Sunday, June 27, 2010

SOSEH SOSEH: Zaff Suria, Ina Naim hamil 5 bulan

PASTI ramai di kalangan peminat dunia seni gembira apabila mendengar berita beberapa artis bakal menimbang cahaya mata. Selepas pelakon, Linda Rafar dan penyanyi, Nikki Palikat yang hamil lima bulan, SS dapat tahu penyampai radio Suria FM, Zafrina Abd Rahman juga mengandung lima bulan anak pertama.

Rakan SS yang bertemu Zafrina atau lebih mesra disapa Zaff pada majlis stesen radio itu, baru-baru ini sempat bertanya khabar dan perkembangan mengenai bekas penari profesional itu. Dalam diam, Zaff yang boleh dikategorikan antara penyampai radio senior di Suria FM bakal dinaikkan pangkat kepada produser untuk mengendalikan semua program mingguan.

Itu dinamakan rezeki. Bukan hanya meluaskan kerjaya dalam bidang penyiaran radio, malah Zaff terus mendapat kepercayaan pihak pengurusan radio itu yang melakukan beberapa perubahan dari segi pentadbiran. Stesen radio itu juga dikenali dengan tagline Muzik Terbaik 90-an dan Terbaru.

SS difahamkan, Zaff yang sebelum ini bergandingan dengan rakan penyampai, Tuah Zolqarnain untuk segmen malam di Suria FM buat sementara waktu mengendalikan segmen Suria Drive jam 4 petang hingga 8 malam menggantikan tempat Linda Onn yang kini sedang mengerjakan umrah. Tugas produser itu dijangka bermula minggu depan.

Selepas dua tahun mendirikan rumah tangga, Zaff bersama suami, Opie Harris cukup gembira menanti kelahiran anak pertama, seterusnya bergelar ibu bapa.

Dalam pada itu, SS juga tumpang gembira apabila mendengar berita mengenai isteri kepada bekas anggota kumpulan InTeam, Suhaimi Saad iaitu Ina Naim yang kini berbadan dua. Seperti Zaff, kandungan Ina juga berusia lima bulan.

Sumber : Harian Metro Online, Sabtu 26 Jun 2010


No comments: