Hari ni 30 Oktober bermulalah tayangan filem Anak Jantan hasil tulisan skrip oleh my husband, Opie Harris. so jom tonton filem ni di pawagam berhampiran & please support our local film.
to tell u guys frankly, masa my husband tulis skrip ni, i tak amik port pun. i tak tanya skrip tu pasal apa & how was the progress. bila dia bagitau yang skrip dia dapat diadaptasi ke filem, i just macam ok je.. bukan tak support, it's just masa tu takde rasa apa & tak tau nak respon macam mana. so bermulalah sesi dia meeting, meeting & meeting. kejap meeting dengan director, kejap meeting dengan boss dia, kejap meeting dengan boss Grand Brilliance and the meetings keep going on berbulan-bulan. dia cerita macam-macam - dari sesi pujuk bront palarae berlakon dalam filem tu sebab mula-mula dia nak bront buat watak lain, tapi last-last bront dioffer watak lain, so kena ada sesi pujuk memujuk di situ. hahaha. sesi pemilihan pelakon lain pun ada macam-macam cerita, sebelum Nora Danish, diorg plan nak pelakon lain, tapi ramai yang tak free, begitu juga dengan watak-watak lain sampailah ke masa shooting. last-last yang confirm - Nora Danish, Farid Kamil, Bront Palarae, Azhan Rani, Qi Razali & seorang pelakon baru yang my husband sendiri recruit dia iaitu Pablo Amirul.
shooting ambil masa lebih kurang sebulan lebih. ingat lagi sebelum shooting, diorang pergi recce location sampai ke Langkawi & Krabi masa bulan puasa tahun 2012. and shooting start lepas raya sampai ke raya haji kat area KL, Perlis, Langkawi & selatan Thai. ingat lagi time nak raya haji, diorg dapat cuti tapi semua balik rumah subuh raya haji tu. so esoknya bila beraya semua mata bengkak & sembab sebab penat & tak cukup tidur. masa diorg shooting dulu, tinggallah i dua beranak dengan Rizqy kat rumah, tapi until now, i tak pernah rasa benda tu burden for me. everything was like so smooth, Alhamdulillah. takdela nak tension-tension husband takde & kite jaga anak sorang-sorang.
settle shooting, last year tahun 2013, dapat tau yang filem Anak Jantan ni kena banned dengan LPF. ha sudah. actually ada a few scenes yang my husband tak setuju dengan cara costume & benda lain, tapi menurut producer, kena buat gak macam tu sebab nak commercial and it's all about movie, so oklah my husband ikutkan je sebab dia hanya script writer. so bila tau filem tu tak diluluskan, dia frust jugakla, takkan nak reshoot kan? mau budget lari. last-last, producer & director turun naik Finas merayu (2 kali rayuan), akhirnya lulus gak, tapi banyak scene kena potong & ada scene yang background kena diblurkan sebab menurut LPF ada unsur keganasan & unsur yang sensitif dengan masyarakat kita. frust, tapi kena terima daripada filem ni tak diluluskan langsung kan?
Akhirnya, setelah 2 tahun, keluarlah filem ini di pawagam. actually sampai sekarang jugak masa i tengah update entry ni, i tak tengok lagi filem Anak Jantan ni. boleh tak my husband tak ajak i pegi Gala Night? gggrrrrrr.. tapi oklah, kalau i pegi, kena lak hantar Rizqy kat my mum or my in-laws. bila dah makin dekat hari tayangan, barulah terasa kenervousan dia. hahaha. insyaAllah kitorg nak tengok satu family kat wayang hujung minggu ni.
so to my readers, please support our local industry, please watch this film. ia tentang hubungan bapa dan anak, banyak aksi lasak yg dilakukan oleh pelakon sendiri, pendek kata kalau nak yang gaduh-gaduh, tumbuk-tumbuk, tembak-tembak, bom-bom semua ada dalam filem ini.
No comments:
Post a Comment