Saturday, July 23, 2011

feeling feeling..



feeling-feeling berholiday. padahal kat putrajaya je.. sebab ape tau? sebab tempat tu cantik sangat! rugi tak bawak DSLR.. enjoy the photos! :D















ni la jadinya bila dah lama pegi cuti-cuti.. september, tak sabar nak tunggu! :D


Thursday, July 21, 2011

BMW



last week, masa tengah produced Suria 20, me ada selitkan story pasal bas mini. terus teringat kenangan naik bas mini masa sekolah dulu. dulu masa sekolah, me naik bas sekolah. tapi masa form 3, me ckp kat parents tak nak naik bas sekolah, nak naik bas luar. gatal kan? rasa dah besarla masa tu konon..

so tahun 1996, setahun me naikla bas luar aka bas mini nombor 62. pukul 6 pagi bangun, 6.20 berjalan ke bus stop kat tepi jalan besar. dalam 6.30 pagi, nampakla dari jauh bas mini tu sampai. kalau nasib baik, naik bas mini yg ada aircond. masa tu walaupun still gelap, tapi dah penuh dah bas tu, memang takde harapan nak dapat seat. unless datang sekali 2 buah bas, baru dapat seat. tapi kalau penuh pun, konduktor mesti jerit "masuk dalam lagi, masuk dalam lagi". hahaha. me pernah la berdiri kat tangga pintu, berdiri bawah ketiak hangit org pun penah, naik juling mata! hahaha..

masa tu tambang 60 sen. belanja sehari mama abah bagi RM2, tolak tambang pegi balik RM1.20, balance 80 sen blh makan lagi kat mamak, makan roti canai & teh tarik. tapi time recess, tak makanla sebab duit dah abis. hahaha

untuk ke sekolah, bas mini tu berhenti tepi highway KL-Kajang, so berjalanla pulak ke sekolah dalam 2-3km. jalan kaki, jauhla jugak kan? tapi masa tu sanggup! jalan sorang-sorang subuh-subuh tu, kalau fikir sekarang tak sanggupla.. takut! bila sampai awal, tu yg blh lepak kat gerai mamak luar sekolah tunggu kawan-kawan lain. kitorg lepakla kat situ sampai 7.30pagi.



abis sekolah, ramai-ramai berjalan kaki lagi 2-3km ke bus stop tepi highway KL-Kajang. sanggup kan tengah-tengah hari terik tu? hahaha.. time balik, kawan dah ada, so takde la boring sangat..

time ada boyfriend pulak (me form 3, boyfriend form 5), kitorg balik sama-sama. tapi yang kelakarnya, balik ikut jalan lagi jauh sebab nak ke bus stop lain. maknanya we all ikut jalan lain ke bus stop yang sebelum bus stop biasa budak-budak lain tunggu bas. hahaha.. ntah ape sebab ntah.. mungkin nak masa panjang utk "dating" ataupun segan takut kawan nampak. hahaha.. kelakar-kelakar.. pendek kata sanggupla berjalan tengah panas terik. kalau hujan lak, berpayung la kite.. sampai bus stop kat rumah, berjalan kaki lagi ke rumah. masa tu baju sekolah selalu tukar sebab busuk peluh tak hengat, dahla me ni jenis kuat peluh! hahaha..




masa time me naik, bas mini tambang dah 60 sen, bas tu pulak nombor 62 colour pink. me tak sempat naik bas mini yang colour-colour lain sebelum diseragamkan ke colour pink. masa sekolah rendah pulak sempat naik bas tong fong & bas foh hup. ingat lagi masa tu tambang 30 sen je.. ingat tak bas tu? bas tong fong warna biru laut, bas foh hup pulak warna hijau. dua-dua bas panjang.

banyak kenangan dgn bas mini ni. tapi me naik ke sekolah setahun je. masuk form 4, me naik balik bas sekolah sebab dah tak larat nak jalan kaki. tahun 1998, perkhidmatan bas mini dimansuhkan & diganti dengan bas intrakota. now kalau nak tgk bas mini, kena pegi kat muzium..


Wednesday, July 20, 2011

setelah lama tak ber"hosting"

dekat 2 tahun "pencen" buat hosting, rezeki anak, tengah bulan dapat emcee job kat putrajaya. it's for formula future national championship. my job tak susah, just mingle-mingle dengan audiences & event tu sangat santai sementara tunggu sesi penyampaian hadiah. artis yg terlibat, Ariz (anak didik Malique Too Phat), Kozae (ex-One Nation Emcees) & Adeep (The Fabulous Cats). excited dapat buat show balik & excited jugak tengok pilot-pilot muda bawak boat. thanks to H20 (the organizer) & of course my bff Naz. next time ada job, jangan lupa panggil lagi ye! :D


masa ni baru je sampai, kite pose dulu!


sempat lagi gosip-gosip


ok serius, kerja time!


me with artists sebelum show, Ariz (baju merah), Kozae (baju hijau) & Adeep (baju kelabu)


show dah start, me & Ariz buat Q&A nak bagi hadiah untuk anak-anak yatim




Assan, si pemain yoyo dari Malaysia Yoyo Club. terer gile dia main yoyo! dah 7 tahun dia main yoyo



belakang Kozae & Adeep, yg pegang bendera ut semua pilot-pilot boat yang join pertandingan haritu


adeep tak abis-abis usik pilot negeri sembilan tu. ape-ape, diorg memang happening. best gile show tu!


after show. me with Naz (baju putih), Emie (baju pink) & Lan (from H2O, the organizer)



belakang me, tu la dia F1 Powerboat. laju wo boat tu..



Tuesday, July 19, 2011

Formula Future National Championship




nampak tak zodiac boat kat tasik tu? boat tu budak-budak je yg bawak tau.. last sunday, kat kompleks sukan air, presint 6, putrajaya ada kejohanan formula future peringkat kebangsaan. formula future ni perlumbaan boat yang mana peserta-peserta dia budak-budak umur 8-18 tahun. me first time tgk diorg lumba bawak boat, excited gile! tengok pilot tu bawak boat relaks je.. kalau pilot umur 8 tahun lagi best. enjin & boat lagi besar daripada diorg. siap dlm boat tu kena ada org besar duduk sebab kalau tak boat tu tak balance sbb diorg ringan.. hehehe..






pilot boat ni umur 16-18 tahun kot.. dulu masa 2005, dia pernah jadi world champion tau!






para pemenang dlm kejohanan ni akan wakil Malaysia ke Formula Future World Championship kat Rusia bulan Ogos nanti.. best kan? masa tgk budak-budak tu bawak boat, terbayang-bayang je muka rizqy.. kalaula rizqy yg jadi pilot tu, stylo je! insyaAllah, bila rizqy dah 6 tahun nanti, nak registerla join the club. according to Naz, semua akan ditanggung oleh H20 (the organizer), just kena register & pegi class. ok je.. ada rezeki beli je boat sendiri nanti. and fyi, after 18 tahun, kalau diorg terus nak jadi pilot, diorg akan upgrade ke F4, F2000, F3000 & last sekali, F1 Powerboat. fuiyo lagi grand! rizqy jadi rempit laut ye! haha!


p/s: nak tau more on formula future national championship ni, boleh baca kat sini.



Wednesday, July 13, 2011

makan-makan lagi

lama punye event baru nak update kat sini. awal bulan Mei, adik opie nak belanja satu family makan. so me cadangkan makan kat thai express the curve since tak pernah ke sana, some more i already bought the discount coupon. kalau makan above RM150, discount RM60 or makan above RM200 discount RM100. so jimatla kan? nak-nak orang baru keje, tak nakla ketuk dia makan kat tempat mahal. kalau tak, jenuh nak layan. hehehe.. me, opie & rizqy ke sana around 6pm something & before tu kitorg jalan-jalan dulu.


rambut rizqy yg baru kena potong before keluar. gonjeng.. me no likey..


buat projek lak.. masuk baby room tukar diapers dia. tgkla, tak reti duduk diam.


i makan ni, soft crab with blackpepper gravy & rice. sedap! alamak.. tgh blog ni terasa lak nak makan..


ni nasi goreng ayam, opie punye menu as usual kalau pegi mana-mana


fried kuey teow


green curry noodle & tomyam


ni nasi goreng ape ntah.. lupa, tapi sedap


orang darah manis. nak kawin bulan oktober ni


saje opie captured gambar ni. nenek "melarikan" rizqy jauh dari kitorg! hahaha


ni la dia orang yg belanja kitorg. ni pun darah manis, nak kawin bulan april tahun depan


uncle kanda cepat kawin, bagi rizqy kawan ye!


ni pun cepat-cepat bagi rizqy geng. :P


last but not least..


total belanja RM200+ tapi bayar RM100+ je. jimatkan? nanti bulan puasa boleh pegi lagi dgn my family lak. coupon tu boleh guna sampai bulan oktober. eh eh dah tak lama nak puasa kan? dah ganti puasa?