Monday, March 30, 2015

our weekend

last weekend, kitorg tak ke mana-mana. nasib tak keluar sebab jalan jem sana sini. mana dengan orang dapat gaji & mana dengan orang nak shopping last minit sebab GST. kebetulan Opie lak sibuk dengan model dia yang nak kena submit Isnin, so duduk rumah jelah kitorg. Sabtu keluar makan je, selebihnya lepak rumah je.

Ahad pun tak ke mana. mula-mula plan nak pergi lunch kat Suka Sucre, tapi tak jadi sebab mama tak sihat. breakfast makan karipap je kat rumah, then lunch pergi mamak kat area rumah. lepas tu bawak Rizqy pergi potong rambut. dari Jumaat dah psycho dia ajak potong rambut kat kedai. I tell u, anak I ni penakut nak potong rambut. sebelum ni adalah cubaan 2 kali bawak ke saloon tapi gagal sebab dia meraung. so lepas tu, kitorg potong sendiri kat rumah. this time, saje ajak dia potong kat kedai, surprisingly dia ok, dengan syarat papa duduk sebelah potong sekali. masuk je kedai mamak, dia dah pucat. tengok je abang tu potong rambut customer lain. muka dia cuak je ok! kesian lak tengok, tapi kelakar pun ada! hahahaha.

ku pakai dash&dot tudung warna turqouise. still available ya!


tadaa!! mama & papa so proud of u Rizqy! muka still cuak and kejap-kejap garu mukalah, garu leherlah sebab dia memang tak suka rambut kena badan. OCD kan? bila nak pakai shaver, laju je dia geleng kepala. yang tu dia masih takut! hahaha

yes! after 5 years dah berani. terror la Ishky! 




No comments: