Thursday, December 4, 2014

Kuantan - day 1

hi semua! dah masuk bulan Disember, ramai yang amik cuti kan? almaklumlah nak habiskan annual leave. ku setakat ni ada 4 hari lagi annual leave, walaupun dah banyak amik cuti rasanya. huhu. bulan November lepas, ku ada amik annual leave 3 hari, masa tu kitorg ke Kuantan & Cherating. ke Kuantan sebab ada FIT Malaysia, Fastrack (our chocolate energy) bukak booth kat sana, then saje je sambung cuti. mula-mula plan nak sambung je cuti kat Kuantan, then ntah macam mana boleh terfikir apa kata ke Cherating? setengah jam je dari Kuantan kan? so, alang ada rezeki lebih sikit, ku pun bookinglah bilik hotel kat Holiday Villa Cherating untuk 2 malam.

so Sabtu, 15 November dalam 10.30 pagi kitorg gerak ke Kuantan, sebelum tu singgah brunch dulu kat Leha Kelfood Taman Melati sebab Rizqy request nak makan nasi. haha. boleh tak dia yang request?

on the way ke Kuantan hujan. ada masa cerah & tapi banyak hujan. oh sedihnya! Sampai Kuantan dalam pukul 3 lebih, terus check-in kat hotel Sentral. lepas check-in & rest kejap, dah bosan dalam bilik, terus ku ajak Opie & Rizqy pergi Teluk Chempedak. still hujan lagi, sedih.. sampai TC pun hujan tak stop, kitorg berjalan je dalam hujan. Rizqy nampak laut, terus nak swim. tak boleh nak buat apa pun sebab hujan agak lebat, tapi orang still ramai. kitorg lak, lepak minum coffee kat McD & Rizqy makan cheese burger habis sebijik. 

RM208 pernight. murah, bilik besar & bersih.


sejuk-sejuk pun nak makan ice-cream


lama gak kitorg lepak kat McD dengan harapan hujan stop. adalah stop dalam 5 minit, lepas tu hujan balik. ku sempat gak beli fridge magnet & t-shirt kat TC, dalam 6 lebih, kitorg geraklah, tak boleh jadi. singgah hotel tinggalkan kunci bilik kat lobby untuk satu lagi rombongan yang belum sampai dari KL, then kitorg terus pergi dinner kat Tanjung Lumpur, dekat je dari Hotel Sentral tu. kat Tanjung Lumpur, kitorg try restoran Super Top. kat Tanjung Lumpur tu yang famous rasanya Ana Ikan Bakar Petai, tapi disebabkan kat Bangi dah ada, so kitorg tak makanlah kat situ. 

ku ordered ikan kerapu size sederhana masak sambal, udang galah dalam 4 ekor masak butter, lala sebungkus & nasi putih 3, total makan untuk 2 orang setengah RM97.50. mahal kan? overpriced rasanya, mentang-mentang kita orang luar kan? kat KL lagi murah kalau makan seafood. so, next time tak payahlah makan seafood kat Kuantan. huhu.




malam, we all lepak bilik je & believe or not, hujan still tak stop! adoi... macam mana esok nak event ni????


No comments: