Friday, July 12, 2013

Redang - first day

16-19 Jun lalu, kitorg sekeluarga berkesempatan ke Pulau Redang. setelah 4 tahun tak jejak kaki kat pulau! this time lagi seronok sebab bawak sikecik tu. flight pukul 7 pagi. so malam Ahad tu kitorg tidur rumah my parents & esok Isnin pukul 4.30 pagi keluar ke LCCT, abah hantar. kitorg masuk flight on time, tapi still delayed setengah jam sebab belakang plane kitorg ada plane lain tgh rosak & parking. so kena tunggu plane tu settle baru kitorg boleh gerak. disebabkan lewat sampai KT, bas pun gerak lambat, so kitorg naik bot pukul 9.30 pagi.

 subuh-subuh dah pau papa coklat. dia excited nak naik aeroplane first time.

 sampai KT bas dah tunggu. sikecik excited. tidur kejap-kejap je. 

naik bas pun first time. tengoklah kalut dia tu

setelah sejam setengah feri. oh hai tak sabar nak pijak pasir Redang!

terus turun depan resort kitorg, Redang Beach Resort, Long Beach

check-in pukul 12.30 tgh hari lepas lunch. kitorg lunch dekat cafe sebelah receptionist. makan sedap, harga sama macam makan kat KL. this is our room. basic je. tapi aircond sejuk!

sikecik dah sangat tak sabar nak pegi swim. mula-mula tu tak nak masuk bilik langsung

 

 sedapnya baring dalam laut ni papa






 dari pukul 1 tengah hari kat pantai & laut, ingat nak masuk bilik rehat kejap, rupanya Rizqy tak nak. sambung ke pool pulak. memang tak reti penat dia








walaupun pool Redang Beach Resort kecik je, tapi ada 2 pool & environment sangat best. time ni takde orang sebab semua pegi snorkeling.

 penat swim, kitorg lepak minum kat kopitiam. best duduk Redang Beach Resort ni sebab banyak cafe & siap ada Ochado

malam, masa yang menguji kesabaran. Rizqy punyalah seronok swimming & jalan-jalan, sampai tak nak masuk bilik langsung. asyik nak keluar je. kitorg ajak dia masuk bilik jugak time Maghrib, then tak lama lepas tu dia dah start meraung-raung nak keluar jalan. keluar sekejap, dia tertidur bila Opie dukung dia. so kitorg masuk balik bilik sebab dia dah tidur. letak je dia atas katil, dia tersedar, meraung lagi nak "chayan" (jalan). keluarlah balik kitorg.. jalan sikit dia tertidur lagi, masuk balik bilik, tapi meraung lagi bila nak letak atas katil. 3,4 kali kitorg keluar masuk bilik layankan nangis si Rizqy. phew!

 last, tak nak bagi dia terjaga masa letak atas katil, Opie pun landing macam ni. tak lama lepas tu dia boleh terjaga, sambung meraung lagi nak keluar bilik. Rizqy Rizqy.. badan dah penat, mata dah ngantuk sangat, tapi dia awan mata.. kitorg pun keluarlah balik..

 at last! dapat jugak dinner! and this time bila keluar dia tak tertidur lagi. oh anakku.. meraung bagai nak rak ye! lepas dinner, tengokkan dia still ngantuk, kitorg masuk bilik. nasib tak mengamuk lagi.. last-last semua tidur awal dalam pukul 10 malam. 


No comments: