Friday, July 12, 2013

Redang - second day (siang)

second day, keluar bilik pukul 9 pagi for breakfast. tapi makanan banyak dah abis. Rizqy moody, maybe still penat kot & dia tak nak breakfast, kira nak jalan & swim je.. 

heret toys dia nak main pasir



breakfast ice-cream cornetto ye!


cari port tak panas




lepas rendam kejap kat laut, kitorg selamba je ke pool Laguna Redang sebelah resort kitorg. buat muka confident macam guest resort tu! haha.

 ok silap besar sebenarnya. Rizqy nampak je slide tu, dah.... confirmlah tak nak stop swim..





dalam pukul 1 tengah hari, paksa Rizqy masuk bilik untuk nap kejap atau lunch. terus meraung! masuk bilik bilas badan dia pun meraung. dah pakai baju pun meraung. sejam ye dia meraung nak keluar bilik! padahal mata dah terpejam sebab mengantuk & penat. tapi still tak nak stop nangis! sabarlah hati..

disebabkan dia tak nak stop nangis langsung & dah sejam dia nangis, kitorg keluar jugak. masuk je cafe, terus dia gone. masyaAllah.. tapi Alhamdulillah, sambil dia tidur kat sofa cafe tu, boleh kitorg makan dengan aman. sejam jugaklah lepak kat cafe tu tunggu dia bangun. lepas dia bangun, kitorg saje masuk bilik. nasib tak nangis, so bolehlah rehat kejap kat bilik sementara tunggu petang sikit..

 pukul 4 petang kitorg keluar bilik. lepak tepi pantai sambil Rizqy main pasir. tapi dia asyik sebut nak swim pool.. try distract dia dengan benda lain, tak jalan jugak..




 tengok muka boring tak dapat mandi pool.. kitorg bawak dia jalan-jalan tepi pantai kat area belakang resort kitorg









 belakang tu Sari Pasifica Resort. not bad gak resort tu, tapi pantai belah sini tak se best pantai resort kitorg


dah puas jalan kat pantai, oklah kitorg bawaklah Rizqy ke pool.. masa ni dia jalan heret je toys dia & tak tau nak pegi mana.. hehe. bila nampak je pool, terus lari nak terjun pool!

 terus seronok muka dapat swim!

 mama ber Ochado tepi pool

 dah penat swim sampai dia yang mintak naik, kitorg lepak kejap tepi pantai makan ice-cream





 semua tengah ready nak dinner. makan tepi laut macam ni teringat Jimbaran kat Bali





Redang - first day

16-19 Jun lalu, kitorg sekeluarga berkesempatan ke Pulau Redang. setelah 4 tahun tak jejak kaki kat pulau! this time lagi seronok sebab bawak sikecik tu. flight pukul 7 pagi. so malam Ahad tu kitorg tidur rumah my parents & esok Isnin pukul 4.30 pagi keluar ke LCCT, abah hantar. kitorg masuk flight on time, tapi still delayed setengah jam sebab belakang plane kitorg ada plane lain tgh rosak & parking. so kena tunggu plane tu settle baru kitorg boleh gerak. disebabkan lewat sampai KT, bas pun gerak lambat, so kitorg naik bot pukul 9.30 pagi.

 subuh-subuh dah pau papa coklat. dia excited nak naik aeroplane first time.

 sampai KT bas dah tunggu. sikecik excited. tidur kejap-kejap je. 

naik bas pun first time. tengoklah kalut dia tu

setelah sejam setengah feri. oh hai tak sabar nak pijak pasir Redang!

terus turun depan resort kitorg, Redang Beach Resort, Long Beach

check-in pukul 12.30 tgh hari lepas lunch. kitorg lunch dekat cafe sebelah receptionist. makan sedap, harga sama macam makan kat KL. this is our room. basic je. tapi aircond sejuk!

sikecik dah sangat tak sabar nak pegi swim. mula-mula tu tak nak masuk bilik langsung

 

 sedapnya baring dalam laut ni papa






 dari pukul 1 tengah hari kat pantai & laut, ingat nak masuk bilik rehat kejap, rupanya Rizqy tak nak. sambung ke pool pulak. memang tak reti penat dia








walaupun pool Redang Beach Resort kecik je, tapi ada 2 pool & environment sangat best. time ni takde orang sebab semua pegi snorkeling.

 penat swim, kitorg lepak minum kat kopitiam. best duduk Redang Beach Resort ni sebab banyak cafe & siap ada Ochado

malam, masa yang menguji kesabaran. Rizqy punyalah seronok swimming & jalan-jalan, sampai tak nak masuk bilik langsung. asyik nak keluar je. kitorg ajak dia masuk bilik jugak time Maghrib, then tak lama lepas tu dia dah start meraung-raung nak keluar jalan. keluar sekejap, dia tertidur bila Opie dukung dia. so kitorg masuk balik bilik sebab dia dah tidur. letak je dia atas katil, dia tersedar, meraung lagi nak "chayan" (jalan). keluarlah balik kitorg.. jalan sikit dia tertidur lagi, masuk balik bilik, tapi meraung lagi bila nak letak atas katil. 3,4 kali kitorg keluar masuk bilik layankan nangis si Rizqy. phew!

 last, tak nak bagi dia terjaga masa letak atas katil, Opie pun landing macam ni. tak lama lepas tu dia boleh terjaga, sambung meraung lagi nak keluar bilik. Rizqy Rizqy.. badan dah penat, mata dah ngantuk sangat, tapi dia awan mata.. kitorg pun keluarlah balik..

 at last! dapat jugak dinner! and this time bila keluar dia tak tertidur lagi. oh anakku.. meraung bagai nak rak ye! lepas dinner, tengokkan dia still ngantuk, kitorg masuk bilik. nasib tak mengamuk lagi.. last-last semua tidur awal dalam pukul 10 malam.