Jumaat malam Sabtu kitorg satu family dengan adik-adikku dinner kat Restoran Sate UK, Bangi. recommended! sate dia sedap sangat. sedap daripada Sate Willy and of course wayyyyyy delicious than Sate Hj Sahmuri yang dah overated tu. selain sate, restoran tu ada gak pelbagai jenis sup, pun sedap sup dia. lepas makan, angah ajak pergi Dataran Putra kat depan Masjid Putra, Putrajaya, naik basikal katanya. so ke sanalah kitorg semua.
sampai sana, mak ai ramainya orang! happening! parking pun susah. berapa kali pusing cari parking, ada jugak parking betul-betul depan JPM ni
segala jenis basikal & kenderaan beroda ada kat sini - roller blade, skate board, skuter pun ada, bayar sewa je, ada yang RM10-RM20 untuk 30-40 minit ride. kereta kuda pun ada
Tiya pilih sendiri kereta pink tu. lol
Zarra confident naik basikal laju-laju tak pandang kiri kanan dah, penat mummy dia kejar
penat main, ice cream pulak. time ni dah pukul 10 malam
jaga-jaga cik salmah. lol
ku sempat jugak naik basikal satu round kat dataran tu, tapi takut sebab terlalu ramai orang naik basikal & budak-budak main rollerblade, laju pulak tu. lepas lepak kat dataran, kitorg sambung minum kat Teh Tarik Place. lama betul tak lepak sampai malam-malam, tapi Rizqy cranky gak sebab dah ngantuk. huhu.
No comments:
Post a Comment