Sunday, May 25, 2014

Redang : KL-KT

Khamis 15 Mei, kitorg satu family 10 org tiba di KLIA2 pukul 6.30 petang, flight ke Kuala Terengganu pukul 8.05 malam. Malas nak cerita pasal KLIA2 yg baru bukak tu sebab padaku mana2 airport sama je. Huhu. 

Touched down di KT sejam selepas tu, kitorg naik teksi ke hotel DJ Citi Point. Tambang teksi dari airport KT ke bandar dalam RM30. Lepas checked-in, cari makanlah apa lagi, lapar ni, dah lepas time dinner, masa tu dalam pukul 10 malam dah. Nasib baik seberang jalan dari hotel kitorg ada byk kedai makan, so makan situ jelah. Kalau ikut nak sedap bak kata receptionist hotel, pegi ke area pasar payang, dalam 10 minit jalan kaki tapi kitorg tak pegi pun sebab dah lambat & nak heret jalan budak-budak kecik ke situ pun dah satu hal.

Lepas makan, semua masuk hotel balik terus tidur. Tapi most of us tak boleh tidur sebab hotel tepi jalan & malam tu pulak boleh ada racing motor & kereta depan hotel tu. Esok Jumaat kat Terengganu kan cuti? Vroom sana vroom sini sampai pukul 4 pagi rasanya, sabar jelah!


No comments: