lama pulak tak update blog ni kan?? boleh terlupa pulak, oklah sebelum masuk June, nak recap balik apa yang berlaku di bulan May ni. cuti panjang Hari Pekerja & Wesak Day lepas, banyak jugak aktiviti kitorg buat. Jumaat 1 May just lepak rumah mama lunch situ, then esoknya 2 May, ada jemputan lunch dengan family inlaws kat Halia Sime Darby Convention Centre. biras & adik iparku belanja. it was a lunch buffet, kitorg lepak lama jugak dari 12.30pm sampai pukul 3 lebih. makan sedap gak & banyak choice, recommended.
lepas tu konon nak balik, tapi tetiba opie ajak pergi Curve sebab nak cari barang model dia. okla, pergilah jugak sebab dah dekat sangat ikut Penchala Link.
me with MIL
sidobot ni, nama dia Rania Kamelia. anak adik iparku. baru nak masuk 5 bulan
kat Curve, sampai-sampai je Rizqy request Chatime, nak air ball katanya. so lepaklah kejap layan Rizqy minum pearl milk tea. lepas Opie dah jumpa barang dia, sempat beli baju raya Rizqy sehelai dua, lepas tu dia nampak lak kedai Lego, memang sangkut lamalah kat situ sampai papa kena pow beli sekotak lagi Lego kat dia. hhhmmmm.. sorry papa, mama memang tak layan Rizqy nak beli Lego mahal-mahal. Rizqy pun dah tau, kalau tanya nak suruh siapa beli Lego? dia mesti sebut nama papa dia. huhu. lepas dah lepak lama kat kedai Lego, now giliran mama papa lak nak minum. first time try minum kat Chaiwalla. oklah not bad Thai ice coffee dia.
Rizqy yang snap gambar ni. pandai dah sikecik tu amik gambar
saje pose nak tunjuk tudung Dash&Dot. haha
eleh malu alah pulak Rizqy sembunyi di sebalik kotak Lego dia
No comments:
Post a Comment