Sunday, January 25, 2015

2 hari di Melaka

Pertengahan bulan Disember lepas, ku ambil cuti seminggu sebab nak habiskan annual leave. Mulanya sebab utama ambil cuti ialah ada FIT Malaysia kat JB, so lepas FIT kitorg nak sambung cuti kat JB & nak pergi Legoland. Tiba-tiba FIT ditangguhkan sebab musim hujan, so ku dah bingung apa nak buat masa cuti seminggu tu. Then ku plan ajak my mom & parents-in-law ke Melaka. Best jugak sebab dah lama sangat kitorg tak ke Melaka.

So Isnin 8 Dec 2014, pukul 10 pagi kitorg gerak ke Melaka, sampai sana elok time lunch, so kitorg lunch kat Asam Pedas Claypot. Semua tu ku google & address lak guna waze je. Padaku takdelah sedap mana asam pedas claypot tu, mama punya asam pedas lagi sedap walaupun bukan orang Melaka. Huhu. Lepas makan, kitorg check-in kat homestay, dekat je dengan Banda Hilir dalam 10 minit.

Rehat jap, lepas Asar kitorg keluar nak explore Melaka. First stop of course Banda Hilir. MasyaAllah dah lain Melaka ni. Persisiran sungai dah cantik & memang best lepak tepi sungai, nak-nak cuaca pun tak panas. Kitorg siap naik river cruise, bayar sorang RM10. Best naik bot tu, serious dah cantik Melaka ni. Sepanjang sungai diorg buat sidewalk, bangunan-bangunan pun dicat cantik & ada grafiti siap banyak cafe-cafe yang mengadap sungai. 

Lepas river cruise, kitorg terus pergi dinner kat Umbai. Nasib tak sesat sebab time tulah waze tak dapat sebab line tak clear. Kitorg makan ikan masak sweet sour, kerang bakar, udang butter & sotong masak pedas. Total for 5 dalam rm100+ je, murahlah daripada Tanjung Lumpur Kuantan. For me, nothing impressed me bila makan seafood kat Umbai. Maybe sebab kat KL pun dah banyak seafood yang sedap-sedap & harga pun reasonable. Sama jugak kalau pergi Kuantan, tak payahlah makan kat Tanjung Lumpur tu. Mahal je lebih. 





Esoknya, kitorg keluar lambat sikit. Nak dijadikan cerita, semalam kakiku tersepak tiles, habis bengkak ibu jari kanan. Bengkak & ada darah beku, malam tadi tak boleh tidur sebab sakit yang amat sangat & berdenyut-denyut. So pagi tu, kena paksa rendam kaki dalam ais, then makan pain killer, baru ok sikit, tapi jalan still berdengkot. Aduhai, dahlah esok lusa nak jalan banyak lagi ni..

Kitorg keluar breakfast kat Pahlawan Megamall sebab tak tau nak pergi mana dah. Lepas minum-minum kat a&w, dah alang-alang kat situ, kitorg ke A Famosa & Istana Kesultanan Melaka, jalan kaki je dari Dataran Pahlawan. Cuaca paaaaaannnnaaaassss sangat!!!! Lepas ambil-ambil gambar & masuk dalam Muzium Istana Kesultanan Melaka, it's time for lunch. Disebabkan panas melampau & dah tak tau nak makan kat mana (dah tak boleh fikir satu sebab kaki sakit & satu lagi sebab panas gile), kitorg lunch kat Mahkota Parade je. 















Lepas lunch, balik homestay, rehat jap & solat, lepas Asar, kitorg ke pantai Klebang. Kat sana of course singgah beli the famous coconut shake, but sorry to say, tak boleh lawan coconut shake kat area rumah kitorg. Confirm lagi terbaik &  boleh kata every weekend kitorg beli. 

Kat pantai Klebang, kitorg just lepak-lepak. Rindunya kat pantai & laut.. Mama & my parents-in-law lepak minum kat bus cafe yang banyak tepi pantai tu & kitorg main bubble kat pantai. Best pantai Klebang tu, ada bustel (bas yang dijadikan hotel), bus cafe (bas yang dijadikan cafe), gerai-gerai, muzium kapal selam. Orang kata malam lagi happening, kitorg ntah kenapa tak lepak pun sampai malam, lepas tu meyesal. Hahaha. Rizqy lak pantang tengok beach, tiba-tiba dia dah masuk dalam air. Ha sudah! Mama tak bawak baju lain! Aduyai.... Hahahaha. Kesudahannya, bila dah nak gelap kitorg patah balik ke Banda Hilir for dinner & cari baju untuk Rizqy!





No comments: