Thursday, August 19, 2010

Penang 2010 (part 1)

2 minggu sebelum puasa, me, opie, mama, abah & my bro, ruddin ke penang on weekend just untuk makan-makan & jalan -jalan.. hari Sabtu (31 July), kitorg gerak dari Cheras pukul 7 pagi, singgah breakfast kat R&R Rawang & selamat sampai Penang dalam pukul 11 pagi..

first stop, we went to Pinang Peranakan Mansion kat Church Street. rumah tu dulu kepunyaan salah seorang kapitan Cina. sangat besar & sangat mewah rumah tu.. perhiasan, ukiran, dan lain-lain semuanya cantik dan original dari zaman dahulu. masa kitorg pegi, siap ada guide so tau la serba sikit pasal sejarah mansion & family kapitan cina tu.. kalau korg ke Penang, wajib pegi ke mansion tu k!



antara hiasan dalam mansion tu


ruang tengah mansion. gile le ukiran & hiasan


barang make-up. punyela kaya sampai beli banyak-banyak, tapi tak pakai pun.. semua imported from UK & USA


clutch dibuat dari silver. fuiyo!


i nak trunk tu!


ni baju-baju yg diorg pakai. diorg ni peranakan


kitorg duduk atas katil candu & dibuat daripada marmar. so bila duduk rasa sejuk je, sebab dulu-dulu kan takde aircond? dipanggil katil candu sebab diorg lepak atas katil tu hisap candu


masuk pintu utama, ada kawasan lapang, baru masuk ke hall belakang kitorg tu


sangat kagum dengan mansion ni


jalan nak ke dapur


dapur yg besar gile


i nak stroller mcm tu!


berangan makan kat dapur, nak rasa macam dulu-dulu


oh no! beratnye!

lepas settle kat mansion peranakan, it's time for lunch. ingat nak gi nasi kandar Line Clear, tapi hujan pulak, so kitorg tryla cari mee udang, tapi tak jumpa.. lunch kat Penang ni susah sket nak cari tempat-tempat yg best kan? last-last makan kat Tari Cafe je kat Tanjung Tokong. then kitorg terus check-in hotel dulu kat Batu Feringghi.

lepas dah freshen-up, keluar balik ke town, tapi sebelum tu singgah jap tepi jalan nak beli cempedak goreng, tapi blh lak layan laksa & rojak buat kat tepi pantai tu.. tapi so & so je food kat situ.. takpe, kejap lagi kite balas dendam!




next stop, kitorg ke Toy Musem. ha, itu opie's wish nak pegi situ.. banyak gile toys kat situ, lebih kurang dalam 100,000 jenis. kata je ape jenis toys, semua ada..






lepas tu, kitorg ke Fort Cornwallis, Padang Kota Lama, membuang masa sementara nak dinner kat Gurney Drive.

meriam sri rambai. kalau pegang blh pregnant utk org yg susah nak pregnant. tapi i tak pegang pun dah preggy?


makan kat Gurney Drive, itu agenda utama ke Penang sebenarnya.. melepaskan ape yg diidamkan.. laksa, pasembor, char kueay teow & rojak buah.. marvellous! apsal la Penang ni jauh sgt dari KL???

rasa macam kat Hong Kong

gile sedap laksa ni! bila pegi gurney drive, laksa kat gerai ni la yang dicari

rojak buah sebelah gerai laksa tadi


mengidam lagila bila tengok gambar ni..


tapi pasembor ni tak berapa best.. kuah dia manis sangat


malam, me, opie & ruddin jalan kaki ke Feringghi Night Market nak beli dvd.. sekali takde da.. polis ramai malam tu. cis potong je lah!


5 comments:

Lady Under Attack said...

Zaff,
Whatta nice trip.
I org penang pun, tak penah tau tempat tu.
Balik raya nnt nak pegi cr mansion tu.

btw, ur punya date tu advance sgt...31july laa...bukan August.

HEee~

Ely Hasrul said...

beshnyeee skin suka part makan tuuu

Biqque said...

tah pape kan kaitan meriam dgn pregnant hahahaha!

ya Allah sedapnye laksa kat bt feringhi tuuuuuuu!

(dari kecik aku dok tunggang meriam tu, tak gak pregnant...tipu niiiii)

MahaMahu said...

Jom sertai kempen 1 Blog 1 Bendera sempena bulan kemerdekaan negara yg ker 53

edzlin007 said...

best kan jalan2 di penang. sebenarnya banyak tempat makan yg best di penang, cuma susah cari parking je.