Friday, October 31, 2014

tak nak sorang

My Rizqy dah 4 tahun. How time flies & I lak macam tak boleh terima yang dia dah besar. Banyak benda dia dah pandai, kalau bercakap memang non-stop & tak pelat. He is a fast learner & cepat ingat banyak benda. Owh boy.. kenapalah cepat sangat Ishky besar! Mama tak puaslah nak gomol-gomol Ishky. :')

Last night, kitorg tinggal berdua, papa went to meeting. Around 9.30 pm we all lepak kat my room & I tengah pilih-pilih baju apa nak pakai esok kerja. So bila dah try-try baju, I pun cakap dekat dia, "bye Ishky mama nak work". Dia terus berdiri, "Ha Ishky sorang?" I terus terdiam. Lepas tu dia turun katil, ikut I ke tangga, sambil I cakap, "Ishky duduk rumah sorang k, nanti mama balik". Lama dia termenung kat tangga, lepas tu slowly dia angguk sambil muka tengah confuse & macam nak nangis. I tengok je dia, dalam hati sedih sebenarnya.. Mesti dia fikir, "I have to do it sebab dah besar, tapi takut tinggal sorang-sorang." Tapi yang pelik at first tu, dia angguk tanda setuju nak duduk sorang-sorang, tapi dalam keadaan pasrah & tak relalah. hahaha.

Kitorg patah balik masuk bilik, I peluk dia & cakap, "mama tak tinggal Ishky lah. Mana boleh mama tinggal Ishky sorang-sorang. Kalau mama work, papa ada, kalau papa work, mama ada". Lepas tu baru dia cakap, "Ishky tak nak sorang, takut.." Alahai sayang.. Mama terus sedih sangat ni.. I yang usik dia, I yang sedih. :(

Lately ni, I selalu rasa sedih sebab Rizqy dah besar. Lagi terasa sejak dia dah pandai tidur sendiri kat bilik dia.. But I know, I kena lalui saat-saat ni. Bertabahlah hati.. :(

1 comment:

kupunye2204 said...

im a silent reader. love reading your entries.. =)