Monday, January 26, 2015

Rizqy is 4


kat atas ni design untuk birthday cake Rizqy. papa buat special for him sebab dia nak cake lego swat. mulanya kitorg tak plan pun nak buat birthday dia sebab budget, mana baru balik dari vacation & baru lepas bayar registration sekolah dia yang total kena bayar RM1500. tapi as you know, as a mom memang rasa tak lepas bila tak buat something for birthday anak, nak-nak pulak dia dah makin besar & dah faham pasal cake, nak tiup candle & nak potong cake. makin dekat ke birthday dia, makin sayu lak hati bila tak buat apa-apa. last-last ku buat jugak, tapi buat kat school dia & kebetulan pada 31 Disember ada report card day & also hari last day Rizqy kat Junior Kids.

majlis hari Rabu, hari Isnin baru plan nak buat semua. kalau nak order cake fondant bentuk lego swat memang tak sempatlah kan? cake macam tu kena order at least 2 minggu sebelum. so ku gigih google tukang buat cake biasa area rumah kitorg yang sanggup ambil order & nasib baik ada yang sanggup buatkan. now untuk topping lak. ku plan nak print edible image untuk letak atas cake, so gigih pulak cari printer & jumpa, boleh siap esok pagi (Selasa). so now, gigih paksa Opie design lak gambar tu. bila gambar dah siap, dalam pukul 8 malam kitorg email gambar to printer, tiba-tiba dia cakap kalau nak ambil esok, gambar patut kena hantar sebelum pukul 6 petang. what?! masa ku tanya siang tadi beria je cakap boleh. what the heck kan? orang nak bagi rezeki kot? and sama-sama Melayu, tapi berlagak dia alahai... so ku dah nak nangis, frust sangat. mana penat otak dengan kerja siang tu & penat otak mencari tukang buat cake apa bagai.. sangat frust, sampai ku cakap kat Opie, "I malaslah nak buat!" Opie lak dah panik & terus dia yang cari printer lain. Alhamdulillah jumpa, tapi kat Shah Alam. takpelah janji dapat print edible image tu. So Opie yang uruskan semua, ku dah lepas tangan. dia email gambar malam tu & bayar terus, esok selepas 10 pagi dah boleh ambil. walaupun jauh ke Shah Alam, demi anak, sanggup! petang Selasa, kitorg hantar gambar kat tukang buat cake kat Bandar Tun Hussein Onn, Alhamdulillah, semua siap on time & ambil cake pukul 4 petang hari Rabu sebelum majlis bermula.

so this is the cake, just a butter cake. yang penting ada gambar lego swat. nangis tengok Rizqy punya excited bila tengok gambar tu. sob sob

Thank you atuk & nenek for sponsoring this party pack. Dalam tu ada m&m's, biskut teddy & Kitkat. 

bangga sangat dia ada cake lego swat, kat school pulak tu


special - atuk, nenek & deda pun datang school, teacher jemput

he was so proud with his cake!






Lepas ni semua nangis. Rizqy's last day at Junior Kids. Thanks to teacher Fiza, teacher Ita, teacher Ros & teacher-teacher sebelum ni yang sudi jaga & ajar Ishky. Rizqy kat taska ni dah 2 tahun. Keep in touch ye. Ada apa-apa jemput je kitorg, insyaAllah kitorg pergi taska tu


Happy birthday anak mama. You are 4 now. Can't believe this! Semoga panjang umur Ishky, jadi anak yang soleh, baik budi pekerti, jadi budak pandai, punyai masa depan cerah insyaAllah. Mama papa sayang kat Ishky. Oh btw, 29th December was our 6th anniversary also. Alhamdulillah. Love u big time Opie Harris! 


No comments: