setelah 2 hari di Fraser's Hill, Jumaat balik KL, Sabtu kitorg ke Melaka lak ada wedding sepupuku. pukul 7 pagi berkumpul kat rumah parentsku, then dalam 8 lebih gerak ke Melaka. me opie, rizqy & my brother satu kereta, adikku yang driving. masa kat Seremban, ada bas terbalik, masyaAllah ngeri je tengok tapi nampak tak teruk & takde orang cedera, nasib baik..
sebelum sampai ke tol simpang ampat, kitorg yg tgh drive kat lane tengah around 110km/j, tiba-tibe kereta depan kitorg brek mengejut sampai berasap-asap tayar & berpusing sikit kereta dia. so kitorg pun sama, brek emergency. luckily adikku yang drive sangat alert walaupun tengah bersembang. dia sempat brek and pusing stering ke kanan sebab kanan takde kereta, tapi macam manapun, kereta kitorg still kena hentam dengan kereta belakang and terhentak ke lane kanan. nasib lane kanan takde kereta, kalau tak sure kitorg pun kena langgar. kereta adikku bumper belakang belah kiri patah & hampir tercabut. sebab kereta depan tu brek mengejut? anak dia tarik handbrake! so stupid kan? nasib kitorg tak langgar dia, sempat brek walaupun dah bunyi-bunyi tayar. and nasib kitorg ikut tak rapat, my brother alert & nasib kitorg pun tak kena langgar bila dah masuk lane kanan. me, husband, Rizqy & my bro semua selamat, Alhamdulillah. moral of the story, jaga anak elok-elok bila masuk kereta, jangan follow kereta depan dekat2 & driver kena selalu alert & jgn panik. Alhamdulillah..
sampai tol simpang ampat, familyku yg lain dah tunggu situ, me & rizqy tukar kereta, opie & my brother ke balai polis. so, kitorg proceed ke rumah pengantin sebab majlis pernikahan dah nak start dalam pukul 10 pagi.
sekali lafaz, selamat sepupuku bergelar suami. tahniah!
mama, mak pengantin, nenek & another aunty
tengah tunggu majlis nikah, berpeluh bagai nak rak
ayahku (baju batik biru) jadi jurucakap pihak lelaki
ok back to the accident earlier, sampai balai polis, polis cakap kereta yg punca accident tu tak termasuk dalam pelanggaran tu sebab dia tak kena langgar or what not, so kalau nak settle luar, kena bincang betul-betul. bila dengar mcm tu adikku bengangla sebab dia punca accident tapi kalau buat report, dia lepas. si driver tu lak dah nangis-nangis mintak maaf, kata dia tak sengaja anak dia tarik handbrake bagai.. dia boleh bayar semua cost repair, tapi nak mintak bayar ansuran.. kesian pun ada gak sebab masa tu husband dia terus lepas tangan tak datang bincang langsung. jadi, adikku tak buat report, sebab kalau report kesian kat kereta belakang yang langgar kitorg tu. dia kena bayar kereta kitorg, bayar cost repair kereta dia & nanti kena saman lagi.. bincang-bincang, semua setuju kakak tu bayar cost repair, so diorg fotostat ic & lesen dia dengan harapan dia tak menghilang nanti..
back to wedding pulak, selesai nikah, pengantin tukar baju terus majlis sanding. senang semua buat satu hari kan? takyah nak pegi balik melaka, nikah hari lain, sanding hari lain.. tengah makan, hujan lebat, Rizqy puas mandi hujan! ayo anakku! lepas sanding & kitorg pun dah makan, kitorg gerak balik KL. tapi sebelum tu, singgah kat Klebang cari the famous coconut milkshake..
setelah penat main hujan, kejar ayam lembu, sapu daun pokok rambutan..
1 comment:
astagafirullah... bahayanyeeeeeeeeeeee... seram dengar psl accident tu nasib baik tak apa2.... syukur
Post a Comment