbuka! :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
I mish my bro..
Gambar kat atas ni sebelum Udin (dua dari kanan) berangkat balik ke UK 30 Ogos lalu, betul-betul sehari sebelum birthday my mum.. Kesian dia dah berapa tahun tak dpt beraya dgn kitorg. Tahun ni lama gak dia dapat puasa dgn kitorg, tapi still tak sempat beraya gak. I miss him sbb selalu pegi bazaar ramadhan dgn dia, tapi sekarang kena pegi sorang-sorang.. :'(
Lagi satu yg sedih, masa Zaff kawin dia takde, and bulan 12 ni Zaff nak bersalin pun dia takde kat KL.. (whyla am I so emotional now?).. :'(
InsyaAllah tahun depan dia abis study, balik KL sebagai doctor & dapat beraya kat sini. Tapi katanya pulak nak sambung keje kejap kat UK dlm setahun dua. Tak dpt beraya sama-sama lagila..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.