Wednesday, January 25, 2012

short getaway

Cuti panjang CNY, Sabtu just lepak kat rumah & pegi wedding kat area rumah parents. Ahad, meniaga kat Anggerik Mall Shah Alam. Isnin, we went to PD for short & last minute getaway. kenapa saye ckp last minit? sebab haroi Khamis baru decide nak pegi jalan-jalan & Jumaat baru booked hotel, nasib still ada bilik yang kosong. we stayed at Corus Paradise resort, saye booked & pay at agoda.com. so Isnin tu, Rizqy jaga dalam pukul 8.30 pagi. bukan main awal dia bangun, macam tau je nak gi holiday. jadinya, kitorg pun bangunla & terus packing. walaupun pegi satu malam je, tapi penat gak packing sebab barang Rizqy punyela banyak nak kena bawak. mana dengan baju-baju dia, diapers, susu, air panas, air mineral, makanan dia, mainan dia dll.. nasib baik kereta dah full, kalau tak, papa dia still nak bawak katil dia. pukul 11 pagi, kitorg gerak ke PD guna Lekas Highway. amazingly, sejam je sampai sana, jalan tak jem langsung! sampai sana, kitorg pusing-pusing & lunch dulu. cuaca sangat panas, hajat hati nak gi jalan-jalan kat teluk kemang, tapi jalan jem gile sampai polis tutup jalan, so pusingla balik ke arah hotel kitorg which is the other side of PD. pukul 3 ptg kitorg checked-in, Rizqy punyela excited masuk bilik hotel. pusing-pusing satu bilik, lompat atas katil & tengok keliling.. ah seronoknya tengok dia mcm tu.. bless! lepak-lepak kat bilik, then guess what? hujan! sakitnye hati!!!!! pukul 6 hujan dah renyai, kitorg keluar jugak, takkan nak terperap kat bilik je kan? sampai kat area pantai Bagan Pinang, kitorg parked kereta & keluar jalan-jalan. happening kat situ, banyak bazaar & kedai-kedai. pegi ke pantai, hujan dah stop. Rizqy nampak je laut, terus menjerit & terus lari ke laut. excited betul dia! so papa pun melayanla mandi laut kejap dgn dia. nasib memang dah pakai board short bagai..
Link
Ishky pakai cap mama! sebab hujan, mama belikan cap Mickey Mouse kat Ishky
lepas mandi, kitorg balik hotel dulu bilas & tukar baju. kat pantai takde tempat mandi, boleh tak??? then, kitorg keluar dinner kat Singgah Makan cafe. sangat marvelous la food dia! kitorg makan siakap bakar, telur bistik, sup ayam & sayur campur. kalau ke area pantai Bagan Pinang, boleh makan kat situ ye.. Rizqy pun makan banyak sangat. next day, pukul 7.30 pagi Rizqy dah jaga. nak tak nak kitorg pun bangun, siap terus pegi breakfast. this time semua dah ready, Rizqy dah siap pakai board short & wet suit, pelampung, shawl (nak lapik duduk kat pantai), so lepas makan, kitorg bagi Rizqy mandi laut lagi. lepas mandi laut, sambung pulak ke pool. punyela ramai org sampai air keruh! eeeuuuwww.. haha.
tak nak pegang tangan langsung. nak jalan sendiri
lari nampak laut. Rizqy Rizqy..
father & son bonding time
air keruh kan? haha
the only my photo on second day

kesimpulannya, seronok cuti-cuti dengan anak, tapi penatnya Tuhan je yang tau. nak angkut barang dia & nak angkut dia ke hulu hilir pulak. tapi takpe, kitorg tak serik, tak sabar nak plan for our next getaway. :)

;)

2 comments:

Ely Hasrul said...

haha siap bangun pagi2 tuh rizqy! hahaha mcm tau2 aje dia..

Zafrina said...

iye skin. dia yg excited mcm tau je.. haha