last day at Redang. uwwwaaa sedihnya. tak puas! next time kena 3 malam. 2 malam rasa pendek sangat. pukul 10 check-out, feri pukul 11 pagi. before tu kitorg breakfast dulu, tapi bukan breakfast yang pakej sebab makanan dah abis. so kitorg lepak kat restoran lain.
feri dah standby kat tengah laut tu.
selepas 2 jam, sampailah kitorg kat jeti Shahbandar. lepak tunggu adik angkat ku datang amik kitorg jalan-jalan sebab flight pukul 9.20 malam. agak lambat dia sampai sebab kena settlekan keje dia dulu. nasib kat jeti ada waiting room yang ber air-cond, lepas tu sembang-sembang dengan couple from Singapore takdela rasa lama sangat tunggu adik angkatku. nasib Rizqy pun tak buat perangai. Aizan sampai dalam pukul 3 petang, first thing dia bawak kitorg pegi lunch kat kedai yang jual semua lauk-puak singgang. memang sedap sangat! kedai tu siap masuk dalam JJCM kot ataupun program makan-makan kat Astro tu. lepas makan, hajat hati nak ke Taman Mini Islam, tapi tutup pulak. argh tension! so kitorg jalan-jalan amik gambar je kat Masjid Kristal sebelah Taman Mini Islam tu.
Rizqy dah tak kuasa, penat berlari
drama tepi sungai
cantik kereta kuda ni. sekali naik 4,5 round bayar RM5
Rizqy yang sangat excited dapat naik horse
lepas Pantai Batu Burok, Aizan bawak kitorg makan lagi kat Kuala Terengganu Waterfront. dia paksa kitorg makan sebelum fly balik KL. makan lunch tadi pun tak turun habis. hahaha.
Qaseh tak heran ape dah. dia nak makan je, plus dah penat main kat Pantai Batu Burok tadi
sibuk nak order jugak
thank you Aizan. jumpa lagi next year k!
sampai airport around 8pm, checked-in & bagi Rizqy mandi. mandi jela dalam toilet. satu yang kurang airport kita, takde bilik mandi. airport negara lain yang pernah ku pegi, semua ada bilik mandi. Rizqy dah sedap mandi & tukar baju, mama papa je yang tahan berlengas sampai KL. 10.30 pm safely landed. dalam flight Rizqy tidur, sampai airport nangis nak naik aeroplane lagi. hahaha.
No comments:
Post a Comment