Sunday, February 8, 2015

Jangan sibuk boleh?

Ok i think this thing needs to be discussed. Or if not, biar ku nak kongsi something dengan korang. Biasalah orang kita kan? Belum kawin, ditanya bila nak kawin? Dah kawin, tanya bila nak ada baby? Dah ada sorang anak, tanya pulak bila nak tambah sorang lagi & soalan tu tak habis, akan berlanjutan sampai bila-bila. 

This thing happened to me several times & it is really annoyed me sebab ku rasa, seseorang tu tak patut & tak berhak tanya that so called stupid question. Sekarang favourite soalan ialah "Rizqy dah besar, bila dia nak dapat adik?" Apa awak ingat kitorg tak "bersama" langsung sebab tu takde baby baru? Or awak nak cakap yang kitorg ni so called mandul sebab tu takde baby baru? Come on lah, benda boleh plan & kitorg memang tak nak tambah anak lagi. Takkan nak buat announcement satu dunia oh kitorg rancang macam tu macam ni supaya tak beranak lagi? Perlu ke? Alasan tak nak tambah anak? Satu sebab boleh kata ku serik nak beranak & kitorg nak financially stable baru fikir nak tambah anak. Trust me, anak sorang pun sesak nafas nak belanja, now semuanya mahal. For me better kualiti daripada kuantiti. Lagipun zaman sekarang rasanya dah tak relevan & tak perlu kot anak-anak ramai macam orang dulu-dulu. Kang anak ramai, belanja tak terkejar, last-last kita sendiri tak dapat apa yang kita nak & anak tak dapat apa yang diorang nak, kesian. 

Ok back to topic, ku ok kalau yang tanya tu family sama ada yang rapat or tak, tapi bila bergelar family, ku boleh tutup mata & telinga sambil jawab buat-buat lawak. Kawan pun ku rasa ok lagi. Tapi yang paling ku tak suka & terus darah naik kepala rasa macam nak hambur je orang tu balik bila yang bertanya is nobody to me. Dahlah kenal macam-macam tu je, how dare you ask me that question? Who are you? Sibuk-sibuk nak ambil tau hal orang? Sibuk-sibuk nak susun atur life orang? Kalau ku tanya eh eh makcik kenapa pakai kereta buruk tu? Bila nak tukar kereta baru? Apa makcik tu rasa agaknya eh? 

Terbaru, jadi kat ku siang tadi masa kat wedding sepupu Opie kat Meru Klang. Sanggup makcik [yang ku kenal sebab dia jiran pakcik Opie] ni datang salam ku padahal ku duduk meja sebelah dia, first question terus tanya bila Rizqy nak dapat adik? Serius masa tu dahlah cuaca tengah panas, ku rasa double tripple panas kat muka ni sampai kebas muka. Ku direct je jawab sambil geleng kepala, "cukuplah sorang". Dia pinggan tambah lagi, "Rizqy dah besar nanti senang nak ada adik bla bla bla" & ku dah tak dengar apa dia membebel, terus ku potong lagi cakap dia, "orang cakap memang senang". Terus ku hadap fon langsung tak layan dia, tak perasan pun bila dia blah. Daripada ku jadi kurang ajar, baik ku hadap fon kan? Lepas dia blah je, ku pandang mama terus ku cakap, "menyibuk je!" My mother-in-law yang duduk sebelah kanan ku pun diam je tak kata apa bila tengok ku menjawab macam tu kat makcik tu. Tapi mama ada jugak kata kat ku, "dah memang lumrah manusia macam tu, soalan tu takkan habis". Setuju, tapi ku jawab jugak kat mama, dia sanggup tanya soalan macam tu kat so called stranger ni, memang patut dia dapat jawapan macam tu jugak!"

Masuk kereta ku cerita kat Opie pasal makcik tu. Rupanya dia dah tanya benda yang sama kat Opie & sanggup tanya lagi kat ku! Serius meluat! Kata Opie dia nak ice breaking kot dengan you, hello itu bukan caranya, kan dah terus tak ter break nak sembang dengan ku! Hahahaha. Please lah ye, if you don't have something nice to say, better just keep your mouth shut! Tak payah nak tanya soalan yang menyakitkan hati. Oh btw, congrats Haris & Mira! Cepat-cepat dapat baby! See? Ku pun dah jadi annoying! Hoh!








2 comments:

Biqque said...

haaaaa i DAH LAMA kena pasal anak ni...dulu bertahun kot kena soal bila nak ada anak mcm i ni plan tanak anak. ingat bleh main petik2 kat ladang buah agaknya. patu ixora baru 10 bulan, dah ada yg tanya tanak kasi adik ke buat kawan! hoi! sakit parut cser ni terasa lagi dah gile kenapa nak perut i pecah ke...ha begitu i marah hahaha...

SITI NORBAINI said...

kaaaaan.....seperti yang pernah disembangkan dulu.