Thursday, December 4, 2014

Cherating - day 2

bangun pagi, Opie lak  busy siapkan kerja dia. ye, tengah bercuti pun kena buat kerja. apa nak buat dah nasib kerja freelance kan? orang mana faham kite tengah holiday. awal dia bangun siapkan a few designs. ku dah mengamuk-ngamuk dah sebab lapar & bosan. kesian papa.. lol.

oh btw, still hujan, boooorrrriiiinnngggggg.. kitorg ke Kemaman cari breakfast, dekat je dalam setengah jam. actually tak tau nak pergi mana, tapi tiba-tiba teringat Hai Peng, waze je, nasib jumpa. kopi dia sedap & nasi dagang pun best, kitorg makan sorang 2 bungkus. menu lain simple je, dah nama pun kopitiam. lepas makan, pusing seround Kemaman, then balik Cherating. sempat masuk gak Kampung Cherating, tapi sebab hujan so semua tutup & tak happening. kawan-kawan surfer Opie pun takde, time tu pulak diorg ke Johor, kalau tak ada geng nak surfing walaupun hujan. huhu.


amboi dah pandai selfie



this photo was snapped by Rizqy. lovely!

jalan, kalau tak saya tembak. lol




kat bilik, sangap. hujan lagi teruk dari semalam, lebat & takde tanda nak stop langsung. frust sangat datang Cherating kali ni hujan. mana nak tau kan kuasa Allah? kitorg duduk jelah dalam bilik. Rizqy termenung tengok pool & kejap-kejap tanya, hujan dah stop? kesian dia..

 macam-macam benda dah buat dalam bilik sebab bosan. lol.

rizqy layan Lego Movies. ohoi bosan!


 dalam pukul 3 petang, lapar pulak. redah hujan je ke cafe

 bilalah hujan nak stop ni???? lol

 teh tarik & nescafe tarik yang sedap. kitorg makan 2 set sandwich kat sini. lapoorrrrr

  sejam lebih gak lepak kat cafe sambil berdoa supaya hujan stop. dalam pukul 5 barulah stop sikit, terus kitorg ke pool.

ada orang swim dengan rifle?? lol


 sempat gak sejam lepak pantai. Alhamdulillah




malam kitorg dinner kat Warung Ikan Bakar Awang, lebih kurang 4km dari Holiday Villa. okla food dia, takdela sedap melampau tapi berasalah & harga pun murah. kitorg makan ikan siakap bakar & sotong masak pedas plus nasi putih 2 & mee goreng untuk Rizqy, total RM51 je. Alhamdulillah. actually banyak kedai seafood kat sepanjang jalan Cherating, kitorg pergi kedai tu sebab bila google, ramai yang recommend makan situ. 



Cherating - day 1

on the way ke Cherating makan Twisties je, lapar lapar! bila Rizqy bangun, dia sound kitorg "mama papa keropok tak good!" hahahahaha.  Rizqy la tadi tidur, kalau tak dah selamat makan kat Teluk Chempedak tadi. lol. masih lagi hujan, sebelum check-in, kitorg singgah makan kat kedai makan tepi jalan, belasah jelah apa yang nampak & kitorg makan nasi kukus ayam goreng, Alhamdulillah.

hang loose ya'll. yeay sampai Cherating hujan dah stop!

RM370 for 2 nights deluxe room kat Holiday Villa Cherating. bought 6 days before, kat agoda.com. bilik dia simple je with old furniture, toilet pun kecik je. Tapi yang penting location dia best. Rizqy tidur atas daybed yang dia duduk tu, there's no way nak share katil dengan mama papa.

view from our room. ada budak dah tak sabar nak swim















 besar jugak wave kat sini


first day kat Cherating, kitorg tak pergi mana, just spent time kat resort je. malam pun ordered room service je sebab Rizqy pun dah penat swimming. Alhamdulillah panas sikit petang tu, so sempatlah Rizqy swim kat pool & kitorg lepak-lepak kat pantai. rindu laut & pantai oiiii!!! lol.

overall, Holiday Villa ni best, recommended. teringat resort kat Lombok yang kitorg pergi dulu, sama je feel dia. banyak kawasan luas, ada padang & banyak pokok kelapa. bilik basic, tapi location dia tepi laut, so tak payah nak jalan jauh pergi beach. the only setback was the rain. 

Kuantan - day 2

Hujan still tak stop. haish. macam manalah nak pergi event tengah padang dengan lecak bagai ni?? pukul 7 pagi kitorg dah siap & breakfast dulu kat hotel. event kat Padang MPK2, and kitorg dah sediakan baju hujan dari KL lagi sebab dah check ramalan cuaca. kesian woi buat event tengah hujan! tapi macam mana pun tetap jalan gak event tu. event FIT Malaysia ni organised by Kementerian Belia dan Sukan. ada gerai, ada larian, ada zumba, ada orang main basikal, extreme sports & banyak lagi. kitorg bukak booth jual coklat energy kitorg (Fastrack) & ini merupakan FIT Malaysia yang keempat kitorg pernah join, before this kat Dataran Merdeka, Melaka & Kota Kinabalu.

dia sangat excited dapat tengok motor polis dekat-dekat. anak I ni sangat obssessed dengan police

tengoklah lecak dia macam mana. Rizqy mula-mula geli nak pijak air & lecak, tapi lepas tu dia yang tak nak duduk bawah tent langsung, siap jatuh-jatuh kat lecak tu. eeeewwwww


 me & cousin, orang kuat Dzar Holdings


 melayan parkour kat belakang tu


 ramai peminat nak amik gambar dengan dia. lol

 mencari YB KJ, nampak dari jauh je tak sempat kejar. dia pun datang kejap je sebab hujan




hujan non-stop ye.. teruk betul cuaca kat Kuantan ni, kalau stop pun dalam 5 minit je, lepas tu hujan kejap lebat kejap renyai. air lecak tinggi buku lali. crowd pagi je ramai, tapi masuk tengah hari dah takde orang, so kitorg pun dalam pukul 1 tengah hari semua dah packed nak balik. nasib ada toilet boleh bagi Rizqy mandi & kitorg boleh bersihkan apa yang patut, so takdelah masuk kereta dengan lecak bagaikan? Rizqy punyelah kotor berselut macam budak kampung dah! lol. settle bersihkan badan, kitorg kononnya nak lunch kat Teluk Chempedak sebab dah tak tau nak pergi mana, tapi bila sampai TC Rizqy tidur pulak & alang-alang hujan lagi, so kitorg terus direct ke Cherating. adoi lapar!!!


Kuantan - day 1

hi semua! dah masuk bulan Disember, ramai yang amik cuti kan? almaklumlah nak habiskan annual leave. ku setakat ni ada 4 hari lagi annual leave, walaupun dah banyak amik cuti rasanya. huhu. bulan November lepas, ku ada amik annual leave 3 hari, masa tu kitorg ke Kuantan & Cherating. ke Kuantan sebab ada FIT Malaysia, Fastrack (our chocolate energy) bukak booth kat sana, then saje je sambung cuti. mula-mula plan nak sambung je cuti kat Kuantan, then ntah macam mana boleh terfikir apa kata ke Cherating? setengah jam je dari Kuantan kan? so, alang ada rezeki lebih sikit, ku pun bookinglah bilik hotel kat Holiday Villa Cherating untuk 2 malam.

so Sabtu, 15 November dalam 10.30 pagi kitorg gerak ke Kuantan, sebelum tu singgah brunch dulu kat Leha Kelfood Taman Melati sebab Rizqy request nak makan nasi. haha. boleh tak dia yang request?

on the way ke Kuantan hujan. ada masa cerah & tapi banyak hujan. oh sedihnya! Sampai Kuantan dalam pukul 3 lebih, terus check-in kat hotel Sentral. lepas check-in & rest kejap, dah bosan dalam bilik, terus ku ajak Opie & Rizqy pergi Teluk Chempedak. still hujan lagi, sedih.. sampai TC pun hujan tak stop, kitorg berjalan je dalam hujan. Rizqy nampak laut, terus nak swim. tak boleh nak buat apa pun sebab hujan agak lebat, tapi orang still ramai. kitorg lak, lepak minum coffee kat McD & Rizqy makan cheese burger habis sebijik. 

RM208 pernight. murah, bilik besar & bersih.


sejuk-sejuk pun nak makan ice-cream


lama gak kitorg lepak kat McD dengan harapan hujan stop. adalah stop dalam 5 minit, lepas tu hujan balik. ku sempat gak beli fridge magnet & t-shirt kat TC, dalam 6 lebih, kitorg geraklah, tak boleh jadi. singgah hotel tinggalkan kunci bilik kat lobby untuk satu lagi rombongan yang belum sampai dari KL, then kitorg terus pergi dinner kat Tanjung Lumpur, dekat je dari Hotel Sentral tu. kat Tanjung Lumpur, kitorg try restoran Super Top. kat Tanjung Lumpur tu yang famous rasanya Ana Ikan Bakar Petai, tapi disebabkan kat Bangi dah ada, so kitorg tak makanlah kat situ. 

ku ordered ikan kerapu size sederhana masak sambal, udang galah dalam 4 ekor masak butter, lala sebungkus & nasi putih 3, total makan untuk 2 orang setengah RM97.50. mahal kan? overpriced rasanya, mentang-mentang kita orang luar kan? kat KL lagi murah kalau makan seafood. so, next time tak payahlah makan seafood kat Kuantan. huhu.




malam, we all lepak bilik je & believe or not, hujan still tak stop! adoi... macam mana esok nak event ni????