Tuesday, December 18, 2018

Penginapan di Osaka

hi! lama tak bersiaran. now nak share about our apartment di Osaka since ramai Malaysians ke Jepun especially Osaka and ramai yang tercari-cari kat mana nak stay ketika di Osaka. I went to Osaka on 19-23 November 2018 lepas and we've stayed at this little cute tiny apartment in Nishi-Ku Osaka.

my aunty booked thru airbnb, cukup untuk memuatkan kami 7 orang. actually apartment ni boleh muat up to 12 orang, cuma nanti akan jadi sempitlah. area ni best, turun je depan apartment dah area shopping. banyak kedai-kedai jual barang second-hand, rambang mata dibuatnya. kalau nak ke Dotonbori yang ada Glico signboard tu hanya 11 minit berjalan kaki. belakang block apartment ada station train tapi ku tak explore sebab masa kat sana kitorang sewa kereta. parking kereta pun senang, seberang jalan je.





rumah ni kecik, dalam 60 meter persegi je. nak jalan pun kena gilir-gilir kalau berselisih hahahaha. tapi dimaafkan sebab location dia yang best. tapi ada jugak setback dia. disebabkan apartment ni sebelah highway, so malam-malam sangat bising dengan bunyi kereta & motor. and fyi, rumah di Japan tak soundproof ok! jadinya first night tu memang ku tak lena tidur and malam berikutnya boleh jugaklah tidur sebab dah penat. nasib just 4 malam je. 

rumah ni semua complete, sebab bila nak join airbnd memang kena complete semua benda. ada washing machine, dapur, microwave, aircond/heater, amenities etc cuma iron je yang takde. rumah ni ada dua bilik, satu bilik ada 2 katil queen and 1 lagi bilik ada 1 katil queen. kat ruang tamu ada 3 sofabed, and kalau dibuka sofabed tu boleh muat 6 orang. sebab itu ku cakap tadi, rumah ni boleh muat sehingga 12 orang. tapi tak payahlah ramai-ramai, sempit!  



kalau nak tengok-tengok rumah ni, sila ke sini : airbnb


































Addres penuh : Tsurigane Building, 1 Chome-2-16 Kitahorie, Nishi-Ku, Osaka-shi, Osaka-fu, 550-0014, Japan. 


*gambar diambil di airbnb sebab kelam kabut tak sempat nak ambil gambar. bila dah check-in, berselerak pulak rumah tu hahahaha.

No comments: