Sunday, May 25, 2014

Redang : day 1

Jumaat 16 Mei, hajat hati nak bangun awal nak pegi breakfast, tapi disebabkan tak boleh tidur malam tadi, kitorg bangun pukul 7.30 pagi. Mama & abah bangun lagi awal & pegi breakfast kat stesen bas KT. 8 pagi kitorg turun & check-out then berjalan ke Jeti Shahbandar dalam 10 minit dari hotel. Bila bawak anak kecik & bawak backpack, 10 minit tu rasa alahai jauhnya.. Cuaca panas gila lak tu. Tapi better bawak backpack drpd bawak beg seret sebab nak jalan kaki tepi-tepi jalan, turun naik divider & langkah longkang kan? Haha.

Sampai-sampai je kat jeti, mak ai orang punyalah ramai. Familyku semua dah ada kat jeti plus adik lelakiku & wife dia yang dah ada kat KT sejak Isnin. Tak lama lepas tu, family maksu & pakcik pun sampai. Diorg naik flight dari KL pukul 7 pagi. Dari airport KT diorg naik bas Redang Beach Resort ke jeti, semua dah ku arranged for them. Kat jeti bila semua dah berkumpul, ku selaku ketua rombongan terus ke kaunter redang beach resort untuk amik tiket feri. Feri kitorg pukul 9 pagi, tapi bila tengokkan orang yang ramai, muat ke satu feri ni? Opie beratur, bila dah dekat kitorg masuk line je. Haha. Akhirnya selamat jugak semua masuk feri, pelik sebab muat pulak semua orang dalam 200 orang jugaklah agaknya. Cuaca sangat panas, nasiblah feri tu sejuk betul aircond dia. Zzzzz..

Selepas sejam setengah, sampailah kitorg ke Pulau Redang yang indah. Ku tak berapa excited sebab dah pegi last year, tapi tak dapat nak sangkal agak excited bila tengok air laut yang sangat jernih tu. Kitorg sampai dalam 11 pagi, check-in then terus lunch. Lagi sekali ku sebagai ketua rombongan sangat penat arrangekan semua benda. Dari feri sampai check in & masuk bilik. Panas gila & baju seluar semua dah basah dengan peluh! Tu baru rombongan 22 orang kan??

Pukul 12.30 pm dapat kunci, masuk je bilik terus hilang semua penat. Sangat berpuas hati dengan villa satu bilik kitorg, muat 4 orang ku, opie & my parents. Some more bilik kitorg sebelah pool, lagilah seronok. Utk trip ni ku amik 2 club deluxe villa 4 pax, 1 club deluxe villa 8 pax, 1 double room & 1 tripple room. Tapi yg untung adikku amik bilik double tapi dapat katil tripple. Untunglaaaa.. Bayar 2 dapat 3. Hahaha.

Kitorg rest kejap bagi Rizqy nap, then dalam 2 lebih dah tak tahan nak keluar bilik. As usual, pusing-pusing dulu sampai le hujung pantai amik-amik gambar apa yg patut, then patah balik ke resort kitorg and lepak kat kerusi bawah pokok kelapa. Oh bestnya! Lagi best kalau tak payah balik KL. Huhuhuhu.

Cuaca panas sangat & by right petang tu pukul 2.30 petang ada snorkeling trip. Tapi kitorg tak pegi pun sebab ada lagi 4 trip esok & lusa. So plan petang tu, just lepak kat pantai depan resort & mandi manda area situ.

Malam, pukul 7 pm kitorg dinner. Semua breakfast, lunch, hi-tea & dinner disediakan dalam package. Sehari 4 kali makan, nak tak nak makan je. Sambil makan, Rizqy boleh tertido. Ye sambil kunyah mata dah terpejam. So ku bawak dia balik bilik & bagi dia tidur dulu. Ingatkan dah tak bangun dah sampai pagi esok, rupanya dalam 8.30 dia terjaga, so kitorg yang muda-muda ni sambung lepak kat cafe depan resort, yang kaum 'evergreen' pulak pegi layan live band kat resort sebelah Laguna Redang.








Redang : KL-KT

Khamis 15 Mei, kitorg satu family 10 org tiba di KLIA2 pukul 6.30 petang, flight ke Kuala Terengganu pukul 8.05 malam. Malas nak cerita pasal KLIA2 yg baru bukak tu sebab padaku mana2 airport sama je. Huhu. 

Touched down di KT sejam selepas tu, kitorg naik teksi ke hotel DJ Citi Point. Tambang teksi dari airport KT ke bandar dalam RM30. Lepas checked-in, cari makanlah apa lagi, lapar ni, dah lepas time dinner, masa tu dalam pukul 10 malam dah. Nasib baik seberang jalan dari hotel kitorg ada byk kedai makan, so makan situ jelah. Kalau ikut nak sedap bak kata receptionist hotel, pegi ke area pasar payang, dalam 10 minit jalan kaki tapi kitorg tak pegi pun sebab dah lambat & nak heret jalan budak-budak kecik ke situ pun dah satu hal.

Lepas makan, semua masuk hotel balik terus tidur. Tapi most of us tak boleh tidur sebab hotel tepi jalan & malam tu pulak boleh ada racing motor & kereta depan hotel tu. Esok Jumaat kat Terengganu kan cuti? Vroom sana vroom sini sampai pukul 4 pagi rasanya, sabar jelah!


Tuesday, May 6, 2014

Hobi menjadi sumber pendapatan

Hobi my husband dari before kawin lagi. Tapi masa kitorg bercinta and awal kawin, dia dah lama stop buat model & dio ni semua. But then dia start balik maybe sebab gian nak mengecat & ada kawan order. Daripada model yg besar sampai ke model size 1:1, akhirnya dia melekat buat model size kecik ni. At first ku memang tak support dia sebab rasa membazir je buat model ni & barang2 mahal. Dia pulak kalau dah start "bertapa" dalam bilik studio dia, memang lupa anak bini! But then, bila dah makin ramai yg acknowledge hasil kerja dia & dia dapat bagi kami anak beranak makan dgn hasil kerja dia ni, ku dah start berlembut. Buatlah sayang, I❤u, as long dapat duit banyak! Hahaha. Projek ni merupakan projek terbesar dia, Alhamdulillah dia dapat kepercayaan pihak tentera utk muzium tentera kat Perak. More to come insyaAllah. Coming projek - model filem Melayu lama zaman P.Ramlee. Sape nak mintak dia buat model, boleh je, silalah deal harga dgn dia.



Saturday, May 3, 2014

Redang 2014 - #countdown

Akan menjejakkan kaki kembali di Pulau Redang dalam masa 2 minggu lagi, insyaAllah. Kali ni lagi excited sebab ku bawak rombongan 22 orang. Rombongan cik Zaf ke Redang! Lol.

Terjadinya plan ni bila ku balik dari Redang last year, mama & maksu cakap diorg pun nak pergi. So bila Air Asia buat sale, kitorg terus beli flight tiket ke Kuala Terengganu. Asalnya hanya 2 family je yang nak pergi - my family & maksu's. Tapi bila flight tiket murah sangat (RM60 return), maksu belikan tiket untuk family lain jugak. So total - 4 family akan ke Redang, dalam 40 orang.

So semua dah pakat simpan duitlah sebab lagi setahun nak pergi. Bulan Januari 2014, ku dah start planning for land & sea transport, accomodation, activity &  food, sebab last time we went there, kitorg tak amik package, just booked bilik hotel je. This time satu sebab ramai & satu lagi save banyak bila amik package - all includes - ferry transfer, hotel, makan & snorkelling trip. Puas google best rate & emailed banyak agency, akhirnya jumpalah the best package from Dolphin Diaries Travel. Ku ber email je dengan travel advisor tu, nama dia Carmen. Pening dia layan karenah tu nak tukar-tukar package. Haha.

So, finally ku amik package kat Redang Beach Resort which is last year pun kitorg stay situ. Dari airport KT ke jeti Shahbandar, ada bus provided by resort, bayar je RM15 per pax satu hala. Ku amik 1 double room, 1 triple room, 2 deluxe family for 4 pax & deluxe family for 8 pax. Harga package from RM630-RM790 per pax for 4d/3n - makan 4 kali sehari (breakfast, lunch, tea & dinner) & snorkeling 5 kali. Hamik! Larat tak larat je nak pergi snorkeling sampai 5 kali!

My advise, pergilah for 3 nights, baru relax & enjoy. Last year kitorg pergi 2 malam, penat travel pun tak hilang. Sampai tgh hari, esok full day kat laut & pantai, lusa pagi dah check out, memang rasa pendek sangat masa, so betterlah pergi 4 hari 3 malam.

My advise jugak (sebab dah 4 kali pegi Redang), amiklah pakej sebab memang jimat. Pakej kira ikut kepala. Tahun ni harga semua naik RM50-RM100 compared to last year. Ada byk resort kat Redang & harga pakej start dari RM300+ hingga RM1000 - ikut jenis bilik & berapa hari. Kalau 3h/2m lagi murah, RM300 lebih je dah boleh pergi. Kalau tak amik pakej, bilik je dah mahal, ferry sorang RM110 return, snorkeling pun kira lain & makan pun sendiri-sendiri, so better amik pakej, tak payah pening kepala. Tapi kalau nak free & easy, taknak makan buffet & taknak pergi snorkelling or nak pergi snorkeling sekali dua, up to you, boleh je tak amik pakej.

Oh can't wait! 16-19 May! Sekian daripada duta Redang (that's what i've been calling sebab i terror bab-bab pakej Redang ni). Hahahaha.

Thursday, May 1, 2014

#throwback #london #2012

second last day back to London, lusa dah nak balik KL. sampai London dari Newcastle dalam 4 jam perjalanan naik train, kitorg ke Tune Hotel Liverpool Street balik & overnight kat situ. esok pagi sempat pergi M&M's World kat Leicester Square. naik tube je ikut map tapi lupa turun kat station mana. kat area Leicester Square tu jugak banyak panggung wayang, so kalau premier filem banyak buat kat situ, ada Odeon Cinema & Empie Cinema.















































after puas jalan & ucap goodbye kat London, petang kitorg ke airport to pick up abah. abah datang untuk graduation Udin time tu. malam, last dinner at Malaysian Hall. uwwwaaaaa esok dah nak balik!! malam tu kitorg berempat berhimpit tidur satu bilik. hahaha. salah tengok date sebab ingat abah sampai ku balik, rupanya flight ku esok tengah hari, nak tak nak sebab tak amik bilik lain, berhimpitlah tidur 4 orang kat Tune Hotel tu. hahahaha. ada yang tidur atas katil & dalam sleeping bag kat lantai, nasib karpet tebal! lol