Sunday, May 25, 2014

Redang : day 1

Jumaat 16 Mei, hajat hati nak bangun awal nak pegi breakfast, tapi disebabkan tak boleh tidur malam tadi, kitorg bangun pukul 7.30 pagi. Mama & abah bangun lagi awal & pegi breakfast kat stesen bas KT. 8 pagi kitorg turun & check-out then berjalan ke Jeti Shahbandar dalam 10 minit dari hotel. Bila bawak anak kecik & bawak backpack, 10 minit tu rasa alahai jauhnya.. Cuaca panas gila lak tu. Tapi better bawak backpack drpd bawak beg seret sebab nak jalan kaki tepi-tepi jalan, turun naik divider & langkah longkang kan? Haha.

Sampai-sampai je kat jeti, mak ai orang punyalah ramai. Familyku semua dah ada kat jeti plus adik lelakiku & wife dia yang dah ada kat KT sejak Isnin. Tak lama lepas tu, family maksu & pakcik pun sampai. Diorg naik flight dari KL pukul 7 pagi. Dari airport KT diorg naik bas Redang Beach Resort ke jeti, semua dah ku arranged for them. Kat jeti bila semua dah berkumpul, ku selaku ketua rombongan terus ke kaunter redang beach resort untuk amik tiket feri. Feri kitorg pukul 9 pagi, tapi bila tengokkan orang yang ramai, muat ke satu feri ni? Opie beratur, bila dah dekat kitorg masuk line je. Haha. Akhirnya selamat jugak semua masuk feri, pelik sebab muat pulak semua orang dalam 200 orang jugaklah agaknya. Cuaca sangat panas, nasiblah feri tu sejuk betul aircond dia. Zzzzz..

Selepas sejam setengah, sampailah kitorg ke Pulau Redang yang indah. Ku tak berapa excited sebab dah pegi last year, tapi tak dapat nak sangkal agak excited bila tengok air laut yang sangat jernih tu. Kitorg sampai dalam 11 pagi, check-in then terus lunch. Lagi sekali ku sebagai ketua rombongan sangat penat arrangekan semua benda. Dari feri sampai check in & masuk bilik. Panas gila & baju seluar semua dah basah dengan peluh! Tu baru rombongan 22 orang kan??

Pukul 12.30 pm dapat kunci, masuk je bilik terus hilang semua penat. Sangat berpuas hati dengan villa satu bilik kitorg, muat 4 orang ku, opie & my parents. Some more bilik kitorg sebelah pool, lagilah seronok. Utk trip ni ku amik 2 club deluxe villa 4 pax, 1 club deluxe villa 8 pax, 1 double room & 1 tripple room. Tapi yg untung adikku amik bilik double tapi dapat katil tripple. Untunglaaaa.. Bayar 2 dapat 3. Hahaha.

Kitorg rest kejap bagi Rizqy nap, then dalam 2 lebih dah tak tahan nak keluar bilik. As usual, pusing-pusing dulu sampai le hujung pantai amik-amik gambar apa yg patut, then patah balik ke resort kitorg and lepak kat kerusi bawah pokok kelapa. Oh bestnya! Lagi best kalau tak payah balik KL. Huhuhuhu.

Cuaca panas sangat & by right petang tu pukul 2.30 petang ada snorkeling trip. Tapi kitorg tak pegi pun sebab ada lagi 4 trip esok & lusa. So plan petang tu, just lepak kat pantai depan resort & mandi manda area situ.

Malam, pukul 7 pm kitorg dinner. Semua breakfast, lunch, hi-tea & dinner disediakan dalam package. Sehari 4 kali makan, nak tak nak makan je. Sambil makan, Rizqy boleh tertido. Ye sambil kunyah mata dah terpejam. So ku bawak dia balik bilik & bagi dia tidur dulu. Ingatkan dah tak bangun dah sampai pagi esok, rupanya dalam 8.30 dia terjaga, so kitorg yang muda-muda ni sambung lepak kat cafe depan resort, yang kaum 'evergreen' pulak pegi layan live band kat resort sebelah Laguna Redang.








No comments: