Friday, September 19, 2014

Lombok - day 2


pemandangan 3 gili (pulau) dari atas. Gili Trawangan yang paling besar, sebelah dia Gili Air & yang paling kecik Gili Meno


Day 2 di Lombok, kitorg bangun awal breakfast dulu. Then pukul 8 driver dah tunggu, so dia bawak kitorg ke jeti yang mana perjalanan dari resort mengambil masa lebih kurang 20 minit. pemandangan kiri kanan jalan sementara nak sampai jeti sangat cantik. banyak kali jugak kitorg stop ambil gambar.


 itulah dia Pak Jun, driver kitorg






sampai jeti, speed boat dah tunggu. perjalanan dari jeti ke Gili Trawangan naik speed boat ambil masa dalam 15 minit, boat tu kitorg je conquer, tak share dengan orang lain, semua di arrange oleh Pak Jun.

sampai Gili Trawangan, mak ai sangat excited! air laut dia sangat jernih & pulau tu sangat tak macam kat Indonesia dengan ramai pelancong mat saleh. rasa rugi pulak tak stay kat Gili tu. kat area tu ada 3 gili - Trawangan, Air & Meno. Trawangan merupakan pulau yang paling besar & banyak hotel. kat Gili Air & Meno pun ada resort, tapi limited & lagi mahal & pulau dia kecik lagi daripada Trawangan.



 excited naik boat














 lepak lunch kat cafe ni. Pak Jun tak join pun kitorg makan walau sekali. katanya dia dapat pack makanan sendiri bila bawak pelancong datang situ, so dia makan kat tempat lain


 dah penat swim, tukar baju, tiba-tiba Rizqy boleh tidur pulak. tapi memang best pun lepak sambil layan angin laut, memang confirm ngantuk


last-last mama pun terlelap. lol

tunggu Rizqy bangun, then kitorg naik kereta kuda pulak pusing satu pulau, bayar dalam 130 ribu rupiah tak silap, murah je








 tu abang driver kereta kuda kitorg. sangat peramah & pandai cakap mcm orang Malaysia








 sementara tunggu boat nak balik tanah besar, si kecik tu saje je jalan kat air nak bagi basah baju dia so dia boleh swim lagi. lol


pukul 4.30 petang boat datang amik kitorg. oh sedihnya nak tinggalkan Trawangan. serius rugi tak stay situ. next time kalau ke Lombok lagi, sure kitorg akan stay kat Gili Trawangan je. suasana dia sangat happening & dengar cerita malam pun best & ada pasar malam. nak makan pun senang ada banyak cafe, nak pusing satu pulau boleh naik kereta kuda atau sewa basikal, nak solat ada disediakan surau. my recommendation untuk yang nak ke Lombok, better stay kat Gili untuk betul-betul enjoy laut dia yang bersih. oh lupa nak share, balik ke tanah besar petang tu angin kuat, speed boat kitorg rasa macam nak terbang je bila langgar ombak besar. dahlah boat tu kecik je. 15 minit perjalanan rasa macam lama. seram! tapi rizqy rileks je tak takut langsung! 

malam, kitorg keluar hotel  jalan kaki, dinner kat warung tepi jalan & singgah supermarket beli kudap-kudap. esok ke gili lain pulak - Gili Nanggu, Sudak & Kedis. kan dah cakap Lombok ni banyak pulau. :)


p/s: untuk second day, total harga kereta & speed boat dalam 900 ribu rupiah.



3 comments:

Daniel-Wan said...

Hi. Bole share Pak Jun contact? email ke: danielwanfaizul@hotmail.com

lan todak said...

Assalamualaikum boleh share detail pak jun di shabellanatrah@yahoo.com? Terima kasih

lan todak said...

Assalamualaikum hai boleh share pak jun contact di shabellanatrah@yahoo.com?